"Err... I have no idea..." (huh, tak pernah aku dengar...)
Rupa-rupanya catamenial adalah 'yang berkaitan dengan haid', yakni menstrual-related.
Mengikuti ward round memang menguji crystallised memory. Kadang-kala, eh rasanya macam pernah dengar istilah tersebut, tapi di mana ya? Kena pula bahagian yang masih belum dipelajari, iaitu Nephrology. Tak dapat den nak tolong. Erkk... berpeluh meneran!
SLE, IgA Nephropathy GN, FSGS, Crescentic GN, ESRD, PD, HD dan AVF, Kidney Transplant Protocol, Steven-Johnson, Hoffman's sign... adeh adeh adeh... cukup... dah pening dah ni...
Adapun mengikut ward round mulanya bosan sebab tiadalah saya dapat menangkap apa-apa yang diperbincangkan bila kali pertama. Bila kedua, ketiga dan seterusnya, bolehlah make sense, dengan syarat mesti telaah fail pesakit terlebih dahulu.
Dek kena telaah fail yang sama hari-hari, dan wad yang sama hari-hari, maka kenal akan pesakit-pesakit. Hmmm... dapatlah juga faham mengapa mereka di sana. Nun di sana ada yang menunggu untuk pembedahan pemindahan ginjal, di sebelah sini ada yang itu, ada yang ini...
Dan, hari ini, dalam saya menyaksikan seorang pesakit dalam keadaan nazak, dan akhirnya meninggal dunia. Inna Lillah.
Apa-apapun, sekurang-kurangnya dimanfaatkan juga masa cuti musim panas ini. Tahun depan, barulah realiti bermula... terima kasih kepada guru-guru atas tunjuk ajar (dan buat): Dr Rashidi, Dr Osama, Dr Thanuja, Dr Suliana, Pau, dan para jururawat (ramai betul).
...

//Macam biasa, angle buku program. Same old, same old...

//Hmmm, sahabat dari UTP, yang bertanyakan mengenai kebangkitan pengaruh Neo-Liberalisma kepada Prof Dr Mohd Ariff Karim (MIER) dan Justin Leong (Genting Group Berhad)

//Foto Mustaza dan Faizah. Kami 'tuang' sesi petang... terlepas nak jumpa 'The Raslans'.

//Karam Singh Walia dan Wan Mohd Firdaus. KSW masih lagi mengenali saya... lantas bertanyakan tentang kebajikan dan situasi pelajar-pelajar di Dublin. Hmmm... susah sikit nak jawab...

//Yang ini, DYTM Raja Dr Nazrin Shah menyentuh tentang proses pembinaan negara...

//Dari kiri - Datuk Rafiah Salim (yang diboo), dan Prof. Dato' Khoo Kay Kim. Persoalan AUKU dan kesatuan 3 kaum dirungkai juga...

//Datuk Mustapa Mohamed. Kenalan saya sewaktu di Perth dahulu bertanyakan soalan cepumas - Mengapa mahasiswa-mahasiswa di luar negara digalakkan untuk menyertai Kelab UMNO, dan dilarang menghadiri majlis bersama tokoh-tokoh tertentu seperti Anwar Ibrahim? Hmmm musykil...

//Prof Dato' Dr Shamsul Amri Baharudin mengajak peserta-peserta supaya berfikir tentang NEP - New Economic Policy, National Economic Policy, New Development Policy, Never Ending Policy dan Never Ending Polemic...

//Sahabat-sahabat PMC menyuruh saya ambil foto ini...

//Syafiq Idris tetap ceria...

//Berita baik - Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat sewaktu mengundi nanti bagi mengelakkan penipuan...

//Hmmm siapa ya sebenarnya yang dimaksudkan seperti dalam slaid yang dipaparkan? Go figure...
3 comments:
erti mengikut ward round di HTAA UIA Kuantan: ikut je la specialist round ward pagi2 sampai rase nak patah kaki,hoho. lepas tu dapat la soalan2 bonus menguji minda+medical knowledge untuk undergrad level. Kalau specialist tu ade mase nak layan students bleh la present case yg dah di clerk. Boleh dengar macam2 discussion pasal penyakit skali dengan rawatan.
Tak ketinggalan kena kutuk+bebel+dipanggil benda2 tak best oleh sesetengah specialist yang macam nak marah orang je daripada nak mengajar, mungkin sebab tak jawab soalan elok2, ataupun history, physical exam berterabur,hehe....malu seh dpn patient tergagap gagap jawab soalan
kesimpulannya, kehidupan sebenar dalam sekolah perubatan bermula bila masuk posting di hospital. Muka memang kena lagi tebal dari tembok, kaki pun kena kuat, otak pun kena cair gak.
pegi tak kenduri mike hari ahad ni kat bukit katil, melaka?
terima kasih atas tip-tip. di wad, banyak betul singkatan-singkatan... kebanyakan kena fikir lebih untuk 'decipher', kan?
contohnya, POD2, dalam laporan pembedahan... heh apakah? rupanya post op day 2. dan banyak lagi...
insha Allah aku turun. dengan milah (halim ye... bukan orang lain) dan ada kawan dublin. kena ada teman dalam proton cabuk tu... kalau tak mengantuklah alamatnya...
korang tuang gak ke petang tu heheh:P
so, tak sempat gak ke tengok tony fernandes? diorg cakap speech dia paling best
Post a Comment