Pantasnya masa berlalu...

Sabtu dan Ahad kami di London. Ade annual briefing dengan sponsor kami. Sponsor panggil, pergi jelah. Dekat 200++ yg datang, dan byk juga pelajar-pelajar final year... dan dierang akan diinterview sendiri oleh orang HR (Human Resources) Petronas. Setelah sekian lama dihantar bertapa di negara orang, kini... org Petronas datang untuk menuai hasilnya... So scholars semua, balik... jangan tak balik. Ingat kata-kata Pak Ibrahim ESU - Setitis minyak yang keluar dari bumi Malaysia adalah hak rakyat Malaysia... dan duit tu utk bayar kita di sini... dalam darah kita mengalir harapan rakyat Malaysia yang menggunung tinggi...



Dalam ramai-ramai manusia di situ, terjumpa juga ade seorang nih. Dari jauh nampak macam kenal. Bila datang dekat... lagilah, memang kenal rupenye - Fahmi rupenye! Rupenye pernah berjumpa bila aku masih di form 4. Ade interview dengan dia semasa buat buku skrap kerjaya gitu-gitu lah.... ape rahsia kejayaan... ape itu... ape ini... soalan-soalan yang biasalah. Semasa tu die baru je first year, baru menjejakkan kaki di sini. Sekarang pergh... dah nak balik rupanya. Sempat berborak dengannya, hmmmm... pantasnya masa berlalu. Memang tanda kiamat lah nih. Tapi, masa yg berlalu, memang banyak benda dah berlaku.



Sebelum kami blah, die ade kate - Masa ini cepat. Cepat sangat, sampai kita pon tak sedar. Nanti sedar-sedar dah mati. Tau tau dah terlambat. Masa tu menyesal pon tinggal menyesal jelah. So, apa-apa pun, mesti bermula dari sekarang. Masa ooo masa...



Sebut pasal masa, teringat semasa briefing tentang Sauber Petronas punya driver F1. Felipe Massa. Dapat 1 point tuh, nombor lapan dekat Sepang baru-baru ini. Heh =)



Waktu briefing, kami dihidangkan dengan berita terkini. Pet dah nak expand ke India, Russia, dan blah blah blah... aku fikir baguslah. Biar jadi global player, walaupun terkantoi beberapa perkara - you know what I mean. Simpanan minyak pon dah nak habis. So dari sekarang kene curi masa, setiap masa. Macam mana nak add value kepada currently available resources. Insha Allah berjayalah. Ben sugeh... kata orang Jawa (asyik ade sesi mengenal akar umbi Jawa dengan Ghani je sejak akhir-akhir nih =P). Ojo kelalen... taboksisan kang!



Abih briefing 12++, makan. Lepas makan, gi B & B pada pukul 2. Malangnya tertidur sampai pukul 6. Argh ruginya masa! Baru je sentuh pasal masa dlm briefing tadi...



Hmmm... sempat juga berjumpa kawan di Central Mosque. 3 bulan tak jumpe. Lame juga berborak... tapi, dia masih tak berubah. Heh, biar masa menentukan segalanya... aku rasa patut tukar lah. Biar orang itu yang tentukan segalanya. Dia mahu, dia buat. Dia tak mahu, dia akan buat macam dia tanak buat... senang kire tak buat. Itulah dia... dah lagu tuh...



Singgah di kedai buku di Central Mosque. Minum Qibla Cola - rasa sebijik macam Coca Cola. Terkejut cashier die ade Msc in Telecommunication Engineering from Imperial College. Tapi masih mencarik kerja. Dia ada bertanya... di Malaysia prospek kerja okay ke tak. Aku mentioned education sector. UIA pon terkeluar sekali. Harap-harap ke UIA lah die. Boleh tolong majukan...



Semasa briefing juga diemphasisekan - degree ni hanya hiasan... its only matters on how you make the most out of you. So jgn buang masa supaya mengambil peluang apa yang ada semasa di universiti, kolej dan sewaktu dengannya. Hmmm... jangan balik terus jadi cair. Jadi mindless robots yg work day and night for the sake of their studies alone. Dan don't give much a damn about apa-apa yg terjadi di sekiling. Menurutnya, degree nih hanya satu evidence yg kita ni bertauliah. Its up to us untuk kembangkan lain-lain potensi - teamwork, CCTS, dan apa-apa benda alah lagi.... jangan tunggu bila nak kerja baru nak kejar segala itu ini. Tak cukup masa!



Kali ini di London agak kering. Cuti pun... cuti subsidi. Bukan aku seorang... majoriti yang aku jumpa rata-ratanya sengkek. Hmmm... cepat betul duit ni berlalu keluar...



//Bila gambar siap. Aku akan scan dan upload. Tapi masalahnya termasuk black & white film dlm kamera. Jadi gambar klasik lah pulak... WMF sori aku tak dpt contact hang semasa di London. How's mooting?
Hidup aman sentosa...

Bestnya takde discrimination (semangat baru lepas baca pasal Human Rights in Islam... UNDHR... bla bla bla - gila ah pening). Hidup sukahati tanpa diskriminasi! =)





//Takdir dan turbannya...





//Garda berbaju biru dan serbannya...





//Kanak-kanak Irish comel dan serbannya...



Tak silap aku... di TOPMAN (kedai baju di sini), ade jual serban. Biar betik!



Okay itu saja. Pagi ni ke London... aku tak siap-siap lagi.
Setengah hari di Bray...

Separuh hari aku di Bray. Pantainya walaupun berbatu, tapi lawa banget. Dengar bunyi ombak lagi... perghh... kemudian took a walk naik tebing yg mengadap laut. Jauh juga berjalan... adalah dekat sejam berjalan... pergi sejam, balik sejam. Naik lenguh kaki. Nanti aku upload gambarnye bila dah siap discan.



Trail yg aku ikut berbatu-batu. Ditambah pula dengan notis tanah runtuh. Lagi la seram. Bila lihat ke bawah, terus terbayang sekiranya terjatuh, memang patah sana-sini, dan mati. No one could survive jatuh dari 300-metre cliff, btul tak?



Dan hari ini juga, Alhamdulillah dapat aku melihat pelangi. Full pelangi. Betul-betul macam semicircle... di pantai Bray. Cantiknya tak terungkap dengan kata-kata... setelah tersedar, aku dah habiskan 10 minit tercegat memandangnya... macam dipukau.



Oh ya semalam call rumah. Heh katun sungguh GE 2004. Sungguh memalukan. GE 5 tahun sekali, bukannya sebulan sekali mengundi. Terbaiklah... bertaraf dunialah... diiktiraf antarabangsa lah... heh bagi aku segalanya diexaggerate lebih-lebih. Baru kate sket, terus dilambung sampai ke langit. Tak nak jejak bumi langsung. Tentang idealism yang tiada realism - lain pula ceritanya. Banyak pelajaran kita dapat dlm GE kali ini. Hmmm... mendengarkan hujah-hujah WMF, memang ala-ala analyst sungguh die nih. Bleh jadi legal advisor die nih =) - Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak pakai...



Bagi aku, bukan semudah itu nak Islam naik. Pasti berliku-liku. Kita kena churn out better tactics.



The Liberation of Constantinople

Narrated Abdullah bin Bashar Al Khathamy according to his father that he heard the prophet p.b.u.h. sayings : "You will liberate Constantinople, blessed is the Amir who is its Amir, and blessed is the army, that army" - Narrated by Imam Ahmad



Read full text here.



Bismikaallahuma...

Site yg bagus sebagai rujukan. Blast balik apa-apa yg difitnahkan oleh orientalis-orientalis, anti-Islam. Timbul minat comparative religion nih... syukur dikurniakan nikmat Islam dan Iman.
Takziah...

My utmost condolences for Syeikh Yassin's demise after being killed by missiles from good for nothing IDF's gunships. Hopefully, this incident sparks more uprising against those cursed IDF. It is a norm for IDF to use everything at their disposal (tanks, apaches... you name it...) to rid off anyone that stand against them. We have heard IDF had dispatched its Apaches to chase an innocent Palestinian to his death at one incident at military checkpoint in Gaza Strip not too long ago, not to mention 'daily kills' by IDF that all jokers and freaks turn over their cheek ear to. How pathetic and coward the IDF are! Perhaps, soon or later they may even launch nukes to combat the so-called terrorism!
Sabtu - Islamic Cultural Centre, Clonskeagh

Haa... part ni yg masyuk. Banyak gerai-gerai = banyak makanan. Murtabak, roti prata, kek batik, roti jala, nasi lemak, nasi beriyani, nasi kerabu, banana shake, air lemon, murtabak megi, kuih lapis, air soya, dan the list goes on...



Dan hari ini juga baru ku tahu, Adabi juga ade megi segera! Hoho, bagus, macam nilah yang kita nak. Menembusi pasaran antarabangsa. Tapi Indomee dah berkurun ade di seluruh dunia. Takpe... sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



Petangnya ada Stress Management by Dr Ali Qirbi. Memang best. Aku pernah pergi talk die dulu... memang seronok waktu kali pertama... Dan kali ini memang pergh! Pastu ade workshop - ala ala discussion. Yang jadi mangsa utk present depan ialah yg junior sekali. Stress!!!



Haaa sebelum aku terlupa - baru pergi blog Huda, sebelum talk ade Intervarsity Quiz. Macam biasa, RCSI menang lagi... babai DBS, TCD, dan UCD hehhee... ishhh terberlagak pulak =). Macam-macam soalan, dan pening-pening dibuatnya. Ni yang kene refer balik buku-buku sejarah... dah berapa tahun ku tinggalkan...



Malamnya, ade slideshow. Cukup tertarik tengok slideshow tentang ukhwah fillah by muslimat. Pakai iMovie siut... baguslah. Another step to make use iBook fully. Lepas nih, makin menariklah slideshow yg akan datang, insha Allah... kemudian disusuli dengan nasyid. Alhamdulillah kali pertama dapat nasyid yg fully-equipped by alat-alat muzik yg wajib. Tamborin, conga, bonga, kompang... kire lengkap lah. Tahun-tahun lepas, hanya berbekalkan kompang yg dua. Insha Allah, lepas ini, makin ceria dengan bertambahnya alat-alat muzik yg lain... ntah ntah gambus pun ade.



Sumbangsih - lagu utama malam tuh. Memang bersemangat masa tuh. Kantoi pun kantoilah... janji masuk tune bak kate si Azli.



Sumbangsih



Di sinilah tempat kubermula

Menimba ilmu milik Yang Esa

Buat bekalan dunia

Akhirat jua tidak dilupa



Kedengaran sayup berkumandang

Suara anak-anak wawasan

Akan kami buktikan

Kecemerlangan dan kejayaan



Bersatu hati suara

Tercipta sumbangsih irama

Renungan buat semua

Tanda ingatan nan mesra



Salam yang teristimewa

Buat temanku semua

Penuhkan ilmu di dada

Hidupmu bakal sejahtera



Sekalung budimu guru

Menyampaikan wadah ilmu

Akan kukenang selalu

Jadi panduan hidupku



Bersama kita jayakan

Satu wawasan pendidikan

Untuk agama dan bangsa

Berbakti negara



Terima kasih kami ucapkan

Pada guru teman seperjuangan

Moga kan diberkati

Jasa dan bakti

Kekal abadi






//Teringat zaman sekolah dulu. Bersama-sama kwn dan senior. Dulu lain sekarang lain. Hidup kini lebih mencabar...



Pukul 10.00 malam segalanya selesai. Penat. Esoknya (Ahad), ke Donabate. Gambate!



Donabate - Paradise Found

Ahadnya ade trip PPIMI ke Donabate. Bunyinya macam tempat di Jepun sana. Tempatnya memang cantik, walaupun semalam agak berangin dan hujan (Alhamdulillah bukan hujan batu, kalau tak mau sakit kepala...). Bertolak lewat pukul 9.00... naik Baile Atha Cliath (Dublin Bus yg disewa khas) dan tertidur sepanjang perjalanan utk menahan sakit perut, atas sebab terlalu banyak makan semalamnya.



Tibanya di Donabate, kami disambut dengan cuaca yang agak garang. Hujan, dan berangin kuat gile. Sampai terbongkok-bongkok berjalan melawan angin. Banyak spot yg lawa-lawa. Dengan daffodils kuning nye lagi. Rumput-rumput pula berombak ditiup angin - kat Malaysia selalu juga nengok lalang bergoyang. Terasa sejuk mate memandang walaupun bila mendongak ke langit yang kelabu asap warnanya, terus runsing takut akan hujan...



Sebenarnya di Donabate inilah, aktiviti treasure hunt berlangsung. Menurut Tawel selaku coordinator, treasure ini menyisipkan unsur-unsur kebarangkalian - yakni setiap kumpulan tidak akan bertembung di satu-satu checkpoint. Segalanya di'orchestrated'. Di checkpoint ke lima, semua kumpulan akan bertukar ahli, sebelum menghabiskan checkpoint-checkpoint lain. Ha... ni memang pelik. Macam mana boleh timbul idea nih? Terasa kelakar juga melihat muslimin dan muslimat lari sana-sini ke setiap checkpoint. Lagi kelakar gelagat mencari soalan yg disorok di mana-mana sahaja. Di celah ranting kayu, di dalam tong sampah, di bawah meja, di mana-mana lah! Haha. Tukang menyorokkannye siapa lagi...



Semasa inilah kita dapat lihat macam mana stress affects our decision and judgment. Payah eh? Kalau stress sangat, naik temper. Bila naik temper, hilang keupayaan berfikir. Naik jugak, alamatnya mengamuk. Bila mengamuk, boleh dikategorikan sebagai gila, atau ayat berbunganya, hilang kewarasan. Haha. Baru semalam ade talk tentang stress. Sekaranglah nak tengok efeknya...



Baliknya, pening kepala mengira markah di dalam bas yg bergoyang-goyang. Hujan masih turun, disusuli dengan angin yg kuat gile. Hmmm... masih belum cukup spring... Setelah Shazrul berjaya memujuk pemandu bas utk turun di Howth, suasana ceria balik. Huhu... dapat singgah di Howth, pekan tepi pantai. Malangnya cuaca buruk menghalang kami untuk terus mengexplore apa-apa yg menarik... lain kali lah jawabnya. Hujan terus turun. Sampai terpaksa aku memeluk kamera kesayangan takut kuyup. Mampuih nak repair, baiki lens je dah konfem 60euro lesap!



Hmmm... Donabate... rasa nak pergi lagi!
Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat...

Dublin kembali 'ceria' dengan St Patrick's Day. Nak tau info, typelah di google. Gerenti keluar. Perihal St Patrick's Day - ada parade, ala-ala di Dataran Putra Jaya, cuma tambahkan sampah sarap dan alcohol secukup rasa. Macam di KL di tengah malam (nauzubillah). Cuma di sini lebih hiruk pikuk. Naik busuk hidung dan mata aku membau dan melihatnya. Hmmmm... is this the life that we're looking for? Hidup enjoy mati tak mahu.



Esok di Islamic Cultural Centre (ICC) ade jualan, talk dan konsert amal lagi. Lanjutan program-program PMB - Program Musim Bunga tempoh hari di Malaysia Hall. Ishh sikitnya orang datang. Macam perhimpunan haram - spy ke... konspirasi ke... la pulak, padahal bendanya elok. Ahad Insha Allah ke Donabate - aku ingat di Jepun ke hape, untuk Hari Keluarga. Ade treasure hunt di sana, tapi aku dah tahu semua soalannya. Jadi aku tak boleh masuk.... Hampess...



Semenjak dua menjak ini, tak balik rumah pun. Menempel di rumah kawan-kawan. Memang nomadic sungguh. Lame tak jumpa lah katekan. Banyak kisah-kisah klasik dikorek semula. Buat tatapan semua... Hmmm... ingatlah... bila seseorang makin bertambah ilmunya hari ke hari, maka makin tinggilah syaitan yang menggodanya. Itu lah, kadang-kadang, orang berilmu ini teruk dari orang yg jahil. Dah la ade ilmu, masih buat juga benda yang terang-terang salah. Bukti ilmu ini tak guna kalau tak diamal. Hanya setakat dihafaz buat pekasam... kadang-kadang, kita asyik focus menjaga hubungan lelaki dan perempuan, sampai hubungan sesama jenis pun terlupa. Benda alah ni pon bahaya. Seriyau, geli, getik dan jijik bila difikirkannya.



//Info

RSYNC - program yg buat fast incremental file transfer... berguna utk download updates, dan boleh resume kalau terputus.

CVS - stands for concurrent versioning system (juga dikaitan dengan cardiovascular system). Die nih macam rsync jugaklah. Dengan gunakan CVS Kita boleh download latest release of a particular files, dan juga akan download apa-apa yang perlu utk pc kita.

FTP - file transfer protocol. self explanatory... die macam http (hypertext transfer protocol).
From zero to hero...

There's nothing more depressing than spending the entire night trying to figure out how to run open-source software - GIMP, on Mac OS X, and found out that it didn't works! Ya Allah... what I've done wrong? There must be a flaw or something that I'd missed during the installation. But somehow, I managed to get it up and running. Perhaps there's gremlins came out of from nowhere last night, that unassembled my iBook, took out and shook the harddisk violently while I was asleep until all the nonsense and rubbish programs fall out!



Despite the success, I believe it takes time to familiarise myself with GIMP's UI. So another fork in the road of migrating to GIMP from Photoshop - though I still prefer Photoshop for its stunning filters and plugins... But anyway, when I was messing around with command line interface during GIMP installation, it really really freaked me out as that thing already collect dusts in my mind for a long time... maybe 8 years I suppose?



I felt relieved soon after I saw it before my very eyes that - it works. Alhamdulillah. Thought of another geek's project for summer - FreeBSD and MacOS X on my iBook.



Muhammad Al Fateh

Admire him most. The capture of Constantinople really proved that - If you fail to plan, you're planning to fail. Without proper strategy, the fall of the most heavily fortified that undefeated for the hundreds of years, would not be possible... and I will write about him later - my homework for easter break perhaps?
Exam dah habis...

Hmmm... bila exam dah habis... tertanya-tanya aku, aku belajar untuk exam, atau ada matlamat lain?
D-day... UPSR...

Out of sudden, somehow this lines flashed me back to heyday of SKTN's choral speaking team. After all the hard work we've done, we were crowned as the champion in zone level. Too bad there wasn't any competition at higher level. So our raging spirit to survive until finale had been put off just like that. How could you? :( Here's the exact lines anyway:



D-day... UPSR

The day we're dreaded most, finally came...

- the following lines? I have no clue. C'mon... it was 8 years ago...



...We're aware of the anxiety ahead of us.

The day came, and result were out.

Everyone was anxious and yet curious!



I think thats the only lines I managed to scrounge out of my memory bank. Nonetheless, these words remind of tomorrow's biggest fear - Term 2 examination. After drenched with lectures and tutorials for 3 months, it is time to prove that we're bunch of real med student - we're not abusing the govt's money, or an absolutely foiled investment by studying abroad. To uphold the good name of Islam. That's our objective. Enough typing here.



The Breaking Point II

Bangun-bangun... kepala panas. Aiseh... ya Allah janganlah demam. Rasa nak telan paracetamol. But, aku sendiri rase tak perlu. Minum jela air kosong. Pengubat segala sakit :)



Demam. Esok demam exam. Minggu depan demam pilihanraya umum pula. Demam-demam ini lah yg mengajar kita erti kehidupan... ke arah kehidupan manakah yg kita pilih?

Terkejut...

Fuh... tabik spring. Hmmm... khutbah bahasa Arab tuh... Cayalah. Die Arab masih kilat lagi. Aku, kene beef up balik. Memang patut aku terkapai-kapai nak YM dengan die. Ishh kene grab balik ilmu yang hilang. Sementara stok masih ada.



Kemudian, aku semak balik folder. Mencari document-document berabuk. Jumpa balik word document bertajuk :



Atom of Space and Time - Scientific American February 2004

"We perceive space and time to be continuous, if the amazing theory of loop quantum gravity is correct, they actually come in discrete pieces..."



Lee Smolin


//Time and space are made up from atoms? Perghhh...
The Breaking Point

Petang Jumaat rasa nak demam plak. Demam betul tuh. Demam ini elok utk kesihatan. Ia akan menjadikan badan kita panas kjap. Badan panas tak sesuai utk bakteria. Haha immunology... pyrogens and interleukin I dah keluar lah tuh. Mereset thermostat di hypothalamus. Within hours higher metabolic rate is achieved... maka bakteria pun mati kepanasan... Alhamdulillah kemudiannya aku sihat balik. Hip hip horay... defense system yg cukup mantap. Fuh dahsyat banget Allah.



Malam Jumaat gi umah Anep. Aku teringat lawak nih. Dalam banyak-banyak binatang, binatang ape yg paling kedekut? Semua orang senyap. Bisu... lepas surrender... maka jawapannya ialah kuda. Kenapa? Sebab bila die lari die bunyi "kedekut kedekut kedekut...". Hampeh. Susah betul lawak bahasa. Macam - What is a deer with no eyes? No-eye-deer.



Hmmm... malam tu terdetik dibuatnya. Kita jangan berputus asa. Putus asa, bermaksud kita menafikan kewujudan Allah. Rosak iman. Ade sorang nih walaupun kekurangan, tapi die tetap nak mahir dalam bidang tuh. Walau dengan sedikit sahaja. Be resourceful. Janji boleh pakai. Kurang part nih, carik jalan... sesungguh pintu tu memang ade. Tunggu kita nak bukak je. Tak bukak pintu... macam mana nak jalan? Jadikan kehendak kita macam air sungai. Diempang, mesti carik jalan lain. Tapi jangan lah jadi macam kaum-kaum yg lepas. Ade je cara die nak carik jalan macam mana nak halalkan yg haram.



Tadi ke Pasar Malam Dublin - rasanya Pekan Ahad Dublin lagi sesuai namanya. Asam pedas... fuh! Rindu siut masakan kegemaran aku. Mom's is always the best! Meriah juga. Bile siap gambar aku upload. Okay. Kembali menelaah. Thanx to Amin, sudi text aku jejauh. Nanti aku decide nak ke tempat kau nanti. Kene pk masak-masak. Wa akhirul jumal - Bittaufiq wan najah!
Brr.... Exam...



Demam peperiksaan... brrr... haha apa kaitan roket V2 & V2 dengan allergic rhinitis?



Selamat menyambut hari peperiksaan...