Merdeka

Alhamdulillah, dah 49 tahun usianya. Sama-sama kita mendoakan agar ia terus maju jaya dunia akhirat.

Yang belum lagi selesai, penjajahan budaya. Agama disimpan di dalam almari. hedonisme dirangkul rapi. Itulah suasana malam 31 Ogos.

Fahd Razy dengan karyanya... Tiga Cerpen Mini Malam? Maaf tak berapa ingat tajuknya. Kalau nak baca, kenalah beli dahulu Salju Jabal Musa. Dan baru-baru ini, GKLN pun telah menerbitkan Al-Andalus Menangis...

http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=33
http://gkln.blogspot.com

...

Suasana malam 31 Ogos saban tahun semakin membimbangkan... terutamanya di pusat-pusat bandar. Huh! Bayangkan kalau disergah Izrail ketika itu...

Saya fikir, golongan yang ingat hendaklah turun ke ground zero pada malam 31 Ogos dengan menyertai trip-trip atau xpdc dakwah, sudah ramai pihak yang menganjurkan, Pemuda PAS, PERKID, etc etc, atau pun ikutlah program-program yang diadakan di masjid, seperti di Masjid KLCC. Didik diri mengenal apa itu hedonisme dalam erti kata sebenar. Supaya hati takkan terdetik - eh best juga ya macam tu...

Image hosted by Photobucket.com
//Foto tahun lepas. Ustaz Masridzi, Ustaz ex-Ali Setan (Azmil Mustafa), dan Ridhuan Tee Abdullah.


//Foto tahun lepas. Rasanya sama saja ramainya tahun ini di taman KLCC, atau barangkali lebih meriah!

Image hosted by Photobucket.com
//Been there, done that - ishh bad connotation

Tiada faedahnya duduk menunggu countdown melainkan buang masa, duit parking, duit LRT, duit minyak dan menambah dosa. Kalau bawa anak-anak lagilah, bertambah selesa duduk dalam lembah loklak. Lebih baik duduk di rumah tidur awal, supaya esok boleh bangkit, subuh jemaah, dan terus ke Dataran Merdeka untuk menonton parade dengan anak-anak dan adik-adik.

Alternatif malam 31 Ogos...

Untuk malam merdeka, kalau bertenaga bolehlah ke xpdc dan trip-trip turun padang. Kalau tak larat, bolehlah duduk rumah solat sunat hajat ka... baca doa, mohon supaya negara makmur dunia akhirat.

Cari vcd-vcd sejarah seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Darah Satria dan banyak lagilah. Lebih santai sedikit dari menelaah buku teks sejarah sekolah.

Tidur awal untuk menyaksikan perarakan kebangsaan di pagi esoknya. Sekurang-kurangnya boleh kenal anggota-anggota badan kerajaan - dari FRU in full gear (active demos participants, beware) hinggalah ke Kastam Di Raja. Juga boleh melihat kereta kebal, kereta perisai, meriam, pelancar roket berganda, trak dan jip. Janganlah ignorant sangat.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, janganlah jadi orang yang lupa. Bersamalah dengan orang yang sentiasa mengingatkan.

Malam 31 Ogos di Kuala Lumpur dihiasi seloka asmara 'uda dan dara'
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4039&Itemid=1

1 comment:

Anonymous said...

i was in the labour room during merdeka,hehe

in O&G, i've witnessed several things, yg meggusarkan hati kecil nih...there's few cases where a child was born without a 'proper' father...susah tuh, kena refer welfare dept etc. hmmm...n most rape cases referred for medico-legal are by MALAY teens, dh le yg bgtau info ni non-muslim specialist...sebagai org melayu+islam, malu yg teramat la dpn specialist tuh.

these are what u get for neglecting your religion eh :(