Catatan Pesta Buku KL 2009

Saban tahun ia semakin sarat. Hmmm... bilakah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah? 2010? 2011? 2015?


// Terserempak pula... ya Bercinta Sampai Ke Syurga dan U-Turn ke Jalan Lurus


// Senior-senior - yang pernah serumah, dan pernah jumpa di bumi Shamrock


// Tahun lepas sempat aku bergambar SN A. Samad Said. Janji ada bukti. Juga dapat berceloteh sebentar bersama penulis yang meletup-letup, Faisal Tehrani. Kuceritakan yang Bila Tuhan Berbicara telah dipentaskan di Dublin. Syabas! Sebelum aku beransur pergi, beliau bertanya, "Lagi satu, budak-budak Ireland ada cakap saya ini Syiahkah?"

Tahun ini? Berjumpa dengan teman-teman lama. Heh dunia ini memang kecil rupanya...

Tahun-tahun mendatang - GKLN dan pelbagai penerbit-penerbit indie turut membuka gerai. Jom!



Dan video PTS ini memang keren!

Selamat Sejahtera Family!

Last Monday our group went to Pusat Serenti BM to see what's happening in drug rehab programme. We need it to make our Psychiatry postings more holistic... you know the 'BIOPSYCHOSOCIAL' has become the buzzword. Anyway, it was a visit to remember!

We managed to witness the 'Morning Meeting' in front of our very eyes (and ears), before we had a briefing with the Pusat Serenti admin. Later, all of us got a chance to clerk an inmate to brush up our skills.

What really strikes me until now is how the inmates conduct their 'Morning Meeting'. As part of the therapy (behaviour modification, that sort of thing), few of them were allowed to stand up and address the whole community about all the violations and mistakes the inmates did recently.

Well, like our Surgery proforma, they have their own skeleton to adhere to:

Greet the floor
Selamat Sejahtera Family! Apa khabar semua?

The Incident or KEJADIAN
Semalam ada satu insiden telah berlaku. Ada satu baldi terendam baju dan seluar dari hari Jumaat hingga hari Ahad. 3 hari 3 malam! Saya hendak ahli keluarga yang terlibat bangun sekarang!

The Confession
4 orang terus berdiri.

Pinpoint the attitude or SIKAP
Apa punya sikap? Ini tidak bertanggungjawab! Tak prihatin! Pemalas! Ha, yang senior pun sama saja. Dah nak keluar (dari Pusat Serenti) pun sama juga. Apa? Rendam lama hendak buat jerukkah?

The Consequences or AKIBAT
Kesannya, ahli family lain tak dapat nak guna baldi. Baju pun tak boleh pakai sebab tengah rendam. Inilah dia sikap tak bertanggungjawab!

Rekindle the olden days or KAIT MASA SILAM
Kait masa silam, kita dulu mana ada nak basuh baju. Seluar seminggu tak basuh sedap saja pakai. Kita sibuk duduk high saja dengan dadah. Itulah masa silam! Sekarang kita dah ada di sini, kenalah belajar balik jadi orang. Kita boleh berubah!

Quote of the day or FALSAFAH/MINDA HARI INI
Kait dengan falsafah hari ini. Tiada makan percuma. Kita kena berusaha sendiri. Yang penting kejujuran, ahli keluarga!

Anda mampu mengubahnya
Jadi dah dapat mesej ini, buatlah perubahan.

I shall stop bashing you, because I also have faults what?
Sikap ini ada juga pada diri saya, sama-samalah kita berubah.

Sekian, terima kasih.

// Pegawai PSBM memberikan taklimat

// Bukan setakat tugas PEMADAM sahaja ya

// Bersarapan pagi

// Bersarapan pagi

// Xin-Yi, apa hang buat eh?


...

On another note, I will be seating for my Lembaga Akreditasi Negara / MQA classes on Islamic Studies beginning today, as I have not done the module in my pre-uni courses. Oh well. 

FYI, there were only 3 of us - the teacher, and 2 students!

...

Setelah beberapa lama akhirnya saya akan pulang ke kampung (walaupun ia Kampung Pandan Dalam). Hujung minggu ini akan saya penuhi, salah satunya dengan menziarahi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra. 

Kawan-kawan ada yang cadangkan buku-buku? Aiya, habislah duit aku...

Berhenti sebelum terhenti



Berhenti sebelum terhenti...

photo : www.tommyschultz.com

Issues in Medicine - PMCISOC 2

B & W photos are lovely.

Unfortunately, it doesn't really reflect what's going on in life.

The same can be said for Fiqh for Medicine - dynamic and lots of grey area...


//Mr Pres - Nur Asyhraff


//Dr Basri PhD, University Darul Iman Kusza


//His slides - its good to revise our knowledge on Fiqh. We've learned much about Legal Medicine, this is the Islamic version of them.


//Here comes Dr Harmy, a stauch PAPISMA activist. He shared a lot of stories - in summary, we have to make small, meaningful changes first, before initiating bigger ones.


//The most important slide I think.

...


BEAUTIFULLY IMPERFECT!

Shah Kirit video is up!

Go my channel tazobactam, and there is a playlist: SHAH KIRIT @ PMC

http://www.youtube.com/view_play_list?p=BF61BD38C00706AC

Patria o muerte



'When injustice becomes law, resistance becomes duty!’

Dr. Ernesto Che Guevara



Mati Hidup Kembali

Eksperimen gagal...



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Chorus:

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Issues in Medicine - PMCISOC



This is so alluring.. but I haven't been back for more than 2 months. Hmmm...

On another note, I've been reading few papers by Prof Omar Kasule regarding Islamic Medicine for quite a time. Of course, reading is one thing, and doing it in real life is another... asi es la vida!

...

Tentative adalah seperti berikut:

8.30 am- 8.45 am
Participants arrival & registration

8.45.00 am- 9.00 am
Welcoming notes from
-The President of PMC Islamic Society
-The Dean of Penang Medical College

9.00 am- 10.30 am :
Talk 1: Know the Basic! (Dasar-dasar Fiqh (By: Dr Basri)

10.30am-10.50 : Break

10.50 am-12.10 pm
Talk 2: Muslim view on Medical Issues (By: Dr Basri)

12.10 pm- 1.10 pm:
Talk 3: Fasting and Medicine (By: Dr. Basri) (Video 4)

1.10 pm – 2.15pm: Lunch

2.15 pm- 3.15 pm:
Talk 4:What muslim doctors should know? (By: Dr. Harmy) (Video5)

3.15 pm- 3.45 pm:Closing ceremony

Treat-a-Teacher @ Hari Guru SMAPK 2009


// Salinan surat dari Puan Khairul Husna (guru Bahasa Inggeris)


// Sila klik untuk melihat senarai ini dengan saiz yang lebih besar


// Yang pergi dan yang masih di sini


// Para guru berikrar demi mendidik anak bangsa dengan sepenuh kudrat dan seikhlas hati

Earth Hour

Ketika 'Earth Hour', fikiranku melayang sejenak ke Hisarlik (Troy), Turki, yang pernah aku ziarahi dulu. Dek kecuaian, aku terkandas keseorangan di tapak arkeologi bersejarah tersebut tatkala senja mula menyapa. Bas terakhir baru saja berlalu pergi... aaa sudah.

Dalam kehampaan, aku berhenti melangkah dan menatap langit. Baru kusedar yang inilah pemandangan yang kucari-cari!

Seolah-olah aku sedang mengemudi Millenium Falcon atau Prometheus, sambil melabuhkan pandangan ke luar tingkap...


// Bima Sakti di "Death Valley"

Hmmm.... kita telah 'mencemarkan' malam-malam secara berlebihan, hinggakan ingin mencipta siang di tengah kegelitaan. Selamat Earth Hour.