Tahun Baru 2008

Dah 2008. Hijriah punya pun dah nak masuk 1429. Wow!

Cerita peperiksaan - Mari menyiapkan diri untuk peperiksaan yang kian hampir - 'OSCE berjemaah' dan bertulis...

Cerita PUISI
- Datang lagi ke Coppaquin. Kali ini, peserta laki-laki dan wanita lebih seimbang ramainya. Bagus. Lagu tema pun rancak semacam. Bagus. Kamera Digital SLR pun semakin banyak. Bagus. Entah-entah tahun depan, camcorder ada banyak pula. Lagi bagus!


//Lepas buat ini, rasa nak beli Macbook Pro pula. Tapi duit takde. Hmmm... kena fikir macam mana nak menternak duit...

Cerita Turki - rupanya di Istanbul banyak lagi tempat yang tak disinggahi - makam-makam sahabat macam Abu Zar dan Amru Al-'As. Aiya... takpe nanti datang lain kali.

Harapnya dengan nak masuk EU (buat-buat atau nak masuk betul?), kuasa tentera berjaya dinyahkan supaya rakyatnya boleh hidup aman damai harmoni dan sejahtera. Takde lah nak nampak lagi hijab ditanggalkan (ya saya lihat live, dulu takat percaya saja) ketika nak masuk ke universiti yang pintunya semacam checkpoint di PUTRA atau STAR LRT.

Tapi kalau Turki masuk EU pun, buat perabih Ayran (dadih + garam) saja di kemudian hari. Sebab? Ekonomi Turki naiknya lebih dari ekonomi EU... dan Turki adalah antara beberapa negara yang boleh hidup sendiri. Kalau dulu orang kita boleh jadi jutawan dan kaya jika melancong ke sana, tapi sekarang tinggal kenangan sajalah...

Haih, apa fasal nak sibuk tentang Turki? Patutnya tengok tanah air dululah!

No comments: