Guru: Tanpa usaha doa restu dia, masakan aku tahu ABCD...
Melayari memori semalam (utk sahabat yg byk bertanya ada ke tak foto-foto lama)

//Muslimat (tak pasti siapa... semua tudung labuh... sejuk mata... semoga jadi amalan hingga sekarang, esok, lusa dan akhir hayat) kesyahduan, dan Ustaz Bakru Rozi ketika majlis bermaafan untuk calon-calon SPM 2001
Nota: Semua pelajar putera pernah merasai kasih sayang 2 tapak tangannya, sebagai satu pengajaran berguna (jangan sampuk cakap orang tua) sampai bila-bila. Terima kasih ustaz!
Selamat Hari Ibu (sepatutnya hari-hari hari Ibu sebab doakan dia hari-hari) dan Guru (sama jugalah... hari-hari kita doakan selepas solat).
Harus diingat, bukan setakat SPM saja kita nak hormat guru. Malah bukan dengan guru saja kita hormati. Pensyarah kita wajib hormat (memang sangat obvious). Cikgu sekolah memandu? Hormat. Pemandu bas yang hantar kita ke sekolah? Hormat. Tukang sapu, porter, juruteknik hatta pak guard di kolej pun hormat. Pendek kata, hormatlah semua, sama ada mereka bertitle guru atau tidak.
Akhirul kalam, di sini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru saya, dari yang mengajarkan saya Alif Ba Ta, ABCD, menunjukkan saya cara solat dan mengaji, memaksa saya menghafal sifir darab 1 hingga 13, tidak kurangnya sifir bahagi sekali, merotan kerana bising dalam kelas, menasihati saya supaya banyakkan membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris dek grammar tak kesudahan lemahnya (past perfect, past participle entah apa lagi), memberikan latihan Bahasa Arab Tinggi walaupun saya tak faham apa makna soalannya, apatah lagi memikirkan jawapannya; mengirakan jawapan soalan kalkulus moden yang saya tak tahu nak jawab, menghiriskan kulit mayat supaya saya boleh lihat pembuluh, urat, nadi, nodus limfa dan saraf di bawahnya; dan banyak lagi yang jika saya hendak senaraikan, sampai tulat pun tak habis lagi. Terima kasih guru!
...
Rageh Omaar: The Scud Stud aims for truth
//There goes Rageh... fleeing from BBC. Recently there was an uproar on scrutinising BBC for not being fair, particularly when reporting news from Middle East. Tapi okay lagi kalau nak dibanding dgn NYT ke apa. Itu belum masuk Reuters dgn AFP. So kawan-kawan... pi la tengok Al Jazeera tu!
No comments:
Post a Comment