Ramadan III

Saban hari kami keresahan menunggu keputusan bila jatuhnya 1 Syawal. Dalam pukul 5.30 petang Jumaat lepas, berderit-derit bunyi handphone dek pesanan teks yang lebih kurang bunyinya begini:



"Saya mewakili Imam Masjid Clonskeagh (atau Slongskis menurut sebutan Jinggo), mengisytiharkan, bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Sabtu, 13 November 2004 (dengan nada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)."



Terus bersemangat nak bertakbir...



Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar

La ilaha Illahu Wallahu Akbar

Allahu akbar Walillahil Hamd



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

No comments: