Berpagi-pagi ke Beaumont yang letak 1 jam dengan bas di kala musim sejuk yang berangin, kadang kala men'down'kan sungguh. Nasib baik sekarang tengah menelaah bab Renal, Endocrine, Genito-urinary dan Breast, sedikit sebanyak menariklah juga... namun seperti biasa, sering saja mataku terlelap di tengah-tengah kuliah... iskk... kalau tak puasa dah lama kunyah gula-gula Kopi-O!
Hmmm... 2-3 minggu ini agak penuh masa - kelas, kedatangan pelajar-pelajar baru, dan majlis Sambutan Pelajar Baru (SPB) pada hari Sabtu ini. Aku kini menumpang di rumah 218 yang semestinya meriah dengan muka-muka baru.
Oh ya, bulan Ramadan ini pula, adalah Ramadan terakhir aku di tempat orang. Masuk yang tahun ini, dah 6 kali. Maknanya 6 kali tidak beraya di kampung - sampai dah lali.
Sebut-sebut Ramadan, sekarang dah masuk 10 malam terakhir. Dublin Mosque dah buat qiam tiap-tiap malam, dan menghabiskan 3 juzuk.... yakni solat-solat sunat dari 2 hingga 5 pagi non-stop. Habis endurancelah, tapi aku tak pergi pun lagi. Tahun lepas adalah sikit-sikit... tapi aku cukup respek dengan seorang pakcik ini - Syed Azlan, tak pernah miss... memang pergh dot com!
postscriptum: Rasanya selepas SPB nanti, akan diupload komik yang aku buat. Saja memeriahkan... lagi pun software Comic Life & iPhoto bukan payah pun nak pakai. Bubuh saja gambar, kemudian letaklah ayat-ayat bunga sikit... siap!