Haji Murat

Hmmm... Facebook somewhat has become the 'in' thing. And today I decided to sign it up. We'll see, if this is just another Friendster (or even Kawanster for that matter). 

But then, I wonder, why people always forward spam esp in the social service site eg. Friendster? I guess they have too much time to waste. Heh, such a wild wild world eh?

...



Sekarang saya berusaha menghabiskan buku ini (genre klasik?), walaupun seringkali terkandas... aiya...

Ini buku kedua yang mempunyai latar di tanah Chechnya yang telah saya sentuh. Yang pertama, The Oath by Khassan Baiev. Bukunya kini tangan siapa saya pun tak tahu.

Acute Appendicitis in Rhyme

Of all the ills within the abdomen 
Which cause affliction to the sons of men 
There's none more often puts them in a fix 
Than trouble in the worm-like appendix- 
That caecal tail which sometimes tells a story 
Or figures in a scene which may be gory, 
That arch-deceiver, symbol of the devil 
Which leads to every kind of septic evil, 
That unexploded bomb which soon or late 
Aperients may serve to detonate; 
That worm which often turns to bad effect 
And makes us treat it with a great respect, 
That foul assassin whose supreme delight 
Choosing the place and knowing well the site 
To stab below the belt and on the right is 
Causing that dread disease - appendicitis.

That's the full rhyme...

Prof Peter Lee quoted this from Sir Zachary Cope's out of print 'The Acute Abdomen in Rhyme'. I googled for the full text, unfortunately to no avail.

PMC - satu cerita

Kolej Perubatan Pulau Pinang. Dirasmikan oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Kecil sahaja fizikalnya. Hospital Pulau Pinang, itulah lubuk utama kami. Awal-awalnya hanya dengan belasan penuntut. Kemudian kian bertambah, hinggalah menjadi 120 lebih pada tahun ini.

Saiz kelas yang agak kecil memang menjadikan kami mudah berkenalan. Tambahan pula dengan pembahagian kepada kumpulan-kumpulan kecil (10 orang) supaya lebih efektif pembelajaran di hospital nanti.

Sebut berkenalan, sewaktu berjalan-jalan di Borders bersama Izwan lama dah dulu... bertemu dengan sajak A. Samad Said. Pendek tapi menikam kalbu:

Sudah lama
berjabat tangan
Mengapa tidak
juga berkenalan?

Jadi berkenalanlah. Kata nak jadi warganegara Malaysia...

Kehidupan seharian? Macam lagu Ramli Sarip - Nyanyian Serambi. Keluar pagi balik petang, ada kala sampai malam. Dan seterusnya...

Setelah hampir sebulan, inilah dialog-dialog popular:

"Medicine is merely pattern recognition..." or another version: "Medicine is like a car..."

"Why you always smile eh? Do you have squirrel in your pocket?"

Lain-lain dialog bakal menyusul... sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Hmmm... nak tulis apa lagi ya. Oh ya, ingat nak letak lagu rasmi "Hey si baju hijau...", dan ubah jadi "Hey si baju putih...". Sementara menunggu lagu rasmi itu, How To Save A Life pun boleh jugalah.

...

Recent issue about 'Doctor vs Pharmacist' really sparked a long debate. Why not check Heart of The Matter? http://hmatter.blogspot.com/2008/04/doctor-vs-pharmacist-or-ministry.html

All in all, patient must be allowed to choose. They can ask their GPs, or just drop by at the local chemist. Berani buat berani tanggung. Sometimes profit can drive people nuts...

...

Ini ada beberapa foto Kem Bina Insan anjuran Kelab Remaja Lestari dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Pesertanya, lepasan SPM - seorang dua PMR, sekumpulan kecil calon STAM.

Hmmm... mak aih. Jarak umur terasa jauh pula. Haha.


// Ini bosnya. Kebetulan sama nama dengan nama ayah sendiri. Silauan mentari senja memang mendamaikan hati - juga peringatan yang waktu maghrib dah nak masuk...


// Aktiviti lepas subuh. Aku duduk terlentuk sebelum mengambil gambar ini.


// Entah apa lawaknya, aku pun tak tahu.


// Suapkan makanan sahaja. Jangan makan suap ya?


// Cik adik pun suapkan juga.


// Asyhraff dengan kuncu-kuncunya. Menyesal aku tak beli kemeja T RCSI...


// Akhirnya ada juga diri sendiri.

http://picasaweb.google.com/abadisufaat/KemBinaInsanKRLJabatanMufti


...

PMC ISOC ada menjemput Dr Haji Haniffah bin Haji Abdul Gafoor (Consultant Neurologist + PMC lecturer) untuk menyampaikan kuliah Maulid Nabi. Keren!


// Ya itu dia... Prof Peter Lee, Prof Amir, dan Dr Haji Haniffah...

Yang lain boleh check di website PMCISOC.org

Hiburan Tengah Malam

Jam menunjukkan 3.30 pagi. Dan malam apabila ia berlalu...



Sekalung penghargaan buat Fahd Razy. Ini baru cool!

Ya, Abg Muhaimin ada sebut tentang Di Bawah Lindungan Kaabah. Memang klasik sungguh. Jadi saya copypastekan apa yang saya temui di lubuk Internet:

SURAT DARI MESIR

Sahabat!

Sudah saya terima surat sahabat yang terkirim dalam bulan yang lalu. Mula-mula saya sangat bersedih hati sebab semenjak kite bercerai di Jeddah, tak pernah saya menerima surat lagi daripada engkau. Tetapi setelah surat itu saya terima saya baca, hilanglah sedih dan duka saya, nyata bahawa engkau tidak melupakan saya. Maksudnya engkau terangkan itu, sangat saya setujui, itulah suatu maksud yang baik, sebab itu adalah suatu hikayat dan kejadian yang mendukakan hati dan merawankan fikiran, yang kerapkali benar terjadi di dalam lingkungan belia-belia kita.

Saya setuju maksud sahabat itu, pertama adalah karangan yang engkau maksudkan itu, akan ganti bingkisan (persembahan) kita kepada orang-orang yang menjadi korban itu, hantaran kepada arwah mereka yang suci; kedua ialah untuk menjadi cermin perbandingan orang-orang yang hidup kemudian daripada mereka. Bukan sedikit belia-belia yang telah menanggung sebagai orang yang telah ditanggung oleh kedua orang itu, tetapi sukar orang yang selamat sampai ke akhirnya.

Padahal “rindu dendam” atau “cinta berahi” itu laksana Lautan Jawa, orang yang tidak berhati-hati mengayuh perahu memegang kemudi dan menjaga layar, karamlah ia diguling oleh ombak dan gelombang, hilang ditengah samudera yang luas itu, tidak akan tercapai selama-lamanya tanah tepi.

Tidak ada bantuan yang dapat saya berikan kepada engkau di dalam pekerjaan itu, hanya bersama ini saya kirimkan surat-surat yang semasa kita masih di Makkah tak sempat saya berikannya kepada engkau. Demi apabila buku ini telah selesai, kirimkanlah kiranya kepadaku barang senaskah, guna menghidupkan kenang-kenanganku pada masa yang telah lampau, semasa itu kita masih dibawah Lindungan Kaabah.

Sahabatmu.

Oh ya, Asrih pun dah kemaskini entry MASAI 08, ditambah dengan video-video dari Youtube. Memang zaman IT betullah. Jadi mari kita nyanyi lagu IT! Cinta IT.... Sayang IT...

...

A little while ago (dekat sebulan lebih dahhh), MTT releases a new pamphlet. Press Freedom namanya. Menarik juga.

Hari ini hari pertama LAN

Lega akhirnya Streamyx boleh bernafas di sini. Malangnya, iBook G3 itu sudah pun aku kebumikan. Hmmm... boleh hidup balik tak agaknya? Boleh... itu kena ada kuasa penciptanya...

...

Rujukan mengenai MASAI 08
Muhaimin Sulam - Aku Datang Padamu Dublin
Asrih - MASAI 2008

Bagi CCMB 2008, itu bolehlah gali-gali sikit dalam yahoogroup PPIMI.

...

LAN - Lembaga Akreditasi Negara. Kerjanya mengakreditasikan IPTS seperti PMC. Buat pengetahuan semua, PMC letaknya di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Nak jadi IPTA, mesti di bawah Federal. Meleret pula dah... okay jadi, ada 2 subjek yang bakal mengisi masa lapangku, iaitu Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam.

Pengajian Malaysia - Hmmm... mungkin nak sedarkan supaya menjadi warganegara Malaysia yang sebenar. Pasti akan sentuh topik hak dan tanggungjawab - ini pun sikit-sikit kewajipan mengundi. Mesti ada benda lain...Active Citizenship, mungkin? Heh, main-main istilah hingga pening... Oh ya, Tun Salleh Abbas ada tulis buku memperincian Perlembagaan negara kita. Haaa... apa lagi... carilah!

Pengajian Islam - Katanya ada seorang guru (ada orang kata ustaz) yang diimpot. Heh, ingatkan sudah tiada pengajian Islam secara formal tatkala meninggalkan SPM dulu (Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Quran Sunnah), rupanya masih ada yang sayang...

Kalau nak rujukan tambahan, boleh singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang, ada banyak penuntut-penuntut KITAB. Buat kawan seorang dua tiga empat lima. Semua baya-baya kita saja. Yang nak jadi peguam pun ada...

Dan untuk lulus, dengar-dengar dari senior mengatakan perlu membuat persembahan. Ada orang rakam video. Ada orang berlakon. Ada orang berpidato. Hmmmm... kalau stand up comedy boleh tak? Banyak juga lawak yang boleh dibuat. Heh... apa-apalah. Yang pasti, markahnya hampir separuh dari keputusan akhir (lagi separuh sahlah ujian bertulis...)

...

External hard disk drive fails due to prolonged operating period exacerbated by excessive heat and shock. Jadi rajin-rajinlah 'burn'kan data-data penting dalam bentuk CD atau DVD... sebelum ia hampir hilang selama-lamanya. Nak retrieve balik, memang kena hantar workshop. Juruteknik akan keluarkan magnetic platter dan pindahkannya ke dalam casing yang baru. Fuh...

Demam Buku


//Trailer 'Bila Tuhan Berbicara'

Saya sedang dilanda demam buku, dek banyak sangat membelek-belek di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Yang menemani, si Asyhraff dan Syafiq, pun lebih kurang juga. Hahaha.

Sebagai penawar demam, saya membeli Bedur Sukma Rindu. Siap dapat autograf penulisnya sekali. Langsung beritahu dan ingatkan, yang Bila Tuhan Berbicara akan dipentaskan pada hari ini. Dahsyat sungguh orang Dublin, Ireland... bukan?

Semoga pementasan ini memberikan impak yang berpanjangan. Paling kodi pun, supaya sedar sikit, yang ada juga kisah-kisah lain yang boleh berkaitan dengan gua, selain dari Indiana Jones dan Ali Baba Bujang Lapok. Heh! 

Jadi, syabas kepada seisi pasukan MASAI 08!

...

Dan inilah klip video '1000 Tahun' dendangan Butterfingers...



Memanglah Penat
Tapi macam mana nak buat
Sudah terlambat
Baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan di atas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi selama ini
Amat di kesali tak akan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini ku bangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Ku mahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan
Walaupun diriku ini kesempitan
di awan kesembilan

Kotaraya cosmopolitan ini
Penuh dengan iblis dan syaitan
Penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri Kembali sekali lagi


Fuh, pantas sungguh masa berlalu... dek teringatkan pertama kali kenal akan Butterfingers...

...

Sejak buka kolej, memang sudah demam buku. Buku Browse, Garden, Kumar & Clark, Appley, Talley, dan lain-lain. Rasa nak rebus saja... kemudian minum airnya.