Hari ini hari pertama LAN

Lega akhirnya Streamyx boleh bernafas di sini. Malangnya, iBook G3 itu sudah pun aku kebumikan. Hmmm... boleh hidup balik tak agaknya? Boleh... itu kena ada kuasa penciptanya...

...

Rujukan mengenai MASAI 08
Muhaimin Sulam - Aku Datang Padamu Dublin
Asrih - MASAI 2008

Bagi CCMB 2008, itu bolehlah gali-gali sikit dalam yahoogroup PPIMI.

...

LAN - Lembaga Akreditasi Negara. Kerjanya mengakreditasikan IPTS seperti PMC. Buat pengetahuan semua, PMC letaknya di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Nak jadi IPTA, mesti di bawah Federal. Meleret pula dah... okay jadi, ada 2 subjek yang bakal mengisi masa lapangku, iaitu Pengajian Malaysia dan Pengajian Islam.

Pengajian Malaysia - Hmmm... mungkin nak sedarkan supaya menjadi warganegara Malaysia yang sebenar. Pasti akan sentuh topik hak dan tanggungjawab - ini pun sikit-sikit kewajipan mengundi. Mesti ada benda lain...Active Citizenship, mungkin? Heh, main-main istilah hingga pening... Oh ya, Tun Salleh Abbas ada tulis buku memperincian Perlembagaan negara kita. Haaa... apa lagi... carilah!

Pengajian Islam - Katanya ada seorang guru (ada orang kata ustaz) yang diimpot. Heh, ingatkan sudah tiada pengajian Islam secara formal tatkala meninggalkan SPM dulu (Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Quran Sunnah), rupanya masih ada yang sayang...

Kalau nak rujukan tambahan, boleh singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang, ada banyak penuntut-penuntut KITAB. Buat kawan seorang dua tiga empat lima. Semua baya-baya kita saja. Yang nak jadi peguam pun ada...

Dan untuk lulus, dengar-dengar dari senior mengatakan perlu membuat persembahan. Ada orang rakam video. Ada orang berlakon. Ada orang berpidato. Hmmmm... kalau stand up comedy boleh tak? Banyak juga lawak yang boleh dibuat. Heh... apa-apalah. Yang pasti, markahnya hampir separuh dari keputusan akhir (lagi separuh sahlah ujian bertulis...)

...

External hard disk drive fails due to prolonged operating period exacerbated by excessive heat and shock. Jadi rajin-rajinlah 'burn'kan data-data penting dalam bentuk CD atau DVD... sebelum ia hampir hilang selama-lamanya. Nak retrieve balik, memang kena hantar workshop. Juruteknik akan keluarkan magnetic platter dan pindahkannya ke dalam casing yang baru. Fuh...

No comments: