Kuala Lumpur > Kuantan > Kuala Terengganu > Sekayu > Kuala Berang > Kota Bharu > Pasir Mas > Machang > Rantau Panjang > Kota Bharu > Kuala Krai > Bukit Bunga > Georgetown > Alor Setar > Merbok > Ipoh > Klang > Kuala Lumpur
Anggaran jarak yang dilalui, melebihi 1000km. Jarak sebenar tak dapat dikira sebab tripmeter kereta rosak, dah usang sangat kereta...
Antara foto yang menarik sepanjang 'road trip' (termasuklah yang dulu-dulu punya):
Negeri Sembilan

//Sempena nak menyambut 50 tuanya negara kita... ini dia... Dato' Dol Said

//Papan info yang dipacakkan bersebelahan Makam Dol Said

//Makam Dol Said. Yang kecil di belakang, tak berapa pasti siapa tuan empunya...
Selepas 50 merdeka, hmmm... macam-macam ragam betul. Sah Malaysia memerlukan hero seperti Kaber Hero Kaber Zero... heh.
Kelantan
Dek ralit sangat, tak sempat ambil gambar. Rasa seronok pula duduk di Kelantan, sebab kos sara hidupnya rendah. Hmmm... kena belajar speaking Kelantan nampaknya.

//Tugu Peringatan Jalanraya Timur Barat...

//Tugu dan jalan menghala ke Jeli. Jalannya memang berliku-liku... kalau tak berwaspada boleh masuk gaung!
Pulau Pinang
Rupa-rupanya ada Jom Heboh di Pulau Pinang. Patutlah Jambatan Pulau Pinang sesak bukan main. Nampak ramai Melayu saja yang pergi... apa da...

//Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang - Nik Farhan (tengah) dan Hazim (kanan)

//Ini curi-curi ambil... maklumlah dalam masjid

//Makan malam di Restoran Line Clear bersama kawan-kawan PMC... nasi berlaukkan ayam goreng dan segala jenis kuah yang ada... hasilnya? Sedap tapi tak boleh nak kata rasa apa...
Yang ini pula, di Alor Setar, Kedah. Negeri Jelapang Padi, dan juga menurut sumber rasmi, negeri paling banyak hutang (no pun intended). Apa-apa pun, tomyam di sini lebih menyelerakan dari tempat-tempat lain... heh baru makan sekali je pun.

//Masjid tempat ibadat, bukan tempat tidur...

//A la Mezquita...

//Saja ambil foto gerbang, nampak lawa dan klasik. Heh, syiar...

//Yang ini tak boleh dalam B & W, spoil nanti.

//Menara Alor Setar

//Haa... baca notis ini betul-betul!
Ok ini sedikit foto dari Kem Motivasi Sek Men Sains Machang... memang cara betul budak-budak Sains Machang...

//Macam biasa, foto beramai-ramai... semoga kita berjumpa kembali nanti...

//Abe Kimi jadi bos...

//Kapten Kamal mengerahkan peserta-peserta bersenam hingga sihat...

//Tarian hujan yang diajar oleh Kapten Kamal, a la tarian hakka dari kaum Maori di New Zealand

//Tersenyum bangga memegang panji-panji kumpulan

//Encik Afiq (MC) dan Cho (Tok Penghulu)...

//Cik Penghuluwati (tak tahu nama), dengar-dengar beliau adalah seorang pendebat handal...

//Abang Zul melayan adik-adik peserta...

//Taklimat dari Mat Boot sebelum memulakan aktiviti riadah

//Abang Aslam, satu-satunya fasilitator yang sedang menuntut kejuruteraan (yang lain semuanya perubatan belaka) tekun menyuntik inspirasi dan semangat...

//Bos Besar Ariff dan Yang Berbahagia Ustaz Shamsuddin, Penolong Kanan (HEM) SMACH
No comments:
Post a Comment