So little time - tapi sebenarnya banyak. Yakah? Banyak? How would you know you're still up for living tomorrow? Semasa memandu, adakah anda nampak yang sebenarnya ada saja yang nak langgar hang, tapi mujur tidak?
Mati ini boleh saja berlaku bila-bila masa. Naik basikal boleh mati kena langgar dengan motor. Tengah minum teh tarik tepi jalan boleh mati juga, dek motor. Hatta kononnya selamat dalam mitsubishi storm (dan adik beradiknya) yang kukuh pun boleh dek bas ekspres. Nauzubillah.
Itu belum campur dengan 'self-inflicted' punya, seperti tertidur semasa memandu, or makan sambil gelak ketawa atau semasa membuat 'kona leper' dengan EX5 di simpang secara membuta-tuli.
Bahaya sungguh berada di jalan ya?
Jalan? J-A-L-A-N. Tariq pun jalan juga.
"wa sirtu fi tariqi ya ilahi..." - teringat Fi Lailati Minal Layali pulak dah dek putar lagu ini dah beratus kali... (tariqi - jalanku/perjuanganku)
...
Selamat pengantin baru kepada sepupu. Seronok sebenarnya rewang-rewang nih. Bukan kenyang makan bontrot saja. Yang penting, kenali saudara sepupu pakcik makcik cucu cicit semua. Banyak yang komen - "wah dah tinggi... dulu kecik je", "eh dah lain la...", dan banyak lagi. Dah lama tak jumpa, biasalah, dahlah kebuluran semasa di sana :-(
Sekarang tinggal cikgu-cikgu sahaja yang belum diziarahi, dan adik nun di langkawi sana. Ishhh jauh sangat. Bila ya? Banyak nak disetelkan nih, lesen la, papan la, buku la, dan ntah apa-apa lagi.
...

//Kapal kargo yang dihumbankan tsunami di Meulaboh
Tomorrow I'm leaving for Meulaboh, Acheh. 6 months selepas tsunami yang melanda... the gruesome aftermath may not be evident now, but the scars are there.
Fuh! Amanah! Ya Allah redhailah perjalanan kami dan misi kami ke sana. Kami adalah rombongan relief mission kedua terakhir, manakala pasukan 'penutup tirai' akan bertolak 19 haribulan nanti. So little time!
Insha Allah saya documentkan misi kami di sana (itu pun setelah diamanahkan di pundak saya ini), buat tatapan semua. Berisi jugalah cuti musim panas kali ini dengan benda-benda bermanfaat :-)
At least terubat la juga... takleh turun deen intensive dublin (refer syafiq ayman dan khamizi aziz) dan tak leh turun australia.
No comments:
Post a Comment