Bicara Ilmu yang lepas-lepas membincangkan tentang Ali Shariati, Pramoedya Ananta Toer (Pak Pram), dan Syed Naquib Al-Attas. Yang akhir sekali, beliau adalah tokoh di tanah air kita, mashyur... yalah, beliau dulu kan di ISTAC?
Tokoh terpilih kali ini adalah Muhammad Iqbal. Dipanggil Allama Iqbal - 'allama' merujuk kepada cendiakawan yang faqih dalam pelbagai lapangan. Siapakah beliau? Jeng jeng jeng... beliau adalah cendekiawan yang mengambil sastera sebagai jalan untuk menyampaikan hujah-hujah dan idea-ideanya, yang menjadi inspirasi pejuang-pejuang untuk mendirikan Pakistan... kira besar sungguhlah jasa beliau, sebaris dengan tokoh-tokoh penubuhan Pakistan seperti Muhammad Ali Jinnah dan Abu 'Ala Al Maududi... hmmm banyak lagi yang perlu ditekuni... mesti ramai lagi teman seperjuangan mereka, kan?

Hmmm... langkah-langkah ke arah mengenali Muhamamad Iqbal telah pun dibentangkan. Tinggal nak atau tak nak sahaja. Ok boleh mula dengan Wikipedia dulu... ok kita click click click sikit... lepas itu boleh pergi keluar menuntut...
Aku pulang dengan buku Bicara Tanpa Suara (antologi cerpen dan puisi, semuanya nukilan peserta-peserta dari setiap negeri, anjuran KEKKWA) sebagai ole-ole. Terima kasih Pak Rahimidin Zahari... maka bertambahlah lagi bahan bacaan yang perlu dihabiskan sebelum tamat cuti soifi ini. Alahai... itu belum dicampurkan dengan karya Kumar dan Clark serta rakan taulannya lagi...
postscriptum - nota kupasan-kupasan Abang Zakir, Pak Rahimidin Dahari, dan Dr Hanafi Ibrahim akan ditelaah kembali... hmmm.... analogi besi dan api sebagai penerangan konsep individualiti dan ketuhanan perlu didalami dan dikaji... juga hujah-hujah Ibn Arabi, Nietzshe, Rumi, Goethe, Waliyullah Dehlawi, Bateson, Naquib Al-Attas... apo kobondonyo? Hmmm aku juga harus mencari Nur... Nur oh Nur... ya Bediuzzaman Nursi... bukannya Siti NURhaliza!
6 comments:
Salam,
Dude, aku ke dar Taqwa...bookshop yg ko katakan di Baker St, London tu.Masya Allah, kalau aku kaya mungkin aku sudah beli terus kedai tuh.Malangnya aku tak berduit kerana dah pokai masa travel.But i end up belanja almost 100pounds on books kat situ.Hmmm..balik Msia ni nak carik buku2 Syed Naquib al-Attas.Ada idea kat mana?
Salam,
Kalau shafiq ayman terus beli buku al-Attas di ISTAC ada potongan harga yang byk utk student. Di Kinokuniya juga ada. Di Koperasi UIA juga ada. tetapi teruslah beli di ISTAC kak ma cadangkan...kalau belum ada buku Islam and Secularism, better beli cepat sekarang dah turun harga. Dan selepas ini buku itu tak akan dicetak lagi.
beberapa buku al-Attas yang penting spt:
Prolegomena to the Metaphysic...(compilation pelbagai buku al-Attas dlm ni), Risalah Untuk Kaum Muslimin,The Refutation...al-Raniniri (dah terlupa full tajuknya),
Salam,
Kak Azma,
Saya balik Msia weekend ni.Tapi maybe busy skit sebab kakak saya nak kawin.Heheh..Boleh tak akak dapatkan utk saya buku Islam and Secularism tu?Yg lain2 tu pun saya minat nak beli.Plannya nak beli seme buku Syed Naquib.Buat koleksi.Saya sgt teruja dgn penulisan beliau.Macam mana nak contact akak?Mesti power bab2 carik buku kat Msia..
Ok, Insya Allah... Shafiq Ayman email di kak ma di noorazma@gmail.com atau diqma@yahoo.com, beri number contact kat Malaysia. Nanti bila akak dah dpt Islam & Secularism, akak sms la..
Bab cari buku tak terrer sgt, tapi cari org yg pandai cari buku boleh la...hehe. Selamat Pengantin Baru untuk kakak nya...
wsalam. sori dude aku di semerah... terputus dengan dunia luar. hatta signal celcom pun macam biskut.
haa.. kak azma dah cerita pun panjang lebar mana nak beli.
hmmm... nanti nak turun ISTAC, ajak ya? UIA selalu juga ziarah...
Kak Azma dah dapat buku Islam and Secularism untuk shafiq ayman tu. Kawan kat Istac tu bagi free pulak. Rezeki shafiq Ayman la ni. Macam mana nak bagi? Boleh bagi alamat, kak azma poskan.
Post a Comment