Assalamualaikum.
Lama tak login, sampai tak terperasan yang telah terwipe out the whole template. Patut putih saja.
...
Teringat belasan tahun dulu, ketika kaset-kaset My Little Yellow Bus dimainkan tiap kali berjalan jauh. Sampai terngiang-ngiang. Cuma sekarang dah jumpa versi untuk muslim. Alternatif. Versi asal adalah lagu popular "Three blind mice".
Three good boys,
Three good boys,
See how they pray,
See how they pray.
They pray together in a very straight line;
And follow the Imam in perfect time;
They're three good boys.
Three good boys,
Three good boys,
See how they pray,
See how they pray.
They listen and pray without any noise and
Think about Allah and not their toys;
They're three good boys,
Three good boys.
Ibu bapalah yang menentukan macam mana nak bentuk anak. Ke mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Jadi kalau mak ayah kurang ambil berat, dihantarnya ke tadika montessori, kristian atau yang tak islamik. Menyanyilah "Joy To World, The Lord Has Come...." sambil si guru memainkan organ, sedangkan semasa kanak-kanaklah patutnya dididik supaya selalu berdoa, suka kisah-kisah nabi dan rasul, adab-adab dan sebagainya.
Salah didik, bila dewasa jadi puak-puak liberal, sekular dan free thinker. Silap-silap murtad terus, seperti yang hangat sekarang di tanah air. Na'uzibillah. Ingat, nanti kita akan ditanya kelak oleh Allah. Mereka pun boleh jadi backup bila kita duduk dalam kubur nanti.
Alhamdulillah semakin ramai ibu bapa yang faham... lama dah bercambah kesedaran, sampai ada yang tak muat tadika-tadika islam seperti PASTI, TASKA ABIM dan banyak lagi, untuk menampung penambahan bilangan kanak-kanak yang mendaftar dari tahun ke tahun.
Jadi bolehlah hantarkan mereka ke tadika islam sementara waktu dan tempat masih ada. PASTI, TASKA ABIM, dan banyak lagi. Jauh sikit pun tak apa, asalkan mereka selamat...
Nursery rhymes for kids
British Muslim Song
Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak
Lain-lain sumber bolehlah google sendiri. Saya pun tak tercari.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment