Coming up next... heh...

Aku baru saja buat entry tadi, tapi rasa tak puas hati lagi. Tiba-tiba gian pula nak mengupdate blog.

Ok kita go thru image-image ini satu persatu...

Yang ini poster untuk remind orang tentang Mawlid Nabi Kita. Harapnya, kita boleh tengok balik sirah baginda, dan amati betul-betul, sampai terkesan hati kita...

Yang ini pula, lain macam sikit. Prof Dato' Dr Khoo Kay Kim dan Encik Karam Singh Walia akan turun ke Dublin untuk memperkatakan tentang benda yang mesti kita dalami sebagai rakyat Malaysia. Apa lagi kawan-kawan... jom lah!

Hmmm... MASAI... Malam Aspirasi Seni Assosiasi Islam. Bunyi macam orang masai di Afrika sana. Apa-apa pun, inilah batu besar macam Batu Belah Batu Bertangkup. Oh ya, aku pun ada saudara-mara yang tinggal di Batu Belah, Klang. Kampung belah ibu aku pun dekat saja, Rantau Panjang, kira-kira 10 minit memandu jauhnya.

Inilah masanya nak menembak kawan... secara gentlemen. Kalau main Counterstrike, mesti ada yang main tipu. Tapi yang ini, memang adil. Yang tak tangkas, memang akan dihujani peluru dan dapat sakit (well mati pun boleh jika dah memang ajal). Yang handal bertempur, sememangnya akan menang Medal of Honour. Ayuh, kita bertempur dan berdepan!

Yang ini untuk muslimat sahaja, sebab mereka ini, suka berjalan-jalan di tengah-tengah kota raya untuk menyibukkan diri membeli-belah. Explorace ini kiranya macam latihan atau crash courselah... haha! Sekadar melawak.

3 comments:

Anonymous said...

POster2 sangat lah lawa. Siapa yang jadi perekanya ini? Mungkinkah berminat dgn satu tawaran misteri?

Sebulan yg lepas saya juga ada join satu Paintball tournament. Semua fully sponsored. Alhamdulillah i had a clean shirt throughout until game terakhir di peringkat quarter final. Saya last man, pastu peluru habis. Musuh mengempur tanpa belas kasihan. 4 das di kepala, dan 3 das di tempat lain. Kepala sedikit berdarah dan benjolan tidak hilang selepas seminggu; semua gara-gara tembakan jarak dekat dr manusia2 yang tak ada hati perut.

Moral cerita: saya terer main paintball dan harap anda semua akan join tournament yg diiklankan disini sebagai latihan sebelum lawan paintball dgn saya suatu hari nanti.

sufaat said...

huhu kisah jihad yang syahdu. apa-apa pun untuk Paintball kali ini, peluru dapat lebih sikit. Boleh tinggikan lagi total frags...

Tawel Sensei said...

"Malam Aspirasi Seni Assosiasi Islam"

Apasal la guna bahasa yang berbelit-belit. Konon-konon hebat le guna perkataan boombastik camtu?

Tak faham den..