Tatkala menjejaki taman KLCC, sayu dan perit hati melihat tingkah pemuda-pemudi kita sekarang. Terkesima, dan terkedu. Membisu terus. Tak tahu nak cakap macam mana dah. Jauh di sudut hati, rasa macam dah cukup syarat nak turun bala - na'uzubillah...

//KLCC yang indah di malam merdeka.

//Di kaki KLCC, argh!

//Apa fasal ramai sangat nih?

//Lagi orang ramai di taman KLCC.

//Pemandangan menyakitkan mata, melukakan telinga dan membuat hati menangis kehampaan...
Sukalah saya memetik kata-kata Ust Masrini dalam forum malam tersebut (lebih kurang macam inilah) - "Kalau awak tengok, memang parah, bukan parah lagi, memang dah nazak, tinggal nak mati je! Di JAKIM, 100,000 permohonan kes murtad untuk tahun 2001. Sekarang? Menimbun lagi! Anak zina; puluhan ribu di Jabatan Pendaftaran Negara!"
"Merdeka hape namanya kalau ramai jadi anak lembu? Tahu anak lembu? Itu dia gadis belia kita. Dijadikan taruhan mat-mat rempit, lepas menang dilanyak puluhan orang di jirat cina. Merdeka hape namanya?"
"Merdeka hape namanya kalau minum arak macam minum air teh tarik?"
Malam itu juga,
PERKID (rujuk laman web di
sini) menanjurkan
misi turun padang - dakwah di medan. Peserta-peserta kebanyakannya mahasiswa-mahasiswi IPTA dan IPTS. Adalah dalam puluhan yang hadir.

//Taklimat mengenai approach, do's and don'ts dan autoriti relawan-relawan yang terlibat.

//Ust Masrini dan peserta-peserta muslimat.

//Sewaktu ditemuramah oleh wartawan dari KOSMO! dan beberapa akhbar lain (tak berapa ingat).

//Berbincang mengikut kumpulan strategi dan cara approach - panoramic shot.

//Kami sayang anda wahai muda-mudi... kami peduli anda!
Berdasarkan perancangan, tempat yang bakal dilawati ialah Bukit Bintang (Sultan Ismail sekali), Dataran Merdeka, dan Bangsar (Telawi). 3 lokasi ini adalah titik panas kemeriahan malam muda-mudi bukan saja sewaktu malam merdeka, malah malam-malam lain juga, termasuklah malam Ramadhan, dan barangkali malam Lailatul Qadr! Inilah maknanya merdeka?

//Mula berangkat ke destinasi... labbaik humma labbaik...

//Menuju ke Bukit Bintang - Bintang Walk, Lot 10, etc.

//Tiba sudah... jom beraksi!
Memang meriah 'nightlife' malam merdeka - masih 'mild' jika dibandingkan dengan malam tahun baru di KL ini... malangnya yang mengimarahkannya adalah muda-mudi, yang menjadi pelapis masa depan agama dan negara kita. Hancur muda-mudi, hancur kita. Jadi tugas kita yang dah tahu, kenalah tarik orang-orang yang dah tahu, yang pura-pura tak tahu, dan orang yang tak tahu.
Pada saya, tidak ada kebaikannya menikmati 'nightlife' ini. Hentikan kerja tour-tour di Telawi, Uptown, Sultan Ismail, Kg Baru, Bukit Bintang, belakang Ampang Point, KLCC, Dataran Merdeka, dan lain-lain tempat yang tak terhabis untuk disenarai di sini. Ingat: Malamlah untuk berehat dan beribadah. Malamlah untuk bersama keluarga tercinta. Malamlah untuk mengulangkaji pelajaran. Memang cukup hiba dan gulana melihatkan fenomena 'nightlife' ini...
The root of all these adalah dari hati yang tak merdeka. Tidak merdeka dari nafsu. Mengikut telunjuk subconcious kita yang cenderung ke arah benda-benda negatif. Memang dari segi fizikal, ya kita sudah merdeka; dari penjajah tanah air kita. Sepatutnya, kita bersyukur sepenuhnya, sebab kita sudah cukup satu syarat bagi mencapai kemerdekaan hakiki. Malang seribu kali malang, dari aspek rohani, jauh panggang dari api. Makin menjadi-menjadi. Dari tahun ke tahun. Semasa merdeka dahulu banyak yang dah rosak. Kini, dah barai dibuatnya.
Apa yang terjadi adalah sama seperti cerita berikut : Ada seorang pekebun durian. Dusunnya luas. Pokoknya banyak. Baka baik lagi.
Bila tiba musim berbunga, tuan punya kebun tersenyum kesyukuran melihatkan bunga-bunga pokok durian. Pada masa yang sama, banyaklah serangga yang datang untuk mengahwinkan pokok durian jantan dengan betina... dan termasuklah sekali serangga parasit.
Akhirnya musim buah dah. Banyaklah durian yang gugur. Buahnya lawa-lawa dan elok-elok belaka. Bila dikopek-kopek, SEMUA buah durian tuan pekebun berulat di dalamnya...
Begitulah juga kemerdekaan kita. Memang cun dari luar. Tapi di dalam, berulat habis...
Akhirul kalam, saya sudah kehabisan kalimah dan ayat -
selamat memerdekakan diri.