Sponsor filem diperlukan...

Atas permintaan sulaipap, aku letak foto-foto kat sini. Maafkan aku pasal foto tak banyak kerna kekurangan stok filem. Ishh... kan best kalau aku dapat satu lori filem free... hahahah tamak betul. Sini kos nak develop gambar mahal. Jadi sesiapa yg ade digicam untunglah. Hmmm... digicam ooo digicam... tapi digital SLR yg paling murah... dekat RM3k. Kene tunggu jadi interns dulu kot.





//Tetamu-tetamu.... bab namakan orang ni mmg malas sket. Sebelah aku wakil PPIM (argh tak ingat nama), dan sebelah die Cultural Attache Iran Mrs Bahreini. Depan dari kiri : Ali Al Daie (Kuwaiti Student Union), Philip Curtis of Student Services, Dr Cliona Buckley, Rev William McLaren, Dr Noah ICCI, Shaikh Hussain Halawah, Mrs Soudabeh Bahreini, Wakil PPIM Feroza Sulaiman, menggantikan Muhammad Tariq Zhafri Zainal, Aku. Belakang dari kiri : Huda, Syazwani, Fahad MC, Lelaki Arab 1, Omar, Lelaki Arab 2, Dini, Syarifah.





//Philip Curtis, Dr Buckley dan Rev Williams McLaren





//Shikh Hussain Halawah & Dr Noah - wakil-wakil ICCI





//Comm members... Omar dan Abdullah tade... mane ntah dierang merayap... Katak yg pakai baju putih sebelah aku... tu advisor tuh...





//Maskot Muslim Up... Kawan-kawan beli lah Muslim Up... rasa macam Coke!





//Secretary dan juga MC



Semalam ade post-mortem. Ade laporan kewangan jugak. Alhamdulillah banyak juga yang dapat. Hmmm... byk yang direview, tentang what we've done so far - dinner, exhibition, etc. Terima kasih atas komen-komen anda. Aku pun orang baru. Baby la senang cerita. Akan effective gradually... dan ingatlah segalanya adalah pengajaran... perhaps bila-bila nanti boleh buat dinner utk Palestine pulak bak kate si Omar dengan semangatnya... Gambate!



Petang tadi ke Iranian Embassy. Memulangkan balik barang yg dipinjamkan. Sempat juga bersembang-sembang. Hmmm... die express juga her dissappointment pasal tak ramai orang di UCD. Mungkin kerna ash & oratory ceremonial tuh kot. Tu di dahi ade tanda calit hitam, dan diwajibkan atas derang utk berpuasa tak silap aku lah. Hmmm terclash pula dengan dinner. Takleh nak kata apalah. Alhamdulillah donation dierang banyak. Hmmm... kemudian, bercerita pula tentang Iran dan gempa bumi. Menurutnya, gempa bumi berskala 4-5 Richter nih dah biasa bagi orang Iran. Die pernah terjaga di waktu malam, melihat lampu di siling melambai-lambai... wardrobe yg berat tu bergegar... and there's nothing you could do about it she said. You can only remain still and brace for the worst. Dia cakaplah... orang Malaysia beruntung, tade bencana alam nih. Hmmm... so kene la bersyukur. Bayangkan tiba-tiba Malaysia ade kat fault yg sangat tak stabil macam Teheran. Sekali gegar... satu bandar will be wiped out...



Die pun cerita... buat bende-bende macam kene ade plan. Cth yg die beri: Makanan utk vegetarian. Walaupun nampak kecik, tapi besar juga impact die. Macam mana orang nak pandang elok pada Islam kalau kita sendiri tak jaga. If the college could give you a proper prayer room, then there's no excuse of not getting vegetarian food ready. Where it went wrong?



That's enough for today. More adventures expected tomorrow... Waalahua'lam...
Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan

Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan

Di tanah kering berbatuan



Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan

Hati tergetar menambah kering rerumputan

Perjalanan ini seperti jadi saksi

Gembala kecil menangis sedih



Kawan cuba dengar apa jawabnya

Ketika kutanya mengapa

Bapa ibunya telah lama mati

Ditelan bencana tanah ini



Sesampainya di laut kukhabarkan semuanya

Kepada karang kepada ombak kepada matahari

Tetapi semua diam tetapi semua bisu

Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit



Barangkali di sana jawabnya

Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang





oleh: Ebiet G. Ade - penulis lagu Indonesia... M. Nasir macam die lah...






Tiba-tiba kuteringat...
...Tanpa Tajuk II...





//UCD Belfield dekat gile dengan Clonskeagh Mosque - Islamic Cultural Centre of Ireland...



Hmmm... baru balik dari UCD Belfield. Ade dinner. Tapi apsal tak ramai? Musim exam? Orang tengok bola? Porto lawan Man Utd tak silap aku lah. Ishhh... seriyau jugak aku rase. Malam tadi juga jumpa lagi dengan Mrs Bahreini... errr pasal gambar earthquake kat Bam, Iran. Teringat lak aku kene pulangkan balik. Dengan framed poster of citadel yg besar gile. Citadel Bam yg berusia lebih 2000 tahun ni dibuat 100% clay sahaja. Takde paku, concrete, simen, atau kayu langsung. Dan, selepas gempa bumi tahun lepas, 60% ranap. Restoration - impossible katenye.



Jumpa ramai orang jugalah - Hanif Miwqa dan Hanif Senario (suka betul buat lawak die nih). Yang penting jumpa makanan. Pergh kenyang jugaklah. Dessert pulak dari La Boulangerie. Kerna tak ramai, terpaksa diangkut pulang. Ishh ishh ishh... Cute jugak teddy bear yg diauctionkan... bile dipicit-picit bleh bagi salam pulak.



Tengahharinya aku ke St James, Outpatient nye dept. Penuh gile. Ape yg aku terpikir bile masuk hospital kali pertama, teringat kat Scrubs. Haha hantu. Seram jugaklah, hospital ini penuh dengan orang sakit, dan juga bahaya-bahaya lain macam radiation. Kire risky lah. Silap-silap mati.



Petangnya, ade exhibition. Ade org protes dlm redha... haha... takpe... Allah bayar balik nanti dengan ganjaran... kita pun tatau bila. Dlm tgh dok melepak di exhibition stall, dtg sorg Iranian bersama kwnnye. Tup-tup naik satu issue - Ke mana duit ini akan pergi? Err... definite it will never ke govt. Dengar cerita, ade fraud juga dlm kita nak tolong-tolong nih. Sejauh mana kebenarannya, aku tak sure. Aku check di Internet nanti. Aku pun takleh kate bbyk, aku pun tak tahu the actual facts pon.



Esok... post mortem. Review balik what we've done so far... Chuzzz (bye-bye dlm German - informal)
Fuhhh lega...

Alhamdulillah lega. Segala puji bagi Allah... aku lega. Dan lega lagi. Bila habis semuanya, agak speechless dibuatnya. Setelah sekian lama (macam la lame sangat) memeningkan kepale, menyakitkan jiwa, menggilakan diri buat seketika, akhirnya segalanya berjalan lancar... walaupun ade sedikit hiccups. Akhirnya bleh juga aku tidur lebih nyenyak...



Terima kasih kepada semua, baik dari pihak penganjur - waiter, cameraman, core team, org MC, org tiket, org backdrop, org dinner, org nasyid, org poem, org Muslim-Up, org ICCI, org dessert, org-org semualah senang cerita, mahupun pembeli-beli tiket. Selepas nih segalanya kene direview balek, utk pengajaran buat akan datang - aku rase cukuplah kepeningan yg ade sekarang... exam dah dekat!



Hmmm... maafkan aku kalau aku tak sempat nak kenal-kenal dengan yang datang. Ramai tegur tapi aku senyum-senyum gitu jela. Susah betul nak ingat nama orang nih. Muka yg selalu nampak pun, name payah betul nak lekat...



Hopefully this event could sparks a better growth of ISoc in RCSI. Macam Si Lan kate, kita boleh jadi super-baby. Baby-baby pun, bleh membuat banyak aksi-aksi sarkas dan gimnastik. Dan kali ini juga, baru ku tau betapa peningnya nak buat benda macam nih. Kalau dulu setakat jage PA system, tak pun tolong susun meja dengan kerusi, pastu adela basuh pinggan dan juga main meriam buluh (haha kenduri kahwin makcik aku...) Yg ni, Ya Allah memang lain. Sampai bleh hilang judgement aku dibuatnye. Ishh...



Semalamnya, sempat juga berborak dengan kwn-kwn. Byk beri dorongan, support. Yang aku ingat, ape yg kita buat takkan same ape yg dlm plan. Kemudian, kita juga harus ingat, Allah akan tolong hamba-Nya berbuat bende baik, asalkan yakin dan berniat dengan betul. Di sinilah usaha kemudian tawakal kita boleh nampak. Bukan setakat berdoa sampai berbuih dimulut, tapi tangan tak gerak langsung. Sampai tulat, eh sampai bila-bila pun takkan jadi... terima kasih kwn kerna ingatkan aku!



Okay, esok hari Rabu. Tiada ape yg special. Sekadar satu lagi hari utk ditempuhi.



//5803km apart, it does not mean you can not help...



Credits to:

Islamic Cultural Centre of Ireland, Islamic Republic of Iran Embassy, Royal College of Surgeons, Student Services, Saleem of Muslim-Up, Hamad ISoc, Badar, Egan Hospitality, IMAM, MSATCD, UCD ISoc, DBS, dan sesiapa lagi, aku tau ramai... (it'll be an exhaustive list) yang terlibat directly on indirectly dalam menjayakan bende alah nih. Aku byk belajar dari korang. Tinggal nak amalkan apa yg dah aku belajar...
Selamat Tahun Baru 1425H

Semenjak dua menjak nih, aku selalu la pulak surf internet pasal menda alah nih. Mac OS X, Darwin, X11, XFree86, Fink, GTK, GLib, Pango, Pkg-config dan sebagainya. Hmmm... haha peliklah, aku berada ni medical field tetapi masih addicted dengan bende alah nih.



Aku teringat zaman-zaman komputer dahulu. Dimulai dengan PC-DOS oleh IBM, kemudian ditakeover oleh Microsoft, dan terus menjadi MS-DOS. Ketika itu aku baru darjah berapa ntah. Selalu juga lihat ayah aku struggle buat keje yg langsung aku tak paham. Selepas MS-DOS, masuklah pulak era Windows 3.1. Ade GUI (Graphical User Interface). Time tu baru mengenal mouse dan icon-icon. Kemudian belajar buat timestable pakai Lotus 123. Pastu Paradox. Ahhh ape lagi aku pun dah lupe. Dulu kene type dekat command line. Sekarang click-click je... siap boleh copy and paste lagi.



Semase tu aku gila komputer. Ade sekali tuh aku dengan yakinnye mendelete satu harddrive... dengan command deltree yg sepatutnye digunakan berhati-hati. Akibatnya, satu malam ayah aku berjaga nak restore balik PC tuh. Hahah jahat gile aku. Akhirnya jadi lah aku hantu komputer sehingga sekarang, walaupun aku dah kurang sket, sebab aku amek medic!



Buat pembaca-pembaca diluar sana, aku sebenarnya tgh pening dengan Mac OS X 10.2.8 aku. Macam mana nak install GIMP dalam iBook nih? Aku dah install XDarwin. Tapi belum lagi lib-lib macam GTK, GLib, Pango dan adek-beradeknye yang tak pernah aku kenal. Naik gile aku dibuatnye. Tu blom disertakan dengan cvs. Mati akal aku dibuatnye. Lagi satu... macam nak compile? make? install? make install? ./configure? Semakin lama aku fikirkan bende alah nih, semakin pening dibuatnye.



Aku teringat, aku pernah dibasuh. Topiknya MSC, Open Source dan segala haram jadah yg takde kene mengena langsung dengan medicine - walaupun aku rasa mesin-mesin MRI tuh pakai Open Source software. MSC takkan jadi kenyataan tanpa kehadiran developer-developer yg handal dalam open source software. Ada benarnya, mungkin aku tak nampak. Kalau aku sentiasa bersama dengan hantu-hantu komputer, mcm programmer, sysadmin, mungkin aku akan nampak. Dah la bidang ni byk didominate oleh orang lain, kita pulak tercirit tertinggal ke belakang. Di manakah kita?



Operating System berubah dari zaman ke zaman. Itu untuk komputer. Bagaimana pula kita? Sudahkan anda update dengan kernel (iman) yg terkini? Sebenarnya aku nak menulis tentang Maal Hijrah, sekali termasuk pasal komputer plak. Ahhh lantak lah. Ade kaitan jugak ape. Okay Salam Tahun Hijrah. Heh masihkah anda ingat hari lahir anda di tahun hijrah? Berhijrah lah dari Windows ke UNIX-based system. Reliable, takde virus...



Hmmm... ape azam aku tahun baru nih?



//Read:

Apple Developer Site

Open Source Initiative

GIMP - GNU Image Manipulator
...Tanpa Tajuk...

Semalam aku naik angin. Bukan ape. Naik pasal orang-orang di sini. Aku tau aku hanyalah manusia biasa, tapi aku ade hak utk keluarkan pendapat aku. Kalau salah, tolaklah. Kalau betul, Alhamdulillah. Sebenarnya semalam aku berborak dengan satu mamat Arab nih. Mula-mula tentang dinner yg bakal tiba. Last-last...



Aku pun tak paham ape kejadah dierang ni bergaduh. Langsung tak paham. Nak kate tak diingatkan... aku rase khutbah Jumaat tiap-tiap minggu selalu ade cakap pasal unity nih. Kisahnya macam nih, pada suatu hari datanglah seorang lecture dari UAE... utk memberi talk semasa Ramadhan lepas. Selepas 4 rakaat solat sunat tarawih, maka dia pun bangunlah... untuk memberi talk sepertimana yg telah dituliskan dlm surat jemputan. Tiba-tiba satu mamat ini dengan selamba, "What wrong with you?". Dengan nada mengecam tindakan lecturer tadi nak mulakan talk die.



"You can't give the talk here." Dengan muke garang lagi.

"Why?" Balas lecturer tuh.

"Just do it tomorrow."

"Tomorrow?"

"Nevermind, you can give talk on Monday." Haenen, ape cerite?



Selepas itu, kawan aku yang invite lecturer itu dibasuh habis-habisan selepas solat sunat tarawih. Barulah aku paham situasi kat sini. Gaduh-gaduh... yg rugi kita juga. Hmmmm...



Pagi tadi juga, kawan aku call aku. Memberi amaran yg akan ade orang akan call aku. Katanya utk membuat problem. Aku cakap kat kawan aku tak kisah. Biarkan jela. Terus seperti biasa.



Sebenarnya... itu lah salah satu bende yang buat aku naik angin. Agak marah jugalah. Ishhh ishhh... lagi satu, aku bukannya nak menjadi hero. Tapi aku rasa, itu yang aku patut buat. Kalau salah tegurlah. Aku tak puas hati. Jadi hidup segan mati tak mahu. Nak kata hidup, tak hidup, nak kata mati pun tak boleh. Ni jadi ape plak? Virus? Kawan aku pun sama, dia pun tidak puas hati juga. Aku mendoakan, selepas majlis ini, segalanya pulih, dan kita boleh naik balik. Malu rasanya, bilangan kita ramai, tapi....



Yang ni pun aku lagi marah. Ilmu itu pelita, tapi kalau yang berilmu gelap lagi menggelapkan, ape cerite? Sesat lagi menyesatkan. Sila ke blog Pakdi dalam entrynya tentang hantu-hantu nih. Bacalah elok-elok. Pahamkan.



//Ya Allah... lancarkan segala urusanku... Sesungguh engkau mengetahui yg terbaik atas sesuatu...
Mari adik mari abang... jom kita pi ke Iran Earthquake Charity Dinner...



//Inilah replika tiket yg dijual. Belilah yang original... �10 utk pelajar, dan �15 bagi yg dah bekerja... dapatkannya sementara stok masih ada. Anda boleh bayar tunai... TT, Western Union, Paypal, Mastercard, Diners Club, American Express, Travellers Cheque pun boleh, cek berpalang atas nama RCSI Islamic Society, asalkan jangan cek tendang sudah. Sape nak fullsize image emaillah ke abamohdbadri@rcsi.ie...



Sekian saja buat hari ini. Terima kasih.



Link:

IMAM Student Chapter UK & Eire

FOSIS UK & Eire

Human Appeal International
The clock is ticking...

Masuk hari ini, genap lah... eh 7 hari lagi... so ganjillah utk Iran Earthquake Charity Dinner. Insha Allah projek nih, sebagai one of the catalyst for utk hidupkan kembali ISoc di sini. Setelah tidur beberapa lama, kene lah bangun balik. Nanti tidur tak terbangun, susah.



For the first time ever, RCSI Islamic Society in collaboration with Trinity College Muslim Student Association will be organising Iran Earthquake Charity Dinner. This event is one of the main events of Ireland Iran Appeal Week in Dublin. More events such as exhibitions and donation drive will take place in participating universities and around city centre respectively. All proceeds go to Human Appeal International, which is an UAE-based medical relief organisation that currently has stationed their members in Bam, Iran where the tragedy took place.



Earthquake Facts:

//Magnitude 6.3 - 6.5 Richter

//5:27 AM, Friday 26th December 2003

//Epicentre - Bam, southwestern Iran - 5,803km from Dublin

//Dead - 25,000 est

//Injured - 50,000 est



Imagine... in matter of minutes, 25,000 people were wiped out just like that. May Allah bless those souls under its Wing of Divine... Amin. And verily, everything happened surely has a positive impact... Only Allah knows why it has to be happened...



One may believe that the earthquake brought no benefits at all. But, you better think twice. This is the time to put all the stupid stuff we've arguing for so long, aside. This is the best moment to show them that we are united. And, this is the time to look upon ourselves what love, care and unity in Islam are all about! Shame on those who still reluctant to help out our own brothers whilst all others (international community, etc) are willing to do so....




Teringat mule-mule dulu... bile aku mendengar... "We thought... that the society is going to dissolve...". I was gobsmacked. Gile terase... Insha Allah ni la masa nye naik idopkan balik. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.... pastu jadi gunung... pastu jadi laa gunung segala gunung...



Hmmm... esok... pergh.com sungguh. Byk bende datang bertalu-talu... zero idle time! (pinjam kata-kata Kamalsan...)
Ehhh... Valentine's Day Rupenye...

Semasa dlm perjalanan ke rumah Dr Oteh dengan si Mohsin... tetibe 2 org depan aku buat free show plak. Tetibe terpk la pulak. Rupenye Valentine's Day... patutlah... siap ade bunga ros merah lagi. Aaahhh mengarut...



Hmmm... apasal org suke sgt Valentine's Day nih? Nak tunjuk kasih sayang kalau suami isteri takpela. Tapi janganlah bercumbu dikhalayak ramai walaupun dah kahwin. Buat fitnah je... lagi orang ikut ade la. Kalau nak tahu sejarah die... aku rase boleh dicari dengan mudah. Tak payah spend mase 2-3 jam di google.com menaip keywords tentang Valentine's Day. Islam pun kata, merepek sume tu. Masa ni la, si x akan jadi baik-sebaiknya... pijak semut pun tak mati. Dan, si y pulak, apa kurangnya, jadilah baik juga. Huhu.



Di rumah Dr Oteh, kami semua berbincang (atau berborak menurut bahasa informalnya...), pasal ukhwah. Kalau dalam bahasa Melayunya... tali persaudaraan. Tajuk nih juga, akan dikaitkan dengan unity. Tapi bukannya Trinity heheh. Tu lain. Hmmm... ukhwah ikut Islam. Maksudnya... member tak makan member. Member nangis sama-sama, member susah sama-sama. Member ikhlas sentiasa... atau yg bertemu dan berpisah kerana Allah. Sesungguhnya muslimin itu bersaudara, dan sangat united. Bak kata pepatah, cubit paha kiri, paha kanan terasa sekali. Tapi kalau betul-betul rasa aku rasa patut jumpe doktor tuh, tu bab saraf... tak boleh main-main...



Hmmmm... lupa pula yg Dr Oteh baru balik dari haji. Haji... umrah... dua-dua aku belum pernah rasa lagi. Teringin juga. Buat masa sekarang, dengar cerita kawan-kawan dululah. Belajar dari pengalaman orang. Semalam ade kwn nih berceritalah pengalaman dia buat umrah dulu. Dikisahkan, di tanah haram nih, kita akan nampak segalanya. Not literally lah. Tu superman. Maksudnya Allah akan tunjukkan petunjuk kepada hamba-Nya. Contohnya, balasan terhadap niat hati yg buruk, walaupun cuma niat sahaja. Die tgh baca Al-Quran... tetibe ade pak arab puji suara die... sedap katanya. Tup tup die tertakbur kejap. Bila die habis bace, die pun nak balik hotel lah. Diceritakan, die berjalan ke arah pintu besar (aaaa sudah... tak ingat lak nama pintu tuh...), dan pintu tu amatlah besar, kalau sesat selalunya orang akan ke situ nak ingat balik jalan. Walaupun die berjalan ke arah pintu besar, tapi setelah beberapa lama, die keletihan, dan baru die sedar die pusing 360 darjah... kire ke situ jugaklah, tak kemana-mana. Nyatalah Allah ni sayang pada kita... tu sebagai peringatan. Ha... ni baru sket. Blom lagi niat-niat jahat yg besar...



Dan die juga sebutkan, kalau kita berniat nak buat baik, Allah akan buka jalan. Ade skali ni, die rasa nak cium Hajarul Aswad. Nak cium Hajarul Aswad nih, amatlah susah... pasal kene harung saf-saf dan org yg bertawaf. Tetapi, bile die pegi... org dari saf depan bangun... dan die terus memenuhkan... yakni bergerak ke depan. Dan perkara nih berulang berkali-kali. So tak sampai 5 minit, die dah ade di saf depan sekali. Setel satu problem. Problem dua: Macam mana nak menyelit masuk di tengah-tengah org yg sedang bertawaf? Haa... mula-mula die menyelit jugak... tapi ketika di tengah-tengah, datang pak arab besar tinggi gile, terus tahan org ramai. Pak arab tu pun memanggil die, dan menyuruh die ke Hajarul Aswad. Maka, dapatlah die cium Hajarul Aswad tuh.... Dan sesungguhnya... Allah akan menolong hamba-Nya berbuat baik.



Okay la. Aku pun dah kuyu. Tidur dulu lah... nanti rentung lak esok.
iMovie - movie directing made easy...

Selepas meeting ISoc... aku pun keletihan... aku dan Wan pon dok lepak kat bilik. Berbincang lagi... sampai terbawa-bawa balik bilik. Jangan masuk dalam mimipi sudah laa...



Sebenarnya kitorg mengexplore potential ibook kitorg. Kalau kita lihat dari segi teknikalnya, ibook ni dibekalkan dengan banyak software-software yg bagus-bagus... yg amat dasat. iMovie, iPhoto... dan blah blah blah (lihat website apple for more details...). Kali ini kitorg baru xplore iMovie. Hasilnya, iMovie... adalah satu software untuk buat movie, yang paling mudah untuk digunakan (high score for usability). You can buat movie like a pro. Drag & drop... kirenye amatlah mudah untuk dipelajari... the point is, xplore potensi yg ade kat mana-mana. Nasihat seorg guru in graphic design pernah kasi kate azimat di forum sifoo.com. "Software tu tak penting... yang penting macam mana kita gunakannya...". Contohnya... ade seorg programmer yg hanya gunakan notepad or textpad... dan ape yg die nampak hanya lah coding die. Dan ade sorg lagi, guna software punyelah mahal... tapi hasil tarak! Di sinilah bijak bersyukur... bijak gune apa yg ade. Kat komputer... kat buku(baca buku tu laa... pahamkan...), dan yang paling penting diri kita. Mana tau, kita ade talent utk jd movie director, debater or ape ape jelah....



Setelah puas mengexplore iMovie, kitorg test lak membuat slideshow. Hmmm... tang ni agak kompleks. Storyboard, dan ntah ape semuanya digunakan. Cuma kali ini, kitorg test cara lain. Selalunya music kene ikut slideshow... cube the other way around. Mungkin hasil yg lebih menarik. Mula-mula, carilah music yg kene dengan theme yg korang nak buat. Kalau inaugural of majlis yg ceria-ceria... macam graduation day... pilihlah yg agak rancak... yg tak tangkap sedih. Kalau majlis yg sedih-sedih nih.... macam Iran Earthquake Charity Dinner (datanglah beramai-ramai ke RC 23hb nih... mari mari... jgn tak pegi... nanti rugi... heheh iklan), pastikan lagu tu lagu sedih. Biar meremang bulu roma kesedihan!



Kemudian... dengarlah music tu berkali-kali... bukannye suke-suke... tapi biar kita bleh faham mane naik dan turunnya lagu tuh. Mungkin agak susah... hmmm tapi cube lihat cerita-cerita di vcd-vcd (yg berkualiti la... macam Road to Perdition... Band of Brothers...), selalunye kita lihat action atas skrin memang padan dengan lagunya. Kita dengar lagu tuh, utk cari naik dan turunnya. Masa nilah kita boleh catatkan... masa bila lagu tu naik, mase bile lagu turun. Sesuatu lagu mungkin ade 15-20 marker yakni 20 kali naik dan turun... walaupun depends of lagu ape yg diambil. Marker nih, amat penting, sebab, marker ni la akan tentukan gambar dan text ape yg akan diletakkan at that particular time. Cara paling mudah, bila dengar lagu tuh... bayangkan anda hendak letakkan text (nama org, ayat bunga-bunga...). Memang lah agak susah... tapi... lama kelamaan... anda bleh identify which part of that particular song, yg boleh diletakkan text. Hmmm.... makin complex bunyinye...



Bila marker dah ready... baru leh tuliskan script... ayat bunga or whatever u name it, dan padankan dengar photo skali. Jadi satu karya buatan anda sendiri.... It takes loads of practice... so jgn putus asa. Rugi nanti.



Oopppsss... esok sabtu. Aku kene jumpe GP di Rathmines... dekat je. Hmmm kalau GP dekat... tak dapat lah aku berjalan-jalan hehhehe... kalau jauh sangat... perit jugak nak amik bas. Hmmm... banyak juga aku nak tanye esok nih. Pastinya pengalaman seorg tua berusia 90 tahun... yg fit gile... amat berguna bagi aku....
London - Day 9, 10 and 11

Akhirnye jejak lah kaki aku London nih. Memang true metropolis by definition. Huha sane huha sini... sibuk macam KL. Di sini lah macam-macam terjadi.... hmmm bagus juga benda nih sebenarnya... satu ujian utk kita.



Terima kasih kpd Ihab King's pasal membenarkan kami menempatkan beg-beg kitorg yg agak bulky belaka. Maklumlah... ala-ala backpackers gitu. Berjumpa la dengan kwn-kwn nye dari Huddersfield yg tgh buat architecture... hmmm majoritynye budak KMYS, yg terkenal dengan satu-satunya kolej di tengah-tengah of nowhere... jauh dari huha huha KL.



Kitorg juga sempat menempel di LSE (London School of Economics)... dan kemudian keluar makan beramai-ramai. Macam biasa, makan ramai-ramai bayar sorg-sorg. Sebelum, berborak juga lah... dengan senior sorg nih... pasal persatuan. Hmmm... popular juga bende nih kat sini. Whatever it is, semua nya terletak kat individu tu sendiri. Janganlah dok menggatal join yg pelik-pelik sgt... sampe terrelated dengan Al-Qaeda dan organisasi yg pelik-pelik, nanti susah jugak yg datang. Ketika ini jugalah aku teringat balik semasa aku kat Perth. Time tu kami dibrief tentang situasi Malaysia... dari segi macam-macam. Top-notch lawyers dtg, dan kasi amanat kepada kami. Segalanya bermula dengan ilmu. Takde ilmu, takde pape. Bak kate mat saleh nye knowledge is power. But tak gune juga kalau tak pakai.



Malam sebelumnya... setelah letak beg di bilik Ihab, kami terus ke Regent's Park Mosque. Setelah solat Isyak, tetibe ade sorg brother ni tegur aku. Org Tunisia rupenye. Die borak-borak sat ngan aku... tanye ape khabar semua... sebelum kasi web adress list... semuanya berkenaan hukum syara' dan hal-hal bersangkutan. Malangnya... atas kelalaian... list tu hilang entah ke mana... Budus btul la. Nama org tuh Jalil... peramah dan mesra. Pastu aku pun tanye aaa kat mane sini bleh cari tempat tidur yg murah. Die cakap ade... die suro ke Malaysia Hall. Hmmm... betul jugak.



Maka berjalanlah meredah kegelapan malam (walaupun diterang lampu-lampu tungsten), menuju Malaysia Hall. Ditakdirkan tutup. Tade org langsung. Hmmm... agak menggelabi jugak. Terbayang la plak macam mana la agaknye jadi homeless nih. Tidur dengar sleeping bag di kaki lima? London takde le sejuk sgt. Takut diangkut ke balai polis... kitorg gak susah. Alhamdulillah, si Jalil ni offer la tempat bermalam... fuhhh lega.



Rupanya Jalil ni chef. Tapi yg peliknye, rumahnye penuh buku. Kiri kanan depan belakang atas bawah semuanya buku. Ulat buku ke? Tgk-tgk die ditugaskan mengumpul buku-buku, dan hantar ke Lubnan dan Tunisia. Fuhhh terperanjat aku. Kitab-kitab semuanye die ade. Die berceritalah... sebenarnya org Islam ni baik... tapi bak kate pepatah... setitik nila rosak satu belanga. Bile satu sorg jd pedajal... maka media pun besar-besarkan... kita juga yg susah. Itulah die...



Die ni juga jadi arkib la. Segala talk, lecture dan kuliah oleh tokoh-tokoh power-mower direkodkan. Dan die selalu bertanya... "Do you know Syed Al-Qardhawi?" Hmmm... jawapannya mudah. Tapi apa yg kita tau dengan die? Ape yg die buat? Ape sumbangan die? Ape kate die? Haaa... tang tu yg susah. Same laa macam sirah Nabi kita. Kita kata kita kenal die, tapi bile ditanya kantoi tak berkata... Hmmm... kene banyak fahamkan laa jawabnye.



Serius aku rase sedih time tuh. Sedih pasal diri sendiri lah. Sedih pasal bende lain buat ape. Sebab tulah, aku rase, mengembara nih banyak sedarkan org. Jauh perjalanan luas pemandangan. Dewasa kerana umur, matang kerana pengalaman!



Aku agak sedih gak aaa time nak blah ke Coventry. Yela baru jumpe kejap. Rase nak dengar lagi ape nasihat die. Huhu... ku teringat yg aku pernah berborak... kita berjalan bukan setakat tengok bangunan lame, yg antik dan mistik tu sume. Kalau macam tuh, kat mane-mane ade. Tapi pengalaman tu yg jadi pengajaran...



Wallahualam...
My hari Ahad in a nutshell...

Hmmm... dah beberapa bulan aku jauh dari keluarga. Adik-adik pun dah makin besar.... Tadi mak aku cerita pasal adik aku Azam yg baru je 3 tahun 7 bulan, bila ditanyakan ke mana abangnya. Aku harap dpt bercakap dengan Azam... malangnya dia dah tidur... ceist terlepas peluang aku.



Mak: Azam... abang mana?

Azam: Abang pegi KLIA, pegi Ireland naik kapal terbang... shuuuuu (sambil menggayakan tangan sbg kapal terbang)

Mak: Abang buat ape kat sana?

Azam: Abang baca, belajar errmmm mengaji... bila abang nak balik?

Mak: Lama lagi...



Haha... tersengih seketika aku. Rindu pula nak balik Malaysia... padahal baru je berapa bulan kat sini. Banyak lagi yg perlu disetelkan, dikerjakan, diamalkan. Eh... sebut pasal balek Malaysia... hmmm sedih juga ade kwn nak balik Malaysia dah. Tapi nanti berjumpa juga nanti di PMC... tunggulah lagi beberapa tahun.



Semalam juga... ade majlis makan-makan di rumah Bro Ismail, sempena kwn yg sorg nih nak balek. Aku baru dtg, die pulak nak balik. Selain tuh, jumpe la kwn-kwn lain... heh aku sorg dari RC rupenye. Tak prasan lak. Kami makan Mi Jawa... dan diakhiri dengan dessert berupa ayam goreng ala KFC. Sebelumnya... ade discussion sket...



Tajuk malam semalam: Kisah-kisah dalam Al-Quran. Hmmm... fitrah manusia ni suke dengar cerita. Ala-ala bedtime stories. Dan kisah-kisahnya semuanya tidak ditekankan pada satu-satu tempat, masa mahupun watak. Sebab yang penting, nilai-nilai moral dan pengajaran yg boleh dipelajar. Yang baik jadi tauladan, yang salah jadikan sempadan. Contohnya - ashabul kahfi... ashabul ukhdud... dan macam-macam lagi. Kalaulah disebut nama-nama watak, dan tempat di mana, sudah tentu 'label-melabel' akan berlaku. Kalau ade cerita pasal raja zalim di Turki... nanti ade la hantu mane mengutuk org-org Turki nih ade harapan jadi macam rajanya yang zalim. Sedangkan, yg penting, kita kene ambil ikhtibar dari sesuatu kisah tuh.... dan kita harus ingat, kisah itu sebagai kiasan, yakni ia boleh berlaku tak kira tempat dan masa.... dan mungkin sedang berlaku di zaman sekarang yg serba moden.



Lepas tu... bukak cerita lain timbul pula pasal nasionalisme, patriotisme, dalam Islam. Hmmm... Islam tetap mengiktiraf nasionalisme... dan diriwayatkan, Rasulullah sendiri pun rindu akan Mekah bila ada sahabat menyebut tentangnya (aku lupa la exact hadis die...). Tapi ada hadnya... fahaman nasionalisme ni pernah disalahfahamkan... tengoklah Lawrence the Arabia. Hero pejuang bangsa Arab kononnya. Hampeh. Bukankah Nabi pernah bersabda... sesiapa yg berbahasa arab itu berbangsa arab? Orang Turki pun terer Arabic. The point is, bangsa ni skin deep jer. Islam bela segala bangsa...



Kemudian, ada tayangan perdana Ashabul Ukhdud The Movie. Filem ini memenangi persembahan terbaik... iklan sket. Sesiapa nak beli bolehlah menempah dengan harga 2 euro. Heh lawak spastik kejap. Sebenarnya, projek ni kitorg buat semasa di Coventry dulu, dengan membedal camcorder and laptop Bro Ismail. Hahah... macam siut, 2 hari je dah siap!



Hmmm... Dr Oteh dan keluarga balik malam nih. Insha Allah selamat... dan pulang dengan haji mabrur.



Aku rasa tujela kot entry kali ini. Dipersilakan utk memberi komen dan teguran sekiranya ada salah dan silap.
Hamburg - Day 5,6,7,8 and 9

Alhamdulillah kami tiba di Hamburg setelah 2 jam perjalanan, dan hampir terlepas bas lagi. Agak sedih juga, pasal terpaksa meninggalkan geng Jepun kami - Hide Watanabe. Abg Amin dah pun menunggu di ZOB (Zentral Omnibus Bahn tak silap aku lah). Ketibaan kami disambut dengan nasi goreng kampung yg dah terhidang atas meja makan... dok kat Berlin pun berbekalkan roti, sardin dan nutella.



Hamburg is famous of their shipbuilding industry. In fact, there's even a batch of engineers, shipdesigners and architects buat joint-venture ngan Blohm + Voss GmBH... antara gergasi pembinaan kapal perang dunia. Ishh dah lame aku tak mengarut pasal bende2 mcm nih. Teringat pula Col/Syukri... bleh kate intelligence officer sekolah. He knows everything about military equipment inside out... more or less like a living encyclopaedia. No wonder he currently in USM for the sake of pursuing his passionate dream to be an aeronautical engineer... Tabik! Hmmm... tempat buat kapal ni namenye Landungsbrucken... dan berangin gile!



Di sini ade Fishmarkt, pasar lelong yg menjadi tradisi Hamburg sejak ratusan tahun yang lalu. Segalanya murah... dan macam biasa, harganya boleh dirunding lagi... Tawar-menawar menjadi amalan Fishmarkt... sampai murahnya tak terima akal. Satu crate of cherry-like fruit satu euro je. Gile murah!



Kami sempat singgah juga di Islamic Centre of Hamburg. Sinilah anak-anak Malaysia dihantar belajar mengaji. Rata-rata pelajarnya dari Indonesia... sebabnya Belanda ngan Germany berjiran. Kat sini, Muslim majoritinya orang Turki. Asalnya org Turki ni imigran, selepas WWII yg meratakan bumi Hamburg. Mereka ke mari membangunkan balek Germany pada umumnya... dari situ lah Islam berkembang. Sehinggakan, ade 'Turkish Road' lah kirenya... yg penuh dengan deretan kedai-kedai org Turki... baik travel agent, mahupun menjual mainan-mainan yg diimport dari Timur Tengah dan Turki!



Hmmm... aku call rumah kat sini... risau mak ayah aku dibuatnya. Macam-macam hal... hahaha. Alhamdulillah semuanya sihat, semuanya ok... termasuk mbah yg di kampung sana.



Episod kami di Hamburg berakhir dengan bertolaknya kami ke Lubeck... lapangan terbang rasmi bagi Hamburg...






//Kren-kren di Landungsbrucken, Hamburg.





//Terowong utk ke shipyard di Landungbrucken... ada dua terowong utk pergi dan balik... inilah dia jalan yang lurus...





//3 pintu lif... imagine bende nih 180 darjah dari terowong tadi.





//Proton Wira di Hamburg. Walaupun Hamburg di'banjiri' dengan Merc, BMW, Audi & VW... ada juga Proton...





//Hai adik manis si penjual bunga...





//Stesen keretapi Hamburg...





//Geng seperjalanan... Mus n Wan... dengan sepupu Wan
"All work and no play makes jack a dull boy..."

Hari ini aku dapat idiom baru... hmmm rasenye macam pernah dengar tapi di mana ya? At last cecah juga the social side of medicine nih. Inilah masanya. Sebenarnya ni remarks dari GP kitorg... Saya dan partner ke Rathgar... dekat-dekat ngan Rathmines gitu... utk jumpa GP kami. He's super-nice man to be with... lawak... hmmm seronok dengar die cakap.



Die bercerita how he went thru GP practice nih. Bermula dari clinic kat basement rumah org... sampailah sekarang, satu practice yg disegani. Katanya, GP nih frontline docs... selalunya dapat kenal org dengan lebih dekat berbanding dengan org-org di hospital. Semasa kami berjalan keluar dengan dia... ramai org tegur. Dengan kata lain, ramai kenalan. Ada benarnya.



Tadi agak tepu juga lah. Yalah, kitorg dibrief sedikit ttg background patient yg kami kene jumpa. Cara die brief mcmlah kami ni doktor betul. Full blood count - kidney, liver function, dan ape ntah lg istilah pelik-pelik... sabar je lah. Love'em!





Seni?

Semasa surfing tadi, terjumpa pulak video nih. Tengok lah. Pasti sedap menjilat jari. Ternganga aku tengok. One of the best of its kind. Main-main dengan pasir pun boleh jadi macam nih. Betapa kreatifnya manusia nih...



Silakan ke : http://vares.ircnet.ee/vklipid/sand_sicaf2003.wmv

(windows media player needed to view this demoreel)
Sebenarnya ku kekeringan...

Sebenarnya malam ni tiada idea pula. Mungkin ada. Tapi tak cukup bernas kot. Kene rendam lama-lama sket baru naik sket... heh ape aku merepek nih. Memandangkan dlm blog kwn ade cerita pasal lecture, maka aku pun nak cerita juga lah. Kat sini, Chemistry mmg best. Biar lah org dok ngata lecturer tu ngantok ka... heh aku rase seronok. Cisplatin, chelating agent dan seribu satu macam benda lagi... huh. Chemistry ini seronok dipelajari kalau kita minat. Macam mana nak minat? Cuba lah pk jejauh sket apa yg dipelajari. Aku bukannya poyo ke berapi ke ape, cuma, ni lah yang aku buat, walaupun kadang-kadang. Kalaulah dilihat betul-betul, makin lama kita belajar, makin ingat kita kat Allah. Kalau sampai satu tahap tuh, menangis pun boleh! (aku takde la sampai camnih). Keras hati mungkin. Nauzubillah.



For the time being, kami tengah belajar buffer system. Hishh... sure terpegun kalau korg pk betul-betul. Mcm nilah our own body tolerate with sudden change in acidity.... Bila lihat macam magis la pula. Sebenarnya wujud satu sistem 'buffer' nih. Kalau korang ingat equilibrium dalam chem dulu, macam tu lah die. Senang cerita - If an equilbrium is subjected to change, the equilbrium will counteract sampailah equilibrium tu tercapai semula. Contohnya....Normal pH range utk darah kita adalah 7.35-7.45, kalau deviate lelebih, mati. Cube la kita tuang concentrated HCI (10M), korg akan lihat pH darah kita takkan lari jauh sgt, mungkin jatuh to 7.25. Kalau ditambahnya kat air masak biasa, pH nya mungkin jadi 2 atau 2.5, which are extremely acidic and fatal as well. Jadi, we could see that there's something inside our blood that makes all the differences. It's like a magic! Dengan automatiknya, 'sesuatu dalam darah kita' melwn balek acid tadi... dan kesannya, pH atau keasidan darah kita tak berubah sangat. Ishhh paham ke? Kesimpulannya, badan manusia nih terdiri dari ultra-complex machinery yg self-healing, self-adjusting... dan takde satu mesin pun yg boleh lawan... but of course, kitanya bukannya perfect.



Entah macam mana, terkeluar pula idea... heh
Eid Mubarak - Selamat Hari Raya Eidul Adha







Alhamdulillah sampai juga hari raya di sini. Seperti biasa, kami bertakbir, bertahmid dan bertahlil di Malaysia Hall pada waktu paginya, disusuli dengan solat sunat dan khutbah. Memang meriah, walaupun tak semeriah aidilfitri dulu. Masuk raya nih, dah kali ke 3 raya. Huhu...



Rasanya memang lain dengan beraya bersama keluarga. Kalau dulu, di kampung, dengan sanak saudara lah kita beraya. Tapi sekarang, masing-masing dah masuk alam dewasa. Kalau dulu ade sepupu yg jadi geng main bola, melastik burung dan mandi parit... sekarang dah jadi geng orang lain... takleh usik-usik lagi. Di sini, Alhamdulillah memang lain rasanya. Takleh explain dengan kata-kata. Kita ada banyak ayah dan ibu, tidak lupa juga banyak abang dan kakak yang boleh jadi pembimbing. Ukhwah tu kuat. Maybe because we all in the same shoe...



Bro Syawal di Perth pernah nasihat kat aku dulu-dulu... "Jangan risau kalau duduk jauh-jauh... muslim semuanya kan bersaudara?". Bro Halim tempat aku tumpang time raya dulu pulak dengan riangnya teriak kat aku - "Dah rasa seronok pulak beraya macam nih... lain dari yang lain!". Memang betul. Paki, India, Bangladesh, Chinese, Irish, Arab semua united and bersaudara. Sampai serba-salah dibuatnya... bila melihat dierang melayan kita macam adik-beradik!



Khutbah kali ini berkisar tentang kesatuan. Topik ni memang topik 'spot'. Yelah, rasanya dah berjuta kali diulang. Dari aku form 1 (darjah 6 ke bawah tak pandai pk lagi hehehe) sampai sekarang memang akan diulang topik tu juga. Rasa muak pun ada. Tapi pernahkah kita terpk, kenapa bende tu diulang-ulang? Pasal orang buat tak endah je. Pasal takde perubahan walaupun berjuta-juta diulang dan diulang. Manusia mudah lupa? Atau dilupa-lupakan? Hakikat kejadian manusia nih memang lemah. Asek dok lupa. Kepala fikir bende lain. Sebab tu lah kite diperingatkan... dan hargailah peringatan tuh... tu pun dah ok orang ingatkan! Macam dalam keluarga. Mak dan ayah marah pasal sayangkan anaknya. Kalau dibiar je... entah jadi haram kejadah ape pun aku tak tau. Allah pun sayangkan kita. Sebab tu kita diingatkan dengan macam-macam teknik. Demam... contohnya... supaya kita ingat masa sihat kita nih jangan dok bazir buat bende ntah ape-ape....



Dan disentuh juga tentang bepersatuan nih. Rasanya tak payah aku hurai byk-byk. Semua paham. Walaupun banyak, semuanya ade satu matlamat - untuk kepentingan pelajar. Semacam juga dengan orang Islam di sini. Macam-macam jenis. Tapi tak payah lah bergaduh. Contohnya - Macam jemaah tabligh yg selalu dipandang serong. Ishh... ishh... bagus lah dierang macam tuh.Sanggupkah kita buat macam dierang? Ketuk pintu... dan mcm-mcm lagi. Kita dok sedap je pot pet pot pet... tu lah die... Kalau kita lihat organisasi lain... lain pula pendekatannya. Tapi semuanya ade satu matlamat... nak peringatkan kita...



Di kesempatan ini, Abadi nak ucapkan selamat hari raya eidul adha... makan daging korban tu pelan-pelan... jangan ngap sampai penuh mulut... nanti tercekik ye... :P



//Buat keluarga di tanahair - Doakan abang di sini. Terima kasih kerana sentiasa beri bimbingan dan dorongan...



//Buat kawan-kawan baik di sini mahupun di sana - Terima kasih n Jazakallah hu khairan... aku takkan di sini kalau bukan dengan doa dan support dari hang semua...