Kisah seorang pemuda

Hmmm... cerita menarik, dapat dari ceramah di surau.

Pada suatu hari seorang pemuda keluar memancing... di tepi sungai. Dari pagi sampai ke tengah hari, seekor ikan pun tak makan umpannya. Lalu dia naik angin, sampai tersembul dari mulutnya, "Apa daa Allah tak berikan aku seekor ikan pun... tak adil!"

Maka dia pun berkemas dan berjalan pulang. Dalam perjalanan dia singgah berehat sebentar di bawah sebuah pokok... dan terlena di situ juga.

Tiba-tiba, tup bunyi seketul objek keras jatuh ke atas kepalanya. Lalu didongak ke atas. Oh, pokok kundang rupanya. Heh, besar saja lebih, tapi buahnya kecil.

Kemudian dia pun meneruskan perjalanan, dan beberapa ketika selepas itu dia menemukan sebuah pokok yang menjalar. Bila diperiksa, wah besarnya buah! Sebesar pemeluk. Buah itu ada buah labu beserta pokoknya yang menjalar.

Tak semena-mena terlintas di fikirannya, jika buah yang jatuh ketika dia berehat tadi adalah buah labu, padam terus dia! Maka bercambahlah benih keimanan - kuasa Allah semuanya, pohon besar tapi buahnya kecil, dan sebaliknya.

...

Ini ada promosi sikit...

Triple I Medical Symposium
27th-28th August
International Islamic University Malaysia (IIUM), Indera Mahkota Campus, Kuantan Pahang

Download the promotional PDF here.

Other projects:
Sunathon 2005

Duka Acheh, Luka Kita

Duka Acheh, Luka Kita. Begitulah, terkesan sungguh di hati. Kalau pun tak menitis air mata, sesungguhnya mata hati tetap bergenang.

Bila terimbau kembali lawatan-lawatan ke pengungsi-pengungsi, kawasan bencana, serta masjid-masjid yang dilanda tsunami; rasanya tak terkata langsung. Sangat-sangat memprihatinkan. Kelu lidah. Kelam mata. Kaku jari-jari.

Cari-carilah buku Duka Acheh, Luka Kita - nukilan Riduan Mohamad Nor.

Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam.

So little time

Assalamualaykum & greetings.

So little time - tapi sebenarnya banyak. Yakah? Banyak? How would you know you're still up for living tomorrow? Semasa memandu, adakah anda nampak yang sebenarnya ada saja yang nak langgar hang, tapi mujur tidak?

Mati ini boleh saja berlaku bila-bila masa. Naik basikal boleh mati kena langgar dengan motor. Tengah minum teh tarik tepi jalan boleh mati juga, dek motor. Hatta kononnya selamat dalam mitsubishi storm (dan adik beradiknya) yang kukuh pun boleh dek bas ekspres. Nauzubillah.

Itu belum campur dengan 'self-inflicted' punya, seperti tertidur semasa memandu, or makan sambil gelak ketawa atau semasa membuat 'kona leper' dengan EX5 di simpang secara membuta-tuli.

Bahaya sungguh berada di jalan ya?

Jalan? J-A-L-A-N. Tariq pun jalan juga.

"wa sirtu fi tariqi ya ilahi..." - teringat Fi Lailati Minal Layali pulak dah dek putar lagu ini dah beratus kali... (tariqi - jalanku/perjuanganku)

...

Selamat pengantin baru kepada sepupu. Seronok sebenarnya rewang-rewang nih. Bukan kenyang makan bontrot saja. Yang penting, kenali saudara sepupu pakcik makcik cucu cicit semua. Banyak yang komen - "wah dah tinggi... dulu kecik je", "eh dah lain la...", dan banyak lagi. Dah lama tak jumpa, biasalah, dahlah kebuluran semasa di sana :-(

Sekarang tinggal cikgu-cikgu sahaja yang belum diziarahi, dan adik nun di langkawi sana. Ishhh jauh sangat. Bila ya? Banyak nak disetelkan nih, lesen la, papan la, buku la, dan ntah apa-apa lagi.

...

Image hosted by Photobucket.com
//Kapal kargo yang dihumbankan tsunami di Meulaboh

Tomorrow I'm leaving for Meulaboh, Acheh. 6 months selepas tsunami yang melanda... the gruesome aftermath may not be evident now, but the scars are there.

Fuh! Amanah! Ya Allah redhailah perjalanan kami dan misi kami ke sana. Kami adalah rombongan relief mission kedua terakhir, manakala pasukan 'penutup tirai' akan bertolak 19 haribulan nanti. So little time!

Insha Allah saya documentkan misi kami di sana (itu pun setelah diamanahkan di pundak saya ini), buat tatapan semua. Berisi jugalah cuti musim panas kali ini dengan benda-benda bermanfaat :-)

At least terubat la juga... takleh turun deen intensive dublin (refer syafiq ayman dan khamizi aziz) dan tak leh turun australia.