Bertemakan "Tingginya Insan Kerana Al-Quran, Pembimbing Ummah Asas Kebenaran", PUISI 2004 memang masyuk! Mabruk alaikum! (semua yang terlibat)
PUISI kali ini menggarap buku yang dikarang oleh Sheikh Jamal-al-Din M Zarabozo, "How To Approach & Understand The Quran". Beliau merupakan one of the prominent scholars di Barat (macam Nuh Keller, Hamza Yusuf, Zaid Shakir) yang direcognise sendiri oleh Al-Azhar. Tampak dari kulit, isinya cukup informatif. Sayangnya buku tersebut tidak sempat sampai dek An Post yang sakan bercuti Krismas.
Tetamu yang hadir - Dr Masitah dari JASA, Datuk Dr Adham b Baba dari Kementerian Pengajian Tinggi, dan seorang lagi (tak ingat, nama penuh di buku catatan).
Dalam masa 4 hari, banyak yang dapat ditimba dari penceramah-penceramah yang mantap-mantap belaka. Ustaz Irfan, Ustaz Ibrahim, Ustaz Rahim, dan Ustaz Akmal memang power-power belaka macam lawmower. Participants pun banyak memberikan respons. Takdelah macam one-way-street.
Oh ya, Aku Tak Pedulisme... Surti & Tejo... itu semuanya antara topik-topik bengkel yang masih tergiang dalam kepala otak sehingga sekarang. Aku Tak Pedulisme adalah layman's term untuk escapism. Maksudnya duduk mencokoh seorang diri sehingga ngap serigala. Bila dah kena baham, barulah terngadah.
Surti & Tejo pula pasangan contoh yang disebutkan sebagai contoh realistik dalam pembentangan oleh Najmi Germ (betul ke eja nih?) mengenai senario-senario budak-budak remaja belia kita sekarang yang asyik tenggelam... Hmmm... Enaknya bercouple ya? Sebenarnya tiada langsung istilah bercouple pun dalam Islam. Nikah ada lah. Jangan pula beralasan kami berjumpa kerana Allah. Ha... Carilah artikel yang menimbun-nimbun dalam internet mengenai bercouple nih. Takdenye yang membenarkan. Ulamak-ulamak yang muktabar, memang amat tidak bersetuju - tak boleh lah maksudnya. Carilah fatwa mana-mana pun, dari Sheikh Qaradawi ke, Tantawi ke, memang takde langsung... Aku yakin 101% pembentangan ini memang straight menusuk kalbu peserta sekalian, termasuklah juga aku.
Mengenai kuliah-kuliah yang disampaikan...
Generasi Al-Quran Yang Unik - Apa kata Sheikh Qutb? Ada apa dengan Generasi Al-Quran?
Approach Kita Terhadap Al-Quran - Kita tak baca, tak pun baca untuk barakah, tak pun baca untuk protect kita dari hantu & syaitan, tak pun main quote-quote saja. Kita duk tumpu tang tu saja. Tak begitu? Macam mana nak befriend dengan Al-Quran?
Tujuan-tujuan Diturunkan Al-Quran - Kenapa malaikat, jin, gunung, ikan, gorila dan makhluk Allah yang lain tak diamanahkan dengan Kalam Allah ini? Sejauh mana pelaksanaan tujuan-tujuan tersebut? (tauhid, purpose of life, petunjuk menghadapi cabaran musuh-musuh Islam)
Mentafsir (interpreting) Al-Quran Dengan Cara Yang Betul - Tafsir & Ta'wil. Persediaan mentafsir (Ibn Taimiyyah). Cara mentafsir. Contoh-contoh tafsir bil ma'thur dan bil ra' yi. Apa yang kami sebagai pelajar boleh contribute? Hmmm... part nih memang technical sedikit.
Musuh-musuh Islam - Polisi Islam (tiada permusuhan dalam Islam melainkan dengan musuh-musuh Islam...) maksudnya kami tak nak cari susah. Jika anda nak bermusuh, kami retaliate balik lah. Freemasons, Zionism, Kristianisasi, Pecah & Perintah, et al.
Sekarang tinggal nak dengan tak nak saja. Tegas Ustaz Ibrahim, buat apa yang kita mampu. Kuatkan kekuatan kita, dan jangan lupa upgrade kelemahan kita. Rugilah dah belajar penat-penat, pastu buang ke longkang saja, tak gitu? Baik tak yah datang. Buang masa.
Akhirul kalam, Insya Allah aku akan coretkan lagi isi-isi PUISI 2004 (maybe seperate blog), selepas balik Melrose dan Coventry nanti. Tak prepare sangat pun entry kali ini. Sooner or later, I'll have it written, untuk peringatan aku dan pembaca-pembaca yang happen to visit this blog.
Oh ya, screw you faithfreedom.org.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment