Another Weekend That Was

Salaam. Antara weekend yg best. Memang best. Gile best. Best lah, senang cerite. Tapi, kebestan itu akhirnya akan hilang kalau tiada usaha untuk mencari-cari, meredah-redah, menebas lalang, untuk mendapatkan perasaan yg best ini. Ade org naik turun lurah belukar lumpur selut semata-mata kerana bende nih. Dahsyat eh?



Eat To Live - Live To Eat?

Ustaz Salleh pun cerite... di suatu hari di suatu masa dahulu... ade sekumpulan pelajar duduk makan-makan di kantin. Kalau dah makan, mestilah berborak sekali. Di kalangan pelajar tersebut, ade seorg Cina ini. Borak punye borak, entah macam mana boleh masuk topik 'Apa ertinya hidup ini?' Die terfikir, apa lah sebenarnya hidup ini? Selepas score PMR, score SPM pulak. Kemudian masuk universiti, dapat first class. Disusuli pula dengan alam pekerjaan yg selalunye org kate "dog eat dog world". Bila berjumpa yg berkenan, kahwin la pula. Kemudian dikurniakan anak... jadilah keluarga... dan anak-anak membesar. Kita pula mengira hari untuk pencen. Bila dah pencen, anak dah habis belajar, dan ada yg bekerja... and back to square one again... kita pula... masa dah pencen, harta mesti dah banyak. Nak tunggu masa mati je. Pelajar Cina ni kate lagi... "Dan segalanya, yang bertahun-tahun jerih payah kita, akan hilang kurang dari seminit." Haaa.... tu dia. Tu dia. Dia mai dah... dia mai dah... nampak tak?



Adakah kita nampak persoalan ini - Apakah hidup ini sekadar untuk mengenyangkan perut? Yela kerja tinggi-tinggi pun, makan juga akhirnya. Takde orang jadi saintis, tapi tak makan. Dan haiwan pun macam tu juga. Burung terbang tinggi-tinggi pun, tengok bawah juga nak cari apa-apa yang boleh dimakan. Dan tiba-tiba aku teringat pula Si Abraham Maslow's Hierarchy of Needs. Kalaulah kita fikirkan betul-betul - Bukankah sama sahaja kita dengan binatang?



Sebab tu la kita dikurniakan agama. And it makes all the difference. And misi kita pun dah terpampang jelas. Kita yang buat-buat tak nampak. Tak pun macam lagu nih... "Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..." Marilah sama-sama kita fikir... apa misi kita? Kalau kita main game macam Red Alert, ataupun Age of Empires atau apa-apa game pun... ade objektif juga... Bagaimana dengan kita?



Okay ah. Mate dah kuyu. Nanti aku tidur atas laptop lak nanti.

No comments: