Holier Than Thou

Assalamualaykum warahmatullah,

Berakhir sudah PUISI 2005. 2-3 hari lagi Winter Gath di Glasgow pula bermula - tak boleh pergi dek exam yang terlalu hampir...

Alhamdulillah banyak yang saya sendiri dapat semasa PUISI. Mungkin sebab dikerah untuk menjadi itu dan ini. Sangat bersyukur sebab banyaklah dapat experiences dan manfaat...

Kali ini kita jadi sejarah sebagai pengajaran, ibrah, morale or atau apa-apa sajalah. Don't go into the details seperti exact tarikh et al, sebab kita bukannya nak jadi historian pun. Cukuplah tahu kenapa sesuatu peristiwa berlaku, dan apa yang kita boleh contohi darinya.

Selain itu, insha Allah kita bolehlah tanamkan sifat sayangkan ulamak dan orang-orang alim (berilmu). Macam mana? Kita kenali mereka, dari yang lama-lama hinggalah yang komtemporari sket macam Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Muhammad Ahmad Rashid, dan bla bla bla pot pet pot pet lagi... tapi jangan duk kenal orang luar saja. Kenalah kenal juga orang Malaysia... sebab kita pun akan kembali tak gitu?

Menyentuh tajuk entry kali ini, sebenarnya adalah satu pesanan yang saya dapat simpulkan bersama-sama grup saya di PUISI. Kita dalam perjalanan mencari kehidupan yang sebenar kadang-kala menjadi sangat judgmental, dek jiwa yang tidak bersih, ditambah pula dengan ilmu yang tidak seberapa. Haiya... macam mana ini...

Yalah, muda-muda nih, dengan enthusiasm dan semangat (eh bunyi macam HAMAS? arabic colloquial) yang tinggi, kita juga inginkan orang lain mendapat nur hidayah yang telah kita nikmati. Tapi janganlah sehingga menghukum orang - "ah kau takde nih harapan, langsung tak berguna kepada agama! ishh kau nih teruk betul, takde tarbiyyah langsung!" dan banyak lagi remarks yang mungkin terkeluar dari mulut dan hati yang beriya-iya mengucapkan La Ilaha Illallah...

Kalau ada macam tu, cari-carilah ubat hati. Si Tawel rekemen Purification Of The Heart. Jerm saran baca Bimbingan Mukmin masa PUISI hari tu. Hmmm... lagi satu, nak tahu bersih ke tak hati nih, kita tengok, bergetar tak hati bila dibacakan ayat-ayat Al-Quran, adakah tak rasa apa-apa atau boleh berair mata ini.

Ingatlah, dalam kita sibuk-sibuk mengadvocate sikap "Holier Than Thou" ini, Allah itu Maha Pemberi Hidayah, dan juga Maha Penarikbalik. Tiada siapa di antara yang tahu apakah pengakhiran kita - baik atau buruk (dalam arabic nya husnul atau su ul khatimah). Sekali dijentik, boleh menjadi kufur terus! Nauzubillah...

Tapi ini tidak bermaksud kita menjadi lembik dan menjiwai notion "aku-tidak-layakisme" atau dalam englishnya oblivious. Kalau macam itu, sampai bila pun tak ke mana-mana. Segalanya akan stagnant.

Suka saya petik kata-kata seorang senior yang saya fikir betul : "kita ni kena professional, macam doktor. Ade ke kalau patient datang kpd kita yang masih intern, kita jawab ishh saya tak layak jadi doktor nih... saya takde ilmu takde itu ini bla bla bla".

Jadi takkan kita nak tinggal pesakit kita itu terumbang-ambing dan mati? Begitulah juga dengan kita yang telah Allah limpahkan nur hidayah. Jangan rasa culas. Sebalik harus ditanam sikap nak selamatkan orang, macam doktor tadi. Kita hulurkan bantuan, kita curahkan nasihat ikut style yang macam-macam, sehingga dia faham...

Sesungguhnya peringatan ini lebih layak utk orang yang menaip...

Wallahu a'lam.

...

PUISI kali ini memang banyak kali kena... siut betul... takpela kita jadi cool and lepak, dan santai.

Image hosted by Photobucket.com
//Panoramic shot semasa pengisian

Image hosted by Photobucket.com
//The earliest to arrive - banyak keje weh!

Image hosted by Photobucket.com
//Ust Nisar dan Ust Roslan seronok bergambar

Image hosted by Photobucket.com
//Tempat kedua dimenangi oleh...

Image hosted by Photobucket.com
//Syafiq (Bapeq) yang serius memandang serong ustaz :-)

Image hosted by Photobucket.com
//Atas permintaan penonton... itu dia persembahan dari orang dapur! Terima kasih banyak kerana masakkan lauk yang best gila...

Image hosted by Photobucket.com
//Seperti tahun lepas, no 1 mesti dari grup Faka. Tensen betul la hahaha...

Image hosted by Photobucket.com
//Tuemak bersuara...

Image hosted by Photobucket.com
//Tokwan tekun mendengar, Dzuha ralit melentuk!

Image hosted by Photobucket.com
//Muslimat...

Image hosted by Photobucket.com
//Muslimin...

Sebelum saya tamatkan entry kali ini, meh siapa-siapa yang ke PUISI, kita recall balik apa yang telah kita ikrarkan... jom!


Resolusi Waterford 2005

Bahawasanya kami peserta Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland, Pada 23 Disember 2005 bersetuju dan berjanji akan mematuhi Resolusi Waterford 2005. Kami berikrar akan:

1.Solat jemaah sekurang-kurangnya sekali sehari
2.Mempelajari sunnah baru dan mengekalkan adab yang telah menjadi amalan
3.Membaca artikel Islam atau self improvement sekurang-kurangnya 2 jam seminggu
4.Melibatkan diri dan menyumbang secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam Muslim Society

Kami juga sedar bahawa sesungguhnya Allah mengasihi orang yang istiqamah dalam amalannya.


Walaupun sesetengah nampak benda ini remeh (yalah... konon dah level tinggi - awas, mungkin anda ada perasaan riak), percayalah... bila kita assemble the pieces together, insha Allah Generasi Rabbani yang kita impikan bakal dilahirkan...

Bye bye jahiliyah!

postscriptum:
The root of his weakness
http://www.guardian.co.uk/comment/story/0,,1643362,00.html
Hmmm... cuba fikir sat. Thanks WMFirdaus.

Martin van Bruinessen
http://www.let.uu.nl/~martin.vanbruinessen/personal/publications
Macam Snouck Gronje ke? Jom jom tengok... terima kasih Shafiq Ayman eh?

updates:
letak link blog elfaqiha, faiz irbid dan ais putih

No comments: