31st August 2004 - Hari itu begitu sahaja tanpa apa-apa menarik berlaku. Tiada bunga api atau laungan "Merdeka, merdeka, merdeka...". Hanyalah suatu hari biasa saja.
Sebenarnya, semuanya tengah menunggu 5 September nanti. Kedutaan Malaysia akan menganjurkan jamuan di Glendalough. Kenyanglah aku nanti. Oh ya, dikhabarkan rombongan pertama pelajar baru akan tiba Ahad ini juga. Fuh... bertambah meriahlah nanti.
Merdeka... merdeka... merdeka...
Aku rasa, kalaulah nak diceritakan tentang betapa ramainya cendekiawan kita, dan juga orang ramai yang melaungkan, menjerit, menyebut perkataan tersebut, mahupun memahami maksud kalimah merdeka pada hari tersebut, boleh masuk Malaysia Book of Records agaknya - Perkataan paling banyak disebut-sebut, direnungi dalam masa 24 jam. Kalah "weapon of mass destruction", "al-qaeda", dan lain-lain. Hmmm...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 47.
No comments:
Post a Comment