Eh rupanya dah 3 kali aku beraya tanpa keluarga di sisi. Yang pertama, ketika di Perth 2 tahun lepas. Aku membuat keputusan yang tidak masuk akal - balik lewat untuk merasa beraya di perantauan. Beraya bersama Halim. Cukup seronok sebab dapat pengalaman baru...
Raya kedua pula, di Dublin. Tiba di Malaysia Hall agak lambat, tapi dapat juga tempat untuk solat sunat Aidilfitri, itu pun setelah menyelit-nyelit antara saf-saf. Meriah juga, tetapi agak lain berbanding tahun lepas, mungkin tahun ini banyak rakan-rakan senasib.
Raya ketiga, paling lain sekali. Aku pun tidak tahu kenapa. Agaknya kerinduan terhadap keluarga sedikit sebanyak merencatkan sel-sel otak aku. Heh. Walaubagaimanapun, raya tahun ini pada pendapat aku, paling meriah sebab banyak menziarahi kenalan serta senior dan super senior yang boleh dianggap sebagai keluarga di sini.
Buat bonda & ayahanda sekeluarga, Salam Aidilfitri.
...
Hmmm... timbunan kerja semakin bertambah. Al maklumlah peperiksaan bakal kunjung tiba. Kadang-kadang rasa banyak lah pula yang ditelaah. Alahai...
Minggu lepas, bersua dengan rakan yang sedang menuntut di tahun 3. Tiba-tiba tersembul soalan dari dia : What does Islam says about violence? Aku menjawab : That's a very broad. How can I go about on that? Setelah beberapa detik dia memperincikan apa-apa yang hendak ditanya, aku cuba menjawab beberapa soalan dengan seberapa yang aku mampu. Ia berkenaaan jihad, terrorisma, dan beberapa isu semasa misalnya pembunuhan Margaret Hasan. Di akhir perbualan, dia rupanya hendak mengajak ke majlis perbincangannya Jumaat nanti. Ada perbincangan sihat katanya, bertajuk : Can violence be justified?
Begitulah suasana di sini. Memang banyak perbualan sebegitu. Harap tak disia-siakan begitu saja. Adakalanya benar-benar menguji kesabaran, kerana perbincangan hendak disertai dengan niat yang ikhlas. Tanpanya, tiada manfaat yang boleh digarap. Buang air liur saja dek masing-masing punya fiil. Beberapa kali juga terjumpa manusia semacam itu. Asyik nak undermine orang. Jadi bertikam lidah pula.
"Don't tell me that a crazy named Muhammad has come up with a so-called Holy Koran!"
"Please, do you think I'm buying it? These guys, are very much like him, beat their wife, chop hands and do all other crazy stuff..."
Itulah sampel-sampel dari bicara yang tidak ikhlas. Tiada saling hormat menghormati. Buang masa aku saja melayan orang sebegini.
Hmmm... aku pun bukannya banyak ilmu. Apa yang kita mampu buat, kita buat, tak begitu?
...
Oh yes, after the ISOC meeting, Alhamdulillah I feel much better now. It is good to see people working together for good cause, isn't it? More people means lesser headache. Why? Because I feel so relieved seeing many brothers and sisters showing their enthusiasism on doing the work. It is just sometimes when things are getting blurry, there are people that willing to shed some light to make things clear. Jazakallah to those people...
Hmmm... now the work has to commence from now : Palestine Appeal, Islamic Awareness Week, End The Occupation Conference.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment