Lama dah tak rewang

Hmmm... dek cuti musim panas ini saya tak balik, maka saya copy dan pastekan artikel ini dari Berita Harian. Lagi pun ramai sahabat-sahabat yang akan berkahwin semasa cuti musim panas nanti. Ok jom kita baca Tarbiyatus Sibyan...

Budaya Rewang

Oleh Haswari Ali

Rewang dulu dan sekarang

SUDAH agak lama tidak mengikut orang pergi rewang. Paling terakhir beberapa tahun lalu, itupun kerana keluarga sendiri mengadakan majlis perkahwinan.

Ketika zaman sekolah dulu rajin juga bantu rewang bersama kawan-kawan ketika musim cuti persekolahan. Mungkin itu semua berkat menemani nenek rewang ke rumah jiran sebelah buat pertama kali.

Dari bahagian dapur, dalam rumah, bilik pengantin, pelamin, sehinggalah ke khemah tetamu, semua lokasi ini ada tugasnya tersendiri. Mana satu pilihan anda?

Kalau penat, tak ada ubat lain melainkan kuih bahulu yang direndam dengan air sirap atau kopi panas. Nikmatnya memang tidak terhingga.

Ingat lagi dulu, kerusi kayu panjang atau kerusi keluli lipat bagaikan sudah biasa digunakan dalam mana-mana acara rewang, terutama untuk acara mengopek bawang dan memotong daging.

Tapi sekarang ini, dua kerusi jenis itu tiada lagi kelihatan. Malah kerusi plastik putih yang selalu digunakan sekarang ini, akan hanya dibenar untuk diguna ketika hari berlangsungnya persandingan.

Malah, bagaikan sudah menjadi trend kala ini, khemah atau balai makan akan siap dikemas sepenuhnya hari yang sama dan diangkat keesokan harinya. Sama sekali berbeza seperti waktu dulu.

Ada benarnya juga kata seorang budayawan dari selatan tanah air, Md Ismail Zamzam yang menyifatkan budaya rewang kala ini sudah semakin dilupakan.

Katanya, rewang tidak lagi menjadi perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat atau dianggap agak remeh, sebaliknya digantikan dengan amalan katering yang lebih memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

“Bukan saja katering, malah pelamin juga sekarang perlu disewa. Berlainan sekali dulu, semuanya dibuat secara gotong-royong. Kerana orang dulu terlalu teliti dan ada alasan positif di sebaliknya,” katanya.

Tanpa disedari juga, pemilihan konsep moden seumpama ini nyata menjauhkan matlamat rewang sebenar iaitu menyatukan masyarakat dan keluarga selain melancarkan perjalanan majlis perkahwinan serba meriah.

Tanpa disedari juga, ada pula yang menggantikan rewang dengan budaya karaoke. Malah, ada beranggapan tidak akan lengkap sesebuah majlis perkahwinan itu jika tiada segmen ini. Siapa nak jawab?

Namun siapa sangka, di sebalik segala bentuk pemodenan, yang `memperjuangkan’ persiapan serba mudah (tetapi berbayar!), masih ada lagi kawasan tertentu yang mengamalkan kerja gotong-royong atau rewang dalam apa juga acara sekalipun. Tak kira perkahwinan atau kenduri- kendara.

Tak kisahlah, walaupun cara menghidangkan makanannya mengikut cara bufet, tapi paling penting ialah pengisian bermasyarakat pada dua tiga hari sebelum majlis. Itulah kecantikan dan keunikan sebenar rewang. Bukanlah hanya mementingkan kerja mudah...


Tradisi rewang tidak setanding dulu

FAKTOR kemodenan dan mobiliti sosial dikatakan punca mengapa amalan rewang semakin dilupakan dalam masyarakat hari ini.

Rewang yang berasal daripada perkataan basahan masyarakat Melayu- Jawa bermaksud konsep tolong-menolong, bekerjasama dan bantu membantu bagi menjayakan sesuatu majlis serta perayaan di sebuah kampung atau kawasan, dikatakan mula mengalami proses perubahan sejak lapan atau sepuluh tahun lalu.

Perubahan ini diperakui sendiri seorang budayawan yang juga Pengarah Yayasan Warisan Johor, Md Ismail Zamzam.

Dalam temubual bersama i-Kon, beliau yang juga Tokoh Guru Kebangsaan 2004 berkata, amalan rewang pada masa sekarang sudah dibayangi amalan bandar yang memilih gaya katering sebagai keutamaan.

Katanya, amalan rewang secara tradisinya bukan saja digunakan oleh orang kampung ketika penganjuran majlis perkahwinan malahan juga untuk mendirikan rumah, membina jambatan atau membersihkan masjid.

“Kalau dulunya, dari hari pertama persiapan sehinggalah ke peringkat cuci periuk, semuanya dilakukan secara rewang. Tak ada satu pun diswastakan (berbayar/menyewa) seperti masyarakat kita hari ini.

“Sehinggakan dalam soal memasang pelamin, membina khemah dan majlis berinai pun dibuat secara rewang. Kalau boleh bukan saja sekeluarga, malah satu kampung akan turut serta menjayakannya.

“Orang kampung masing-masing akan menghulurkan sumbangan bukan saja dalam bentuk tenaga, ada juga dalam bentuk kewangan atau barangan. Semuanya secara percuma ,” katanya.

Tambah Md Ismail, faktor mobiliti sosial iaitu penghijrahan anak muda ke kawasan bandar untuk mendapatkan kerja, menjadi punca perubahan keadaan ini.

Dia berkata, meskipun ada anak muda tadi akan menetap di kawasan kampung, tahap pemikiran mereka dalam mengamalkan rewang sebagai tradisi, tetap berubah walaupun tidak terlalu ketara.

“Kawasan bandar dan sekitar taman perumahan adalah antara lokasi yang sudah mengalami proses perubahan tradisi rewang kepada kenduri secara katering dan bufet.

“Alasan lain yang boleh diambil kira, termasuk sikap individualistik atau memikirkan diri sendiri. Kebanyakan masyarakat hari ini memandang kehidupan kemasyarakatan dan bantu membantu tidak penting bagi mereka lagi,” katanya.

Dia berkata, bukan saja amalan rewang pada majlis perkahwinan yang dimudahkan dengan adanya katering, malah paling menyedihkan katanya pengurusan jenazah turut mengalami nasib serupa.

Walhal katanya, jika diikutkan, amalan berkenaan perlu dibuat secara bermasyarakat, bukannya dilaksanakan oleh pihak tertentu yang sanggup menerima bayaran.

Malangnya, perkara itu tidak dapat dielak kerana tidak ramai orang muda yang sanggup melakukannya.


Mengikut ceritanya...

  • Johor

    Amalan rewang sememangnya sudah sinonim untuk masyarakat Melayu negeri ini. Malah perkataan rewang itu sendiri, dikatakan berasal dan cukup popular di kalangan masyarakat Melayu-Jawa.

    Bukan saja dipraktikkan ketika akan berlangsungnya majlis perkahwinan besar-besaran, rewang juga sering digunakan sebagai kata ganti untuk membantu tuan rumah sebagai persediaan majlis kenduri kecil-kecilan, misalnya kenduri kesyukuran.

    Diketuai seorang ketua masakan dan ketua acara, rewang di negeri ini selalunya membabitkan persatuan rewang yang membantu menyediakan kelengkapan pinggan mangkuk serta pembahagian tugasan secara berkumpulan.

    Amalan ini juga tidak akan lengkap, jika tiadanya kudap-kudapan tradisional seperti tempeyek, kuih layang-layang, bahulu atau lengkong (sejenis jeli sirap), sebagai makanan sampingan buat tetamu rewang.

    Tapi bila bercakap pasal rewang, teringat pula satu lagi istilah, 'berkat' iaitu bungkusan nasi minyak yang diberikan kepada setiap tetamu untuk di bawa pulang.

    Yang ini saya yang tambah:

    Berkat juga dikenali sebagai 'bontrot' dalam bahasa Jawa. Selalunya kalau ada kenduri akan ada team naik motor dan mengagih-agihkan berkat satu kampung... jadi mat motor sat walaupun bakul penuh plastik nasi kenduri. Juga kebiasaannya ada nasi ambang, di mana tetamu bungkus sendiri (layan diri) dari dulang-dulang yang dihidang. Selalunya ini untuk kenduri kesyukuran.

    Menjadi kebiasaan para tetamu kenduri akan menderma sekadar yang mampu semasa bersalaman dengan tuan rumah. Yalah, orang nak buat masjid, kita tolonglah eh? Kahwin beribu-beribu kosnya wooo... lainlah kalau buat walimah di Mesir (menurut Ustaz Fauzi). So rajin-rajinlah menderma... sebab itu silalah simpan envelope banyak2 dalam kereta kot2 kalau nak pergi kenduri, terlupa, at least dalam dompet bolehlah kita hulur apa yang ada...

    Dari segi teknikalnya, selalunya budak-budak laki akan menjadi kumpulan membasuh pinggan... haha, tarbiyah anak-anak sungguh. Ada juga yang jadi tukang kutip pinggan dan gelas selepas orang makan atau jadi waiter. Manakala yang perempuan pula di dapur dalam rumah menjalani training ilmu kedapuran haha bersama makcik-makcik. Ada juga tukang beri bunga telur. Oh ya, lupa plak. Yang masak di bangsal luar rumah of course pakcik-pakcik, laki pun handal memasak... sambil menghirup kopi dan berborak-borak update tentang keluarga dan politik.

    Hmmm... rindunya suasana muhibbah sesama saudara-mara.



  • Melaka

    Berbeza sekali di Melaka, amalan rewang di negeri Hang Tuah ini lebih dikenali sebagai berolek kahwin, sebaliknya rewang lebih merujuk kepada kegiatan melepak di kalangan remaja.

    Di daerah Alor Gajah misalnya, berolek perlu didahului dengan amalan berkampung iaitu pertemuan ketua kampung, ketua suku dan keluarga, sebelum tetamu dikehendaki datang berolek seawal tiga minggu sebelum berlangsungnya majlis.

    Sudah menjadi tradisi di kawasan ini, tetamu selalunya akan membawa bersama beras ke rumah pengantin dan kemudiannya akan dihidangkan pula dengan pulut kuning yang dimasak secara gotong-royong sehari sebelum majlis, sebagai balasan.

    Jika golongan lebih senior akan membantu dalam soal masak-memasak dan potong-memotong, tenaga golongan muda pula lebih dikehendaki ketika pemasangan pelamin dan acara berinai.

  • Negeri Sembilan

    Di Paloh, amalan rewang menjadi kemestian masyarakat Melayu di sana kerana jarang sekali adanya keluarga yang memilih budaya katering.

    Seperti juga amalan masyarakat terdahulu, sentuhan tradisional masih dikekalkan dengan pemberian saguhati seperti bunga telur istimewa dan pinggan mangkuk bagi menghargai jasa kaki rewang tetap.

    Sebagai jamu jiran dan sanak saudara yang datang rewang, mereka disajikan daging masak lemak cili api dan rendang maman, selain pulut wajik yang dimasak secara gotong-royong.

  • Kuala Lumpur

    Dewan serba guna dan hotel adalah antara lokasi yang sering menjadi pilihan masyarakat bandar bagi melangsungkan majlis perkahwinan.

    Maklum sajalah, bila diadakan di lokasi seperti ini serba-serbi ditanggung beres. Cuma yang perlu dilakukan hanya datang pada hari berlangsung. Makan siap tersedia dengan cara bufet. Kalau adapun kerja bantu-membantu hanyalah sekadar di kalangan keluarga terdekat.

    Bagaimanapun, ada beberapa kawasan seperti Selayang, Gombak dan Sungai Besi yang masih lagi mengamalkan budaya rewang.

    Dengan bantuan ahli jawatankuasa surau, majlis penuh bermakna bagi pasangan mempelai menjadi lebih meriah dengan bantuan jiran tetangga sebelum dan selepas berlangsungnya majlis.

  • Selangor

    Tidak seperti sepuluh tahun dulu, jarang ada masyarakat Melayu di Semenyih yang mengamalkan rewang sebagai satu amalan kemestian ketika mengadakan majlis perkahwinan.

    Sebaliknya, amalan ini digantikan dengan menempah katering dan bufet yang dianggap lebih ringkas serta memudahkan tuan rumah.

    Begitu juga di Banting. Meskipun majoriti masyarakatnya Melayu-Jawa, tradisi rewang secara berdikit-dikit hampir dilupakan. Malah jika ada yang mengamalkannya, mereka cenderung memilih gaya bufet sebagai santapan pengunjung.

    Namun begitu, ketika berlangsungnya rewang, ahli rewang tetap kebiasaannya akan dihadiahkan dengan kain batik atau kain pelikat, sebaliknya juruhidang diberikan bunga hiasan dada yang terhias beberapa helaian wang kertas.

  • Pahang

    Aktiviti gotong-royong dalam menyambut majlis perkahwinan di negeri ini selalunya bermula seawal dua minggu sebelum majlis.

    Perlantikan ahli jawatankuasa majlis, membabitkan orang kampung, sanak saudara dan jiran tetangga amat penting dalam pemberian tugas bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar.

  • Kelantan

    Dikenali sebagai `bekwoh’ oleh kebanyakan masyarakat Melayu Kelantan, amalan ini bagaimanapun disambut lebih ringkas iaitu dua hari atau sehari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

    Amalan bekwoh selalunya memerlukan ahli bekwoh datang seawal pagi sehingga keesokan harinya bagi meringankan beban kerja tuan rumah menyambut tetamu.

    Ahli bekwoh juga akan diberikan duit sumbangan atas kerjasama yang diberikan, selain dihidangkan dengan lauk-pauk dan kuih-muih istimewa, khusus sebagai santapan sebelum majlis perkahwinan.

  • Perlis

    Atas alasan lebih ringkas dan cepat, kebanyakan masyarakat Perlis hari ini memilih tempahan katering atau lebih dikenali sebagai tender untuk menjayakan sesebuah majlis perkahwinan.

    Bagaimanapun, bagi yang masih mengamalkan aktiviti gotong-royong, beberapa hari sebelum majlis setiap ahli rewang akan disajikan dengan pulut, ikan masin, kuih goyang, bahulu dan kopi sebagai sarapan pagi mereka.

    Tidak banyak bezanya dengan negeri lain, tenaga golongan lelaki masih diperlukan bagi aktiviti berat, manakala wanita lebih kepada aktiviti dapur.

    Malah, ada juga jiran tetangga yang datang menyumbangkan beras atau keperluan dapur dan duit bagi meringankan lagi beban tuan rumah. Semuanya ini dibuat secara berkampung.
  • I just don't know the suitable title for this entry

    Assalamualaikum,

    Went to Mawlid this morning. Prior to that, Alhamdulillah a couple has been united - with Tun Azlan and I as the witnesses. Abid Abdul Aziz + Geiles Thomas Robinson. Mabruk! I never thought that the ijab and kabul could ever been simpler. After all, as what Sheikh Ismail joked (funny yet serious, oh well) about in our chatter months before - "I don't really why we are making things harder, do we not like ajar (reward) from Allah for helping them building their masjid?"

    In the Mawlid (will write about this later) Bro Amin gave a short reminder - "only Allah can unite all the hearts...". With all the diversities and differences rooted in all of us, I believe Islam is the only way of forging the unconditional unity as we have seen how the Muhajirins and Ansars in the sirah.

    A short while ago, I was totally like a fish out of water upon leaving the shell I was enclosed for quite a time. This whole idea of diversity slowly seeps thru, masya Allah, but then at times I feel a bit down when we ID'ed our friends with names/labels that I believe it weren't coined by them, particularly when some curious friends asked - "is that guy over there this and that? or them? or that or them?". Well that's pretty 'mild' sort of question. What about "is he NOT this-or-that?", of course when that enquiries infused with connotation of blasting (worse backbiting or ghibah) plus when one just speaks without ever thinking apa yang keluar dari lidah...

    With that perspective, may I ask (myself) and others - are we getting along with our brethren, regardless of whatever subscription they're up to?

    Perhaps this would enlighten much of the confusion, if all I've written merely a pure trash.
    http://wmfirdaus.blogspot.com/2006/06/anniversary-and-shiites.html

    And yes, we have to agree to disagree.

    Semoga apa yang aku tulis memberi kesan kepada hati ini... Wallahu a'lam.

    postscriptum: nasheed to accompany - Colors of Islam by Dawud Wharnsby Ali

    ...

    Tengah naik basikal tadi, teringat Nasir Pong yang mungkin dah habis pengajian di UIA dalam Bahasa Arab. Maka bolehlah kot letak sini link buku-buku arab. Ada kaitan ke? Aku terkonfius...

    http://almeshkat.com/books/index.php

    Saksi?

    Tengah hari tadi, dapat text dari Cikgu Anand, bapa kita semua di sini:

    Askm. As ketua perhubngan ppi, i feel u r d best person to assist. One foreign lady is getting married sabtu 3/6, 9pg city centre. 2 muslim brothers required as saksi. Mis Giles 08XXXXXXX will contact u. i will be in belfast so sila bantu dirikan masjid. c.c. to haikal. TQ.

    Hmmm... menepati syaratkah aku sebagai saksi? Sepanjang hidup ini, jadi saksi kemalangan adalah. 3 tahun lepas, 2 mat motor jatuh tergelungsur pabila cuba membuat kona leper. Alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan. Mereka pun bangun, tepuk-tepuk habuk, dan bergegas mendapatkan kembali motor sebelum memecut jauh.

    Saksi yang ini? Belum pernah lagi. Kena tanya ustaz nih.

    postscriptum: tadi ada yang cadangkan supaya jangan angguk-angguk sah saja bila ijab dan kabul nanti. Mintak die ulang 2-3 kali haha. Berniat tak elok betul.... ishh ishh.

    ...

    Yogjakarta punya angka makin meningkat. Ishh ishh. Sure budak-budak medic sana dah pakar Emergency Medicine eh? Bandage gauze entah apa lagi yang saya pun dah lupa. 3 tahun meninggalkan JPA3... aisemen.

    Oh ya, IMAM Eire tadi ada buat kutipan di masjid-masjid selepas solat Jumaat. Kutipan Dublin Mosque saja sudah mencecah EUR1000++, belum campur yang di Barry & Sons, Clonskeagh Mosque dan di RCSI. Mabruk mabruk. Sekarang teringat pula White Ribbon Campaign dulu untuk bencana tsunami.

    ...

    Dalam saat-saat menunggu waktu subuh ini, saya fikir eloklah saya sharekan link-link yang mungkin bermanfaat.

    http://groups.yahoo.com/group/islamic_events
    elok untuk sahabat-sahabat di UK, yang menimbun-nimbun ramainya masyarakat Muslim di sana.

    http://www.iol.ie/~afifi/Articles/articles.htm
    Arkib Sidi Afifi, semasa beliau di Belfast, rasanyalah.

    Google Irish Independent Hijab
    Untuk catch up dengan berita tentang hijab di Ireland.


    CounterPunch -
    http://www.counterpunch.org
    Kalau ada masa, baca ini

    Akram's Razor - Svend White's blog on Islam, Muslims & America

    Observations on Islam, America and international affairs from an unapologetic liberal and a proud American Muslim



    A gimmick Battlefield 2 video made with jihad in mind that fooled a few real journalists

    Rakaman DID 2 dan perkara lain

    Kawan-kawan boleh download dan dengar rakaman DID 2 di http://www.ppimi.org. Jom Tarbiyatus Sibyan :-) dan juga Mukhtar Al-Hadith...

    Ustaz Fauzi sebut, kini ramai orang sembah Internet. Is that so? Fikir fikir fikir.

    ...

    Found out that Google has this translation engine. Now I could decipher Arabic with much ease.

    Google Language Tools

    ...

    Jogja oh jogja. Selamatkanlah mereka semua Ya Ilahi. Finally Yusuf speaks (again) after a long deafening silence. Rasa nak turun. Okay jom, kita buat apa yang kita boleh buat...

    ...

    Dah lama tak turun kebun dengan ayah (duhh... dah kat sini... memang tak boleh turun), tebas dan tebang untuk jaga pokok ini dan ini. Heh bila di rumah sana, liat sangat nak pergi. Penatlah, ngantuklah, kawan nak jumpalah, ikan bakarlah, boringlah, ada programlah, sibuklah. Dah ada di sini, crave for it. Nasib baik takde withdrawal, kalau tak mahu terbeli shovel di sini. What's the story? Hmmm macam mana nak jadi pekebun atau peladang faham dengan benda ini..... pap pap pap pirah.

    ...

    Why Fatah is still there for the NAM? Is it not blatantly double-standard? Apa maknanya HAMAS yang duly elected? Apa daa...

    ...

    I am done with OSBE. Sekarang tiba masanya untuk From Utah To Eternity, dan jika ada masa bolehlah buat review. Hmmm... macam mana dengan benda lain? IPSC dan PRI dan macam-macam lagi? Adus kepala jadi pening dek naiknya ICP.


    //From Utah To Eternity karya Sarah Louise Baker - ada serupa macam From Russia With Love ka? Mestilah tak! Nak beli, silalah cari di Central Books, Abebooks atau Astrolabe.

    postscriptum - I have once thought, journalists would be my buddies - really?