Demostrasi Anti-Zionis di Masjid Kapital Keling

Hari ini, di Masjid Kapitan Keling ada demostrasi aman selepas solat Jumaat. Dan ia juga dijamin tiada FRU. Maka, dengan berbekalkan semangat inkuiri yang menyala, aku pun ke sana membawa teman rapat - kamera usangku.

Demonstrasi adalah salah satu aktiviti yang menyihatkan akal budi dan jasmani, selain dari memborong tulisan-tulisan tentang Palestin dan Israel, menghadiri seminar, kolokium, sesi perah otak, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menganjurkan dengan tujuan kesedaran.

Oleh sebab saya menjunjung kamera, pesanan Robert Capa memang tak pernah ditinggalkan : "If your pictures are't good enough, you're not close enough."


// Agak kerap saya memegang kamera seperti ini... just shoot and hope for the best. Mak aih, ini EOS 5D dipadankan dengan lensa siri L (L-series lens) - terliur!


// Adik jangan cuak adik... cikgu disiplin pasti berbangga dengan kehadiranmu di sini...


// Ishh... betulkah buah-buah oren ini datangnya dari Israel?


// Aku terpana seketika mengenangkan wajah yakin para hero dalam filem-filem Tamil...


// Kaum ibu turun menyertai demostrasi ini, cuma mereka berdiri di bahagian belakang. Sebab? Di bahagian hadapan sana, memang semuanya berhimpit-himpit macam dalam KTM Komuter!


// Banyaknya kamera... ngeri juga melihatkan prop-prop bayi bermandikan darah...


// Ya, ini sudut pandang yang lebih tinggi...


// Sokong!


// Tuan S.M. Idris, dari Citizen International.


// Penampilan mengejut Ketua Menteri kita.


// Err... saya tak kenallah.


// Ya, angkat lagi tinggi!


// "Inilah salah satu cara kita bantu rakyat Palestin...."


// "Bebaskan Gaza, Hentikan Kekejaman Zionis..."


// Gambar terakhir sebelum melangkah pulang. Ada acara lain sore nanti.

Boikot boikot juga, apa yang bolehlah. Processorku Intel, pemacu cakera kerasku Western Digital dan Seagate, OSnya pula dari Apple... eh kameraku buatan Jepun rupanya, fuh selamat...

5 comments:

Anonymous said...

abadi, best la ko dok kat depan..aku dok kat belakang dgn press2 yg menulis.

sufaat said...

"if your pictures are't good enough, you're not close enough."

robert capa

Anonymous said...

Thanks for the info "Tadi ada nmpk journalist perempuan"..That really helps!

Was a bit 'sesat' too otw to masjid kapitan keling, wikimapia only makes sense on my way back. I guess i need a GPS, hehe

Ramzi Alam said...

bagusnya cuaca kat sana. terang benderang, senang nak amik gamba n demo.

belah pantai timur hujan lepas sembahyang jumaat, tak dapat nak amik gmba. takpela, cuaca pun berdemo skali hari tu

bila nak jemput aku gi sana?

sufaat said...

suria amatlah terik, sehingga ada hard shadows. aku tiada flash, tapi iphoto pun berguna juga.