3 walimah dan jalan-jalan di Singapura

Foto 3 walimah:

1. Haikal & Hidayah


//Pasukan Kompang Sri Tambak dari Bukit Katil


//Potong stim betullah pakcik jurukamera...


//Haikal & Hidayah bersama Cikgu Sulaiman, Kak Zu dan sekeluarga...


//Bersama rakan-rakan SMAPK. Ada yang dah berubah rupa... aku pun dah tak kenal...

2. Farid & Shuhaila


//Farid dan Shuhaila... dulu mereka berdua sama-sama menuntut di Perth

3. Reza & Marliana


//Reza dan Marliana dengan Nya'ie Suparni dan kaum kerabat keluarga sepupu ibu...


//Papan tanda iklan menarik di Changi Road, berhadapan dengan Masjid Kassim


//Masjid Kassim... siap ada Wisma Indah lagi...

Perjalanan ke Singapura dengan Senandung Malam memang membosankan. Taubat lahum saya nak ke sana lagi pada malam hari. Lain kali, lebih elok ke sana pada siang hari, sebab boleh lihat pemandangan... taklah gelap semata-mata...

Pagi-pagi lagi sudah tiba di Woodlands... sememangnya banyak lagi pokok-pokok... sejuk mata memandang. Semoga terus hijau bumi Singapura, walaupun tergolong dalam negara maju... di sini, pantang ada tanah kosong (juga berpokok-pokok), ada saja pembangunan yang tak terancang mendatang, walaupun tanah itu sekangkang kera - tapi masih boleh bina 3-4 biji banglo! Kok ye pun buatlah taman... inilah Malaysiaku yang cemerlang, gemilang dan terbilang...

Setibanya saya di Tanjong Pagar, terasa suasana kolonial - bangunan stesen yang lama (juga ada cat-cat yang terkupas), dan juga mural yang menggambarkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dan Singapura... tidak lupa kedai mamak Hasan yang menambahkan lagi suasana pekan koboi...

Dengan menaiki MRT (dari Tanjong Pagar ke Paya Lebar), terus saya ke Pasar Geylang untuk bersarapan. Dapatlah juga makan Mi Goreng yang ditambah pewarna - ya amat pelik sekali... warnanya sedikit keoren-orenan, tapi pelik-pelik pun, lazat juga...

Setelah mengisi perut, sempat juga jalan keliling pasar, sebelum bergegas ke Tampines (banyak orang Tampin ke?), untuk walimah dua pupu saya. Pasukan kompangnya didatangkan khas dari Panji. Silat pun ada... memang meriah...

Petangnya, saya kembali ke Pasar Geylang - ya, untuk makan lagi. Ingatkan nak beli emping berlada, rupanya salah faham... terborong emping mentah. Laaaa, di kampung saya ada benda alah emping ini...

Hajat di hati ingin ke Wardah Books, atau paling kurang ke Masjid Aleem Siddique... tapi tersalah tren dan masjid pula. Maka bersolatlah saya di Masjid Kassim di Kembangan. Dapatlah juga lihat kedai Pustaka Nasional, dan menketedarah Maggie Goreng dan Roti Prata di kedai makan mamak seberang jalan sana. Aisemen. Tapi takpe, lain kali boleh ke Singapura lagi...

Malam itu juga saya bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan Senandung Malam. Jejaklah kaki saya di KL Sentral yang sesak (sebab banyak sangat gerai yang dibuka) pada pagi Isnin...

2 comments:

Ramzi Alam said...

Tolong bagitau nama org2 dalam gamba no. 2 tu bleh? Bersama rakan2 SMAPK.

mmg ade yg aku xcam gak. Yg tak pakai tudung tu sape? Yg sebelah reza dgn yasser?

Assaif S.N said...

Singapura, lama tak jengah.

Betullah Ramzi, ramai dah berubah rupa.

Agaknya aku pun sama =D