Choice:Progression
Hari ini ade Health Symposium, yakni ade talk dari various charity org tentang Down Syndrome, Guide Dogs for the blind, patient-centered treatment, cancer dan juga pasal spinal injury. Byk bende yg menarik bleh dipelajari. Antara pasal satu perkataan nih - choices atau pilihan.
Sebenarnya dalam hidup kita, mesti akan sampai satu point utk memilih... mcm lagu popular P Ramlee, yang mana satu... pilihan kalbu... tapi sebenarnya pilihan kalbu tak semestinya betul. Teringat lak aku pasal Penny, mase blajar pasal personal growth last year. Dilahirkan dlm keluarga miskin, die membesar kat ladang bawah jagaan pakciknya, Jack. Lagi teruk, ibunya lari entah ke mana. Walaubagaimanapun, die tetap membesar seperti kanak-kanak lain. Punya aspirasi, punya cita-cita. Akan tetapi, die sering resah mengenangkan ibunya yg entah ke mana, and bende ni affect study die... Melihatkan Penny ni resah, Jack pun sound die... biarkanlah ibunya... dan teruskan idup mcm bese. Kata-kata Jack pun dijadikan perangsang... Akhirnya, setelah gigih berjerih payah, Penny pun berjaya jadi lawyer, spt apa yg dicitakannya... ini cth simple...
Lagi satu, aku teringat phrase nih - Choice : Progression. Yup it is. Phrase ni aku dpt dari iklan paper di Malaysia dulu. Iklan Kent Horizon tak silap aku la. Ahh... biar la dari mane pon. Memang benar, setiap pilihan kita buat menentukan maju mundurnya kita. Mcm dlm Health Symposium tadi, semasa talk dari Spinal Injuries Action Assoc. Mr Whooley... die eksiden semase umur die 21, dan end up kat wheelchair akibat severed spinal cord, and tak silap aku die 45 thn umurnya sekarang (time talk tu aku dah mula kuyu... ngantok... nasib baik tak tersengguk). Die cerita, mmg die terrified pada awalnya, namun die teruskan rehab prog, walaupun byk org mcm die hanya dok umah goyang kaki, tgk dunia, atas alasan dierang dah 'disabled'. Hmmm... takkan die nak waste such a precious life yg dierang ade just like that? Banyak lagi bende lain boleh dibuat. Sebab itulah die reiterates again, its a matter of choosing the correct path that makes all the difference...
Teringat lagi, semasa aku gi camping di Templer Park under pengakap, masa tu baru darjah enam. Ade la seorg kwn nih. Hidup nya happy je. Yela, darjah enam, masih belum ke tahap yg matang lagi. Die happy-happyian sampai tertinggal duty die time camping. So, guru pengiring pun berjumpa dengannya di khemah chegu, 'dibasuh' dan antara dialog yg aku sempat tangkap - "Awak nih, kalau nak tau, menghabiskan harta mak bapak je!" Aku time tu kat khemah sebelah, terdengar tempiasnya. Walaupun bukan aku yg kene marah, sedikit sebyk tersimbah la kat aku jugak. Memang tak boleh lupa. Memang takkan lupa.
Peringatan : Adakah kita hanya menghabiskan harta mak bapak/sponsor/rakyat/pakcik/sesiapa saja?
No comments:
Post a Comment