Petang semalam sempat duduk berceloteh sebentar dengan Haseeb mamat Pakistan kita di sini. Itu pun dia yang tegur dulu selepas solat asar. Duduklah sebentar, bertanyakan khabar dan berita.
Tidak semena-mena dia terus bercerita - dilema orang di sekeliling kita.
Kisahnya mudah untuk ditatapi bersama. Setelah 2-3 minit mendengar, ia berakhir dengan satu persoalan. Kenapa orang-orang yang aktif juga terlibat bercinta?
Soalan cepumas. Agaknya jika dimasukkan dalam rancangan More Jutaria atau Who wants to be a millionaire, pasti inilah soalan yang terakhir. Tersengih sajalah jawabnya waima tahu jawapannya.
Tapi, begitulah persepsi orang lain terhadap kita. Perit tapi benar. Nak buat macam mana ya?
Dalam soalan ini, ada 2 pecahan. Satu merujuk kepada orang-orang yang aktif, barangkali boleh dikecilkan kepada skop berikut: aktif bergiat dalam gerakan Islam, atau dalam Belia 4B, atau dalam Persatuan Pelajar Progresif Seluruh Daerah Manjung dan sewaktu dengannya. Boleh kita katakan pucuk pimpinanlah gerangannya. Hmmmm...kita boleh membuat inferens bahawa mereka ini adalah golongan yang tahu, tapi mungkin buat-buat tak tahu, atau terlupa, atau mereka ini tidak tahu yang mereka ini tahu, dalam erti kata lain, terlupa terus.
Pecahan kedua - bercinta. Saya pun tidak pandai nak buat deduksi berdasarkan perkataan yang satu ini. Mungkin bercinta dengan monyet eh cinta monyet, atau bercinta dengan ibu bapa. Mungkin. Atau pun jika nak diikutkan amalan yang cuba dibudayakan oleh orang, bercinta dengan orang bukan mahram. Ini saya kena rujuk rakan-rakan, pakcik kedai kebab dan imam masjid Dublin untuk pastikan apakah betul konteks yang saya cuba sentuh.
Ishh... panjang pula celoteh saya kali ini. Baik saya sambung lagi.
Hmmm... pedih sebenarnya bila mendengar keluhan mereka, lagi-lagi dari mereka yang bukan dari Malaysia. Seolah-olah satu generalisasi -
Malaysian Muslims are like this and that bla bla bla. Sampai aku pun terkena tempiasnya. Nak buat macam mana, itulah yang diamati oleh mereka.
Kami pun mengupas lagi. Hmmmm... sebenarnya tidak ada alasan pun. Pokoknya, tidak ada dating. Tiada call lama-lama. Tiada YM tak ingat masa. Bahkan letak foto untuk ditatapi pun tak boleh.
Aisehmen... kacau betul lah...Pendapat ini sudah diterima pakai ramai. Maksud saya pendapat yang mengatakan TIDAK BOLEH. Tapi, jangan pandang dari segi perbezaan hukum fiqh yang furuq pula, disebabkan kupasan oleh saudara Haseeb tadi sebab dia ini bermazhab Hanafi. Itu dah keluar topik.
Hmmmm... perkara inilah yang dilihat dan ditegur oleh orang Muslim bukan Malaysian - Arab, Morocco, South African, Pakistan et al. Lagi malu jika ditegur oleh yang memeluk Islam. Malu, sangat malu. Tak tahu saya di mana nak letak muka di mana. Dengan Allah? Tak terjawab! Tapi inilah hakikatnya!
Di sini saya sertakan sekali contoh ayat pemerah telinga -
"Err... is it true that most Malaysian has a girlfriend/boyfriend? Most of my friend do. How about you? (dengan sarcasm dan sinis)"
"Oh yes, about the couple thingy, I think it is the culture, not part of Islam at all..."dan banyak lagi...
Jadi sebenarnya, tidak timbul istilah bercouple dalam Islam, dan berbagai-bagai lagi euphinism lain yang bunyinya lain tapi sama saja isinya. Berdating cara Islam? Hmmm mungkin dimulai dengan Al-Fatihah dan disudahi dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. Mungkin. Setahu saya, tidak.
Tunggu, nanti ada yang berkata -
ah parents aku okay saja. yang kau ni sibuk-sibuk apasal? Mungkin kita akan terkedu mendengarkannya, tapi, bukankah Allah yang lebih tinggi autoritinya terhadap kita?
Tapi eh, nanti ada yang bersuara -
ah tahulah apa yang aku buat. ko ingat aku ni buta agama kah? aku dulu sekolah agama tau! Baguslah kalau begitu. Sudah tahu rupanya, cuma mungkin terlupa. Banyak makan semut, ataupun dek makan kari kepala ikan. Senanglah nak diperingatkan, bukankah begitu?
Tapi sebenarnya masalah ini bukan di kalangan rakyat Malaysia semata-mata. Bahkan ia sedang menjalar di tempat-tempat lain. Hanya kita saja yang tak nampak. Masalah ini akan terus menjadi risiko selagi mana manusia mempunyai hati dan perasaan. Tapi, kita haruslah bertanggungjawab untuk mengawalnya. Fitrah manusia sebegitu, janganlah cuba dinafikan. Sebaliknya, kawallah ia.
Macam mana nak kawal? Kita perlulah duduk sejenak dan merenung kembali apakah betul apa-apa yang telah kita buat. Peringatkanlah diri kita, dan rakan-rakan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang yang beriman. Lagi satu, benda ini kenalah belajar dengan yang tahu. Perhubungan lelaki dan perempuan yang disyariatkan oleh Islam dipandang susah dan menyusahkan, tapi jika kita faham, ada keindahannya.
Marilah sama-sama kita berusaha keras dan berdoa dijauhkan dari perkara yang disentuh oleh saudara Haseeb tadi. Saya bukanlah yang terbaik nak cerita benda-benda macam ini. Tapi, dirasakan diri perlu bersuara, pun hanyalah untuk mengingatkan diri saya sendiri, takut terlupa. Makin tua, makin tinggi risiko dementia. Tak gitu?
Begitulah al-kisahnya. Cukup menusuk hati. Syahdu...
Bacaan tambahan -
MAB's Reflection Issue III : "Just Friend?" Ameen ya rabbal 'alamin...
Wallahu'alam.