Selamat Tahun Baru...Marilah baca artikel-artikel di Islam Online. Tambahkan sedikit ilmu pengetahuan. Muharram Safar Rabi'ul Awal Rabi'ul Thani Jumada Awal Jumada Ukhra Rejab Syaaban Ramadan Syawal Zulqaedah Zulhijjah...
Terima kasih penasyid sekalian (Yusuf Islam, Raihan, Hijjaz etc), kerana telah membantu kita mengingati bulan-bulan Islam. Hai, nak ingat pun kena menyanyi?
Hmmm maghrib sekejap lagi. New Year! Okay cau!
..
Valentine's Day pun semakin hampir. Apalah nak jadi? 2 tahun sudah, aku pernah menyaksikan sendiri gelagat pemuda-pemudi bersorakan dek Valentine's Day. Ketika itu, aku di KLCC menjemput rakan yang baru saja tiba dari KMYS lepas maghrib, dalam pukul 8 malam adalah kiranya.
Sewaktu perjalanan pulang, terkejut sungguh melihatkan ribuan anak muda bercanda di tepi kolam air pancur KLCC. Wah! Ramainya. Perasaan sangka baik masih kuat - mungkin ada bacaan Tahlil beramai-ramai kot sempena Valentine's Day. Wah! Brothers & sisters beramai pulak tu. Wah! Sungguh indah ukhuwwah... Tentu mendapat barakah!
Yeah, right! You're bloody right! Ukhuwwah kebendenye. Masing-masing menghayati keindahan tanpa disedari mereka dihujani dengan dosa. Semakin tua waktu malam, zikir-zikir neraka (ayat jiwang) semakin rancak. I love you, you love I. Awak sayang saya tak? Cinta kita tetap teguh honey. Apa hadiah utk Valentine's Day? I sanggup menempuh lautan api (baca: lautan api neraka) demi you. Dan banyak lagi zikir-zikir yang lain...
Itu lah dia. Valentine's Day ini pembunuh kasih ibu. Penyelar kasih bapa. Yang utama, menyembelih kasih Ilahi...
Minta kita semua dijauhkan dari membuat benda-benda yang tak berfaedah ini.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment