i look, i forget, i look again, i forget again, i inspect, i recite it loud, i write it down, i remember... heh!
Sebenih Doa Buat Istanbul
Sebenih Doa Buat Istanbul
Kau seorang tua berwatak hiba, Istanbul,
saat menjemputku menjinakkan kunjungan
ke kota atma
yang dilumuri kenangan.
Katakau, kita adalah sahabat batini dan ruhi,
jua keakraban tauhid dan rabbani. Lalu
sesudah Subuh di Sultanahmet, kauhidangkan
segelas cinta Uthmaniyah.
Sungguh, tak terhirup manisnya sejarah
yang terbancuh antara keras Theodosius
dan ramah segaris Bosphorus.
Di situ kau masih
seorang tua berwatak piatu, Istanbul.
Saat merangkul Hagia Sofia kutahu
ada ketar yang membengkak di dada itu.
Sudah terlalu lama kau menghirup pedihnya
aroma sekular yang meracuni camar-camar Eminonu
juga iklim materi
yang terlalu keras untuk masjid-masjidmu.
Telahpun tenat segala angin dan rumput,
juga batu dan manusia
terhunus sebilah sihir Attaturk
yang buas mengoyakkan roh tawaduk.
Seperti kau, aku juga perindu yang tegar
menunggu kekasih masa lalu; seorang Al Fateh
yang menyalakan matahari di tanah khazanah
juga meranumkan ibadah di kebun Eropah.
Betapa luka generasi yang tertanam
di dalam doa panjangmu
menitis darahnya
ke pakaian kalbuku.
Dan fajar itu di pinggir Marmara
kusegarkan sebenih doa paling hijau
zaman yang menyirami
biar bertumbuh generasi dengan degup Kavakci.
Mari Istanbul, hari masih pagi.
Sama-sama kita nanti tibanya angin revolusi.
Fahd Razy
Islambul, Turki.
Disember 2006
Asian Gaelic Tournament - The PUMAs
This is the first time Penang (or in fact, Malaysia) hosting something this big.
I'll be shooting - though I'm not a pro. Cuba sajalah!
So please remember to set it to Auto Focus - Continuous... but surely it will drain the battery alot faster...
Okay, here's what I've got so far. All abit of cropping.

Mengenang Ramadan

// The initial crowd
// Asyhraff, President, PMCISOC
// The speaker - Mr Noor Ashani, Consultant Urologist
// "All of you, must be better than what I am today!"
// "Grab all the opportunity you have, before it slip away..."
// "Allah has awarded you with intellectual ability.... so you can become His instrument of Mercy..."
// Hmmmm... I wonder why Izwan laughed...
// The Iftar (breaking the fast)
// Another view
// All the gentlemen
// Young, energy and ideas. Old - wise and experienced. Both must work together...
// The Gaze
Salam Lebaran
Dolan-dolan Raya
Alhamdulillah dapat juga beraya di sini.
Aidilfitri kali ini juga banyak yang semakin mabuk... langsir raya, baju raya, perabot raya, kasut raya... makin kayalah pasaraya...
Sebelum 1 Syawal - Jiran & Kawan
Ini semacam 'Neighbours', siri drama 'down under' yang kadang-kadang membosankan. Heh, leka dengan TV, tahu-tahu si Australia jugalah sedang berusaha menjadi 'ketua bahagian' di kawasan sebelah sini. OK kita lihat foto-foto pula.

// Fizman, kini menguruskan rel keretapi Parit Buntar - Butterworth. Munzir, bakal menjadi imigran bertauliah (skilled labour) di negeri asal Frank Swettenham.

// Muhaimin - masih panas darah Romanov... sekarang nak menjadi tabib!
1 Syawal dan seterusnya
Semerah, Batu Pahat.

// Semerah, Batu Pahat. Ayah punya 11 beradik. Paling kurang 5 orang anak sekeluarga. Dan, ada lagi yang beraya di tempat lain (kampung belah lain, dan di alam lain - arwah datuk dan nenek). Ya, kempen ingat nama saudara-mara sudah bermula!

// Rombongan beraya. Setahun sekali...

// Sempat bergambar di luar rumah pakcik yang 'Takkan PAS hilang di dunia'

// Mendengar syarahan ringkas - tajuk: Syaaban, Ramadan dan Raya dulu-dulu - cara orang Jawa. Sikit-sikit masuk bab PR vs BN, tulisan Jawi, bahasa Jawa, hal orang Jawa di negeri Selangor... haha...

// Ketika keletihan mengunyah biskut-biskut raya, terjumpa tempe berupa keropok berlada!

// Hmmm... bayangkan Twisties Tempe... burrrr... sedapnya!

// Bersama Dr Ghani...
Aidilfitri kali ini juga mendorong aku supaya balik ke akar umbi... bermula dengan bertatih...
Jadi mari belajar balik bahasa Jawa, melalui ayat-ayat lazim digunakan (kena tanya, dengar orang tanya) ketika balik kampung:
"Iki.... sekolah ne neng di?" (ini... belajarnya di mana?)
"Iki anaknya bila nak mantu?" (ini... anaknya bila nak bermenantu?)
"Iki pantarane sopo?" (siapakah yang sebaya dengan awak?)
"Turu... wes mengi..." (tidur... dah lewat...)
"Nek saruni senggasik" (esok nak bangun awal...)
...
Duit Raya? Sedekahlah banyak-banyak... bukankah selagi dalam golongan tidak bekerja (belajar) layak terima ka? Heh... ini macam asnaf duit raya pula...
Adapun duit raya sudah pun dihabiskan dengan membeli 3 yang ini:

// Sudah dibeli satu buah.

// Sudah dibeli satu buah. Faisal Tehrani syiah? Haha. Mat Sabu syiah? Hahaha. Ini kalau dapat buat drama pentas memang bikin gegar...

// Asyik-asyik sebut 'Biar Betik'? Penawarnya, khatamkan ini... memang biar betik!

Subscribe to:
Posts (Atom)