Geleng-geleng kepala dibuatnya melihatkan jenayah yang berleluasa mutakhir ini. Sampai di Johor Bharu, diarahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk turun padang setelah ratusan ribu tandatangan rakyat dikumpulkan...
Okay ini adalah 3 kisah yang membuatkan saya geleng-geleng kepala.
Kisah I
"Rumahnya seminggu ada telefon, seminggu tiada..."
"Loh... kok begitu?"
"Kabelnya asyik dicuri orang saja..."
Masih terngiang-ngiang perbualan tadi dengan pakcik sewaktu di kampung beberapa minggu sudah. Rumahnya seringkali keputusan talian telefon, dek kabel yang sentiasa dicuri. Seminggu ada, seminggu tiada. Memang macam biskut. Kabel telefon yang dicuri, diekstrak tembaganya kemudian dijual di pasaran gelap. Tambahnya lagi, yang mencurinya orang kampung di situ juga, kerja menagih...
Geleng-geleng kepala saya dibuatnya...
Kisah II
Pada waktu tengah hari buta 2 minggu lepas pula, semasa saya tidur-tidur ayam, tiba-tiba kedengaran suara perempuan menjerit-jerit meminta tolong di luar sana. Kemudian diiringi bunyi motorsikal menderu laju, seolah-olah dipulas sampai habis pemegangnya sebab mahu memecut laju. Bila saya bergegas keluar meninjau keadaan, kelihatan seorang makcik tercungap-cungap bagai tak cukup nafas dan menggigil ketakutan.
Rupanya dia diragut orang. Patutlah trauma semacam. Mukanya pucat, kalau toreh pun tak berdarah! Kesian. Alhamdulillah... dia tidak diapa-apakan. Yalah, orang meragut, sebab terdesak sangat, boleh saja jadi pendek akal. Silap-silap ditikamnya dengan pisau!
Geleng-geleng kepala saya dibuatnya...
Kisah III
Kemudian, sewaktu saya beriya-iya menceritakan tentang kenduri-kendara yang telah saya pergi, sempat juga ibu mencelah lagi dengan kisah benar yang menggerunkan: "2 buah rumah di'rompak' ketika mengadakan majlis perkahwinan"
Fuh... di kala semuanya tersenyum gembira... tiba-tiba dirundung duka pula... cobaan...
Rumah yang pertama, kehilangan wang tunai puluhan ribu ringgit. Saya ulang, puluhan ribu ringgit. Kalau puluhan ringgit tiadalah terkedu dan terkesima sangat. Ini puluhan ribu ringgit... Memang Pergh Dot Com!
Mungkin kerana kesibukan kenduri, tiada siapa yang perasan sangat orang keluar masuk rumah kita. Yalah, masa sibuk-sibuk kenduri, ramai tetamu yang hadir dan malangnya salah seorang tetamu kita itu hadir dengan 'hajat yang besar'.
Ada riwayat mengatakan seorang wanita berlakon sarat mengandung senyap-senyap masuk ke dalam bilik pengantin dan menjalankan kerja terkutuk itu. Agaknya disumbatkan barang curian ke dalam 'perut'nya, sebelum cepat-cepat angkat kaki. Yalah, siapa perasan?
Rumah yang kedua, barang kemas serta barang-barang berharga lain seperti telefon bimbit, dompet, dan beg tangan. Juga sewaktu sibuknya keluarga menerima tetamu dalam kemeriahan kenduri perkahwinan.
Yang ini pula, pencurinya pandai dan licik. Diambilnya beg tangan, dikaut isinya, dan diletakkan kembali ke tempat asal. Cermat sungguh cara kerjanya. Bila tuan punya membelek-belek kembali, haaa sudah....
Geleng-geleng kepala saya dibuatnya...
postscriptum : Alih-alih, ayah pun turut menambah - "Lain kali, kalau nak buat kenduri, buat di dewan orang ramai saja... yalah, entah siapa-siapa yang keluar masuk rumah kita nanti..."
i look, i forget, i look again, i forget again, i inspect, i recite it loud, i write it down, i remember... heh!
Melawat kembali KRIM Eco Camp
"Saya jadi pemandu dan jurugambar bolehlah...", jawab saya sewaktu ditawarkan untuk ke KRIM Eco Camp yang bertempat di Bukit Cahaya Seri Alam, 2 tahun lalu.
Maka, sepanjang program bertugas sebagai pemandu, jurugambar dan runner tetap, siap ada tag nama lagi.
Baiklah, ini ada foto-foto 2 tahun lepas. Rata-ratanya, peserta yang hadir telah pun berada dalam tahun ke 2 pengajian di IPT-IPT... ada yang setempat dengan saya (Dublin), ada yang entah di mana-mana...
Foto-foto ini telah pun 'diproses' dalam iPhoto, kali ini kita buat semuanya nampak 'antik' sedikit. Yalah, asyik-asyik foto hitam dan putih saja...

//Sesi pengenalan bersama Abang Aizan (rasanya beliau kini di Bintulu sebagai jurutera PETRONAS)

//Foto ini mungkin membawa konotasi yang berlainan, sebab macam jadi DJ di kelab-kelab malam seperti yang dipaparkan dalam akhbar The Star. Walhal, Abang Kimin sedang menyelia sesi perkenalan...

//4 sekawan yang mengambil bidang perakaunan...

//Berehat setika setelah ralit menghabiskan air liur...

//Penceramah utamanya bernama Hasrizal (www.saifulislam.com)... beliau dah merantau ke sana dan ke sini - 'been there, done that'

//Nampaknya ini seperti taklimat ke apa...

//Eh, itu Mufaz ke?

//Sewaktu aktiviti riadah - "Lari lari... kita lari... sampai mati..."

//Yang ini pula, Dr Hamdi. Hmmm... tak pernah jumpa beliau semenjak tamatnya program.

//Alih-alih, hanya foto kumpulan-kumpulan perempuan saja yang diambil... laki-laki tak... aisemen!

Iqbal oh Iqbal
Tahniah kepada Fahmi (errkk... aku tak tahu nama isterinya) dan Imran (dan Aliyya). Dah selamat mendirikan rumahtangga...
Bicara Ilmu yang lepas-lepas membincangkan tentang Ali Shariati, Pramoedya Ananta Toer (Pak Pram), dan Syed Naquib Al-Attas. Yang akhir sekali, beliau adalah tokoh di tanah air kita, mashyur... yalah, beliau dulu kan di ISTAC?
Tokoh terpilih kali ini adalah Muhammad Iqbal. Dipanggil Allama Iqbal - 'allama' merujuk kepada cendiakawan yang faqih dalam pelbagai lapangan. Siapakah beliau? Jeng jeng jeng... beliau adalah cendekiawan yang mengambil sastera sebagai jalan untuk menyampaikan hujah-hujah dan idea-ideanya, yang menjadi inspirasi pejuang-pejuang untuk mendirikan Pakistan... kira besar sungguhlah jasa beliau, sebaris dengan tokoh-tokoh penubuhan Pakistan seperti Muhammad Ali Jinnah dan Abu 'Ala Al Maududi... hmmm banyak lagi yang perlu ditekuni... mesti ramai lagi teman seperjuangan mereka, kan?

Hmmm... langkah-langkah ke arah mengenali Muhamamad Iqbal telah pun dibentangkan. Tinggal nak atau tak nak sahaja. Ok boleh mula dengan Wikipedia dulu... ok kita click click click sikit... lepas itu boleh pergi keluar menuntut...
Aku pulang dengan buku Bicara Tanpa Suara (antologi cerpen dan puisi, semuanya nukilan peserta-peserta dari setiap negeri, anjuran KEKKWA) sebagai ole-ole. Terima kasih Pak Rahimidin Zahari... maka bertambahlah lagi bahan bacaan yang perlu dihabiskan sebelum tamat cuti soifi ini. Alahai... itu belum dicampurkan dengan karya Kumar dan Clark serta rakan taulannya lagi...
postscriptum - nota kupasan-kupasan Abang Zakir, Pak Rahimidin Dahari, dan Dr Hanafi Ibrahim akan ditelaah kembali... hmmm.... analogi besi dan api sebagai penerangan konsep individualiti dan ketuhanan perlu didalami dan dikaji... juga hujah-hujah Ibn Arabi, Nietzshe, Rumi, Goethe, Waliyullah Dehlawi, Bateson, Naquib Al-Attas... apo kobondonyo? Hmmm aku juga harus mencari Nur... Nur oh Nur... ya Bediuzzaman Nursi... bukannya Siti NURhaliza!

1000km
Tiba juga di Kuala Lumpur akhirnya. Penat memandu jauh ie. bayar ufti kepada tuan punya stesen minyak dan juga tuan punya jalan bertol. Kempis dompet!
Kuala Lumpur > Kuantan > Kuala Terengganu > Sekayu > Kuala Berang > Kota Bharu > Pasir Mas > Machang > Rantau Panjang > Kota Bharu > Kuala Krai > Bukit Bunga > Georgetown > Alor Setar > Merbok > Ipoh > Klang > Kuala Lumpur
Anggaran jarak yang dilalui, melebihi 1000km. Jarak sebenar tak dapat dikira sebab tripmeter kereta rosak, dah usang sangat kereta...
Antara foto yang menarik sepanjang 'road trip' (termasuklah yang dulu-dulu punya):
Negeri Sembilan

//Sempena nak menyambut 50 tuanya negara kita... ini dia... Dato' Dol Said

//Papan info yang dipacakkan bersebelahan Makam Dol Said

//Makam Dol Said. Yang kecil di belakang, tak berapa pasti siapa tuan empunya...
Selepas 50 merdeka, hmmm... macam-macam ragam betul. Sah Malaysia memerlukan hero seperti Kaber Hero Kaber Zero... heh.
Kelantan
Dek ralit sangat, tak sempat ambil gambar. Rasa seronok pula duduk di Kelantan, sebab kos sara hidupnya rendah. Hmmm... kena belajar speaking Kelantan nampaknya.

//Tugu Peringatan Jalanraya Timur Barat...

//Tugu dan jalan menghala ke Jeli. Jalannya memang berliku-liku... kalau tak berwaspada boleh masuk gaung!
Pulau Pinang
Rupa-rupanya ada Jom Heboh di Pulau Pinang. Patutlah Jambatan Pulau Pinang sesak bukan main. Nampak ramai Melayu saja yang pergi... apa da...

//Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang - Nik Farhan (tengah) dan Hazim (kanan)

//Ini curi-curi ambil... maklumlah dalam masjid

//Makan malam di Restoran Line Clear bersama kawan-kawan PMC... nasi berlaukkan ayam goreng dan segala jenis kuah yang ada... hasilnya? Sedap tapi tak boleh nak kata rasa apa...
Yang ini pula, di Alor Setar, Kedah. Negeri Jelapang Padi, dan juga menurut sumber rasmi, negeri paling banyak hutang (no pun intended). Apa-apa pun, tomyam di sini lebih menyelerakan dari tempat-tempat lain... heh baru makan sekali je pun.

//Masjid tempat ibadat, bukan tempat tidur...

//A la Mezquita...

//Saja ambil foto gerbang, nampak lawa dan klasik. Heh, syiar...

//Yang ini tak boleh dalam B & W, spoil nanti.

//Menara Alor Setar

//Haa... baca notis ini betul-betul!
Ok ini sedikit foto dari Kem Motivasi Sek Men Sains Machang... memang cara betul budak-budak Sains Machang...

//Macam biasa, foto beramai-ramai... semoga kita berjumpa kembali nanti...

//Abe Kimi jadi bos...

//Kapten Kamal mengerahkan peserta-peserta bersenam hingga sihat...

//Tarian hujan yang diajar oleh Kapten Kamal, a la tarian hakka dari kaum Maori di New Zealand

//Tersenyum bangga memegang panji-panji kumpulan

//Encik Afiq (MC) dan Cho (Tok Penghulu)...

//Cik Penghuluwati (tak tahu nama), dengar-dengar beliau adalah seorang pendebat handal...

//Abang Zul melayan adik-adik peserta...

//Taklimat dari Mat Boot sebelum memulakan aktiviti riadah

//Abang Aslam, satu-satunya fasilitator yang sedang menuntut kejuruteraan (yang lain semuanya perubatan belaka) tekun menyuntik inspirasi dan semangat...

//Bos Besar Ariff dan Yang Berbahagia Ustaz Shamsuddin, Penolong Kanan (HEM) SMACH

SPB - Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru kepada Izwan & Haly. Yang lain-lain, jika ada kelapangan dan kemudahan... yalah Nabi pun pesan suruh penuhi undangan sekiranya boleh...
Heh shot-shot tipikal... untuk angle yang pelik-pelik minta kepada tuan punya lah ya?

//Izwan tersenyum syukur - sekali lafaz sahaja!

//Semoga hingga ke syurga...

//Sahabat-sahabat PMC, kecuali Syafiq Idris yang masih belum tiba dek menjadi pemandu bidan terjun
Ok time's up.

Subscribe to:
Posts (Atom)