Alhamdulillah dapat merasa Hari Raya Korban di Turki. Menjelang malam raya, bazaar penuh bagai nak rak - mereka membeli-belah kali terakhir. Wow. Oh ya, mereka solat sunatnya, lepas solat Subuh. Lain sikit. Kalau tak ambil kisah dan ikut Malaysia, memang jadi sejarah hiduplah - tak solat sunat Eidul Adha.
Di sini saya melawat makam Osman dan Orhan Gazi di kawasan Hisar. Sebelahnya ada menara untuk melihat kebakaran di sekeliling. Juga dapat melihat stesen janakuasa nuklear jauh di sebelah bukit sana. Yeni Camii agak jauh sikit...
Nun di bawah sana, tersergam gagah (walaupun tua) Ulu Camii yang mengikut senibina Seljuk, tidak seperti yang Sinan punya. Saya sempat berborak dan minum teh dengan penjaga masjid dan muazzinnya. Layan juga walaupun bahasa Arab yang berkarat. Heh, agak lucu bila melihat pemandu yang rupanya menghafal skrip, membawa pelancong-pelancong dari Malaysia. Bila ditanya lebih-lebih, kelu lidah!
Berhampiran Ulu Camii, kelihatan pasar yang sentiasa sibuk (atau musim raya haji?). Di sinilah tempat saya membeli beberapa helai tudung yang saiznya agak kecil, walaupun ada ratusan (mungkin ribuan) corak yang menjadikan saya bingung, tak tahu nak pilih yang mana satu, apabila tokey kedai suami isteri membentangkan tudung di depan mata. Tapi takpe, kalau tak jadi tudung pun, boleh jadi lapik meja, atau pun di'frame'kan saja di dinding buat perhiasan...
Dari Bursa saya naik ke Uludag untuk berski. Terasa nyaman pabila meluncur turun, walau acapkali kemalangan. Seronoknya puluhan kali ganda berbanding di Melrose, Scotland beberapa lama dulu. Mungkin sebab segalanya halal... nak makan pun tanpa was-was.
Oh ya, Bursa juga bandar yang rasanya seimbang - tak terlalu kebaratan seperti Istanbul dan Ankara, masih punya ruh, dan moden. Konya lebih 'konservatif'... maklumlah tempat Rumi.
No comments:
Post a Comment