Ramadan, apa buat?

Baca : Ramadan - Separuh Masa Kedua Piala Taqwa di saifulislam.com.

1o malam terakhir sudah pun dekat. Selalunya orang dah sok sek sok sek tentang nak beriktikaf di masjid. Jadi kenalah tanam azam... tak begitu?

Image hosted by Photobucket.com
//Berbuka bersama rakan di Dublin Mosque

"Yeah brother... come on, make 5 please!"


"Food is only for 5 people...."

"Say Bismillah brother... here's yours!"

Begitulah kemeriahan berbuka puasa di Dublin Mosque. Berbuka percuma bukan pokoknya, tapi keindahan suasananya. Terasa sangatlah aman dan tenteram... serta sedap yang amat sangat, dek kelazatan ayam Tandoori Pakcik Yusuf kita.

Selepas berbuka percuma, kenalah bersedekah. Allah dah limpahkan rahmat dan rezeki untuk kita, maka wajiblah kita untuk kongsi dengan orang lain. Jadi, jom sedekah! Untuk masjid. Untuk sahabat kita di Kashmir sana. Untuk orang Palestin. Untuk warga Chechnya....

Image hosted by Photobucket.com
//Rembatan kencang semasa futsal

Walaupun Ramadan, senaman tetap ada. Orang-orang terdahulu berperang - Badr, Fathul Makkah, dan lain-lain. Belum masuk Salahuddin Al Ayubi lagi. Takkan kita keletihan saja, eh?

Cuma kalau difikirkan kembali, patutnya berpuasalah menambah kekuatan kita tak begitu?

Image hosted by Photobucket.com
//Di RCSI Prayer Room

Selain itu, khatamkahlah Quran.

Sehari sejuzuk.

Setiap kali selepas solat fardhu 4.5 muka.

Dah baca, lihatlah terjemahan dan tafsirnya. Barulah faham. Barulah terasa bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk dan panduan untuk kita.

Di online ada Fizilal dan Ibn Kathir - jom tengok nak?

Selain itu, cuba buka balik Raheeq Al-Makhtoum, atau sirah Nabawiyah. Di bulan yang baik ini, banyak ganjarannya. Moga-moga Allah merubah hati kita ke arah jalan ketaqwaan...

Dan, di sepuluh malam terakhirlah kita kunci jam loceng supaya boleh bangun malam. Cuba fikir balik, berapa kali aku dah bangun malam dalam Ramadan ini?

Yang penting, kejarlah ganjaran malam Lailatul-Qadr, bukannya malam Halloween...


Image hosted by Photobucket.com
//Inqilab!!! Revolusi!!!

Ingatlah, bulan Ramadan inilah kita memperbaharui diri kita. Yang buruk kita buang. Yang dah kemas, kita lawakan lagi. Dan, kita anda ingin memulakan tabiat yang baru, seperti rajin membaca Quran ketika commuting, mulailah sekarang, sewaktu bulan Ramadan... bila lagi kan?

Sesungguhnya peringatan ini lebih layak untuk orang yang menaip, dari orang yang membrowse blog ini...

Wallahua'lam.

No comments: