Ramadan Mubarak

Tup tup, pejam celik, pejam celik, Ramadan menjelma kembali. Kenapa? Tak percaya?



Tahun ini rasa lain benar dari Ramadan sebelumnya. Tahun lepas lain. Tahun sebelumnya lain. Semasa di sekolah? Lain. Pada aku, lain tak lainnya Ramadan ini bergantung pada empunya diri.



Bulan Ramadan ini bolehlah dianalogikan sebagai suatu pondok di tepi jalan. Pondok ini sangat istimewa. Ada heater, air conditioner, dan segala kemudahan. Bahkan, ada lagi orang yang hidangkan makanan untuk sesiapa yang tumpang berteduh. Dengan kemudahan sebegitu, sudah tentu nak lepak di situ pun mudah. Tak kena hujan, tak kena panas. Nyaman sentiasa. Tenang dirasa.



Tapi, ada pula orang yang dalam perjalanan, dia rasa tak nak singgah pula. Ish. Gila apa? Pondok berteduh serba lengkap. Tak kena rugi namanya kalau tak nak menumpang sebentar. Internet pun ada. Jadi, nak check email dan surfing pun boleh. Ishh ishh rugi. Memang buta, tak pun dah mati saraf-sarafnya. Sanggup dia bersusah payah, berbasahan dek hujan, berpeluh keringat kepanasan, walaupun pondok berteduh itu depan matanya sahaja. Rugi rugi...



Ramadan oh Ramadan. Banyakkan pahala kurangkan dosa. Bukan bermaksud sebulan dalam keinsafan, selepas itu lain pula ceritanya. Bukankah hipokrit namanya itu?



...



I just miss the atmosphere I had when I break my fast at Dublin Mosque yesterday (and almost everyday!). Its so cosy to be with people from all walks of life. Sometimes I don't even know them, but they keep being friendly with me all the time. It is the chatter that does the magic. It really heals the stress, not to mention cuts & bruises I have after surviving from the hustle and bustle of the day. What a relieve!



During the breakfast, we sit cross-legged encircling a tray of rice and tandoori. The joy and the merry are there, and you couldn't get the chance to experience it elsewhere I presume. I wish I could be in the place like this forever!



After it's all over, I affirm that all these are truly the blessing of Ramadan. It is just the matter making the full use of it. And that includes filling up empty stomach eh? After all, It is for our own good isn't it?



...



Sudah 3 minggu di first med. Huh. Rasa penuh sentiasa kepala. Itu ini begitu begini. Life kene goes on. Tanggungjawab kena laksanakan. Amanah wajib digenggam erat. Tugas kenalah setelkan...



Selamat Memanfaatkan Ramadan.

Selamat Merindui Ramadan.

Selamat Tidak Terlalu Ghairah Untuk Aidilfitri.



Wallahu'alam.

No comments: