Bila bercakap tentang IAW, rasa bersemangat, walaupun secara fizikalnya kurang sihat. Lemsip banyak juga ditelan sejak kebelakangan ini. Ishh.. boleh overdose nih haha. Liver disease seh, sebab liver menerima beban untuk metabolise ubat yang ditelan. Panadol overdose leads to liver failure... dan mati.
IAW. Islam Awareness Week. Minggu Kesedaran Islam (betul ke dalam BM?) Hmmm... nak sedarkan diri sendiri & orang tentang Islam. Biar kita banteras Islamophobia... walaupun dengan sumbangan kita yang sekelumit cuma.
Hmmm... Aku cukup hormat dan kagum semangat rakan-rakan yang tetap teguh, semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk mereka. Cukup hormat dan kagum. Wallahi!
Jadi aku menjemput lah rakan-rakan ke IAW @ Surgeons. War-warkan kepada semua... kalau tak dapat pergi, at least balik lah rumah dan buka balik buku-buku agama. Takpun surf internet. Banyak literature dan segala di sana. Tinggal antara nak dengan tak nak sahaja...
Ketahuilah, sesungguhnya iman itu bertambah dengan amal soleh, dan berkurang dengan maksiat. Banyak beramal makmurlah hati semakmur makmurnya. Bila bertambah maksiat, lain pula jadinya. Itulah Liver Disease yg sebenarnya. Kalau dah tahap Liver Cirrhosis, parah. Solat tinggal pun masih boleh selamba makan biskut.
Oh ya, Alhamdulillah nak datang juga ayah ke sini. Dapat tiket murah di travel fair yang berlangsung sekarang. Tahun lepas, ayah offer nak datang, tapi aku tolak bulat2. Membazir aku kata. Ishh ishhh. Selepas itu agak kesal, ya lah, dah lah cuti musim panas tak balik. Kali ini, aku tak dapat tolak lagi. Rindu sangat.
Tak sabar pula menanti detik yang mendebarkan ini. Lub dub. Lub dub...
Kadang-kadang terfikir juga, apakah persekolahan di asrama selama 5 tahun boleh 'melonggarkan' simpulan antara keluarga dan anaknya? Pelik juga psikologi manusia ini. Mari semak balik nota-nota psikologi ya?
Wallahu'alam.
1 comment:
melonggarkan? i think the exact opposite huhu
Post a Comment