Saya pun akan kembali nanti...

Jam menunjukkan jam 130 pagi.

Tiba-tiba,

"Truppp... truppp..."

Getar telefon mudah alihku, mengejutkan diri yang ralit mengulangkaji. Esok peperiksaan bertulis Gastrointestinal/Hepatology (sistem pencernaan dan hati)...

SMS yang diterima berbunyi:

"Cikgu Rosli Harun telah pulang ke rahmatullah jam 7.40 pagi tadi. Call wife cikgu tadi beritahu, jenazahnya akan dibawa ke kampungnya... Al-Fatihah."

Innalillah. Dunia seakan terhenti seketika.

Saya pun terus call si tuan penghantar SMS dan bertanya-tanyakan... dan praktis sikit ambil history.

"Dia (Cikgu Rosli) meninggal sebab pembuluh darah di dalam kepalanya pecah... alah kau pasti tahu apa istilahnya dalam perubatan."

Akhirnya barulah saya dapat simpulkan - Cikgu Rosli Harun yang sudah pun berumur 45 tahun meninggal dunia setelah koma di HKL disebabkan "pembuluh darah di dalam kepalanya pecah". Istilah dalam perubatan? Intracranial haemorrhage? Cepat-cepat jawab.... hah!

Innalillah.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
//Arwah Cikgu Rosli Harun, kanan sekali, dibelakang Cikgu Bakru Rozi di hadapan (yang sedang tunduk sedikit). Foto diambil oleh Ramzi ketika sesi bermaaf-maafan, di saat-saat akhir sewaktu SPM yang semakin hampir.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
//Arwah Cikgu Rosli Harun - duduk, tiga dari kanan. Foto diambil oleh Ramzi ketika Hari Guru 2000

Hmmm... DDx? Dah dah saya mahu tidur... dekat pukul 1.45 pagi...

3 comments:

Anonymous said...

SAH, highly likely, intracranial haemorrhage, maybe. acute sgt presentation dia, katenye dia ade underlying hypertension. tapi x expect pn dia passed away skarang, dia atheletic pe dulu.

teringat french classes dgn dia, mase dia jadi warden asrama dulu.. teringat suara serak2 basah dia, heh. teringat gak mase dia bagi nasihat kat student2 dia, teringat gak mase dia cerita pengalaman dia hidup susah dulu2, n mase dia kat french...hmmmm, sumenye teringat balik.

mungkin dah sampai masa lawat balik skolah...jumpa balik cikgu2, walaupun cikgu2 mungkin dah tak ingat kita.

sufaat said...

yup seeloknya turunlah sekali setahun paling kurang ye tak?

tak berapa minat sangat gathering batch yang tak singgah sekolah. tak 'cool' kalau tak jumpa guru kita.

heh, masa-masa sekaranglah baru nak teringat pesan-pesan cikgu kita. aisehmen apalah aku...

Anonymous said...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ ، وارْحمْهُ ، وعافِهِ ، واعْفُ عنْهُ ، وَأَكرِمْ نزُلَهُ ، وَوسِّعْ مُدْخَلَهُ واغْسِلْهُ بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونَقِّه منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْهُ دارا خيراً مِنْ دَارِه ، وَأَهْلاً خَيّراً منْ أهْلِهِ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِ ، وأدْخِلْه الجنَّةَ ، وَأَعِذْه منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار .

berita sedih. tak ingat bila last jumpa dia. aku akan ada di malaysia june - august untuk elective. kalau nak pegi sekolah, jom jalan sekali