Berpagi-pagi ke Beaumont yang letak 1 jam dengan bas di kala musim sejuk yang berangin, kadang kala men'down'kan sungguh. Nasib baik sekarang tengah menelaah bab Renal, Endocrine, Genito-urinary dan Breast, sedikit sebanyak menariklah juga... namun seperti biasa, sering saja mataku terlelap di tengah-tengah kuliah... iskk... kalau tak puasa dah lama kunyah gula-gula Kopi-O!
Hmmm... 2-3 minggu ini agak penuh masa - kelas, kedatangan pelajar-pelajar baru, dan majlis Sambutan Pelajar Baru (SPB) pada hari Sabtu ini. Aku kini menumpang di rumah 218 yang semestinya meriah dengan muka-muka baru.
Oh ya, bulan Ramadan ini pula, adalah Ramadan terakhir aku di tempat orang. Masuk yang tahun ini, dah 6 kali. Maknanya 6 kali tidak beraya di kampung - sampai dah lali.
Sebut-sebut Ramadan, sekarang dah masuk 10 malam terakhir. Dublin Mosque dah buat qiam tiap-tiap malam, dan menghabiskan 3 juzuk.... yakni solat-solat sunat dari 2 hingga 5 pagi non-stop. Habis endurancelah, tapi aku tak pergi pun lagi. Tahun lepas adalah sikit-sikit... tapi aku cukup respek dengan seorang pakcik ini - Syed Azlan, tak pernah miss... memang pergh dot com!
postscriptum: Rasanya selepas SPB nanti, akan diupload komik yang aku buat. Saja memeriahkan... lagi pun software Comic Life & iPhoto bukan payah pun nak pakai. Bubuh saja gambar, kemudian letaklah ayat-ayat bunga sikit... siap!
2 comments:
salam cik abadi, harap2 kita sume dapat berkat malam al-qadr tahun ni.
Aku tgh survey tempat2 utk elective aku tahun depan.Pening dah kepale aku surfing lama2 ni. Ade cadangan university tak belah2 sana? Uni ko camne? Ideas pun ok. Mati kutu dah ni
wsalam.
nanti aku emailkan cerita sikit... orait?
Post a Comment