Demam Buku


//Trailer 'Bila Tuhan Berbicara'

Saya sedang dilanda demam buku, dek banyak sangat membelek-belek di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Yang menemani, si Asyhraff dan Syafiq, pun lebih kurang juga. Hahaha.

Sebagai penawar demam, saya membeli Bedur Sukma Rindu. Siap dapat autograf penulisnya sekali. Langsung beritahu dan ingatkan, yang Bila Tuhan Berbicara akan dipentaskan pada hari ini. Dahsyat sungguh orang Dublin, Ireland... bukan?

Semoga pementasan ini memberikan impak yang berpanjangan. Paling kodi pun, supaya sedar sikit, yang ada juga kisah-kisah lain yang boleh berkaitan dengan gua, selain dari Indiana Jones dan Ali Baba Bujang Lapok. Heh! 

Jadi, syabas kepada seisi pasukan MASAI 08!

...

Dan inilah klip video '1000 Tahun' dendangan Butterfingers...



Memanglah Penat
Tapi macam mana nak buat
Sudah terlambat
Baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan di atas segala kesulitan
Perselisihan yang dihadapi selama ini
Amat di kesali tak akan berulang lagi

Kembali
Kembali kepada selamanya
Kembali
Kini ku bangun sedar dari mimpi
Kembali
Kembali kepada petak pertama
Kembali
Ku mahu hidup 1000 tahun lagi

Saya tak akan
Mengambil kesempatan
Walaupun diriku ini kesempitan
di awan kesembilan

Kotaraya cosmopolitan ini
Penuh dengan iblis dan syaitan
Penuh dugaan
Kalau jatuh lagi
Berdiri Kembali sekali lagi


Fuh, pantas sungguh masa berlalu... dek teringatkan pertama kali kenal akan Butterfingers...

...

Sejak buka kolej, memang sudah demam buku. Buku Browse, Garden, Kumar & Clark, Appley, Talley, dan lain-lain. Rasa nak rebus saja... kemudian minum airnya.

3 comments:

Anonymous said...

salam,

Bedur Sukma Rindu?

Atau, maksud awak, Bedar Sukma Bisu?

(garu-garu kepala)

Ah, buku, buku dan buku. Antara Moore dan Tehrani, antara anatomi dan puisi, antara fisiologi dan filosofi, antara kuliah dan fiksi!

meow~

Ramzi Alam said...

jangan sampai naik habuk buku2 tu, banyak btul skali borong. Ambil internal medicine, orthopaedics, surgery skali gus eh? hehehe. macam semua ade je.

Baca pun baca jugak, clinical works pun jangan lupa, kena banyak juga. Selamat ber 'clinical', hehe.

thefourtharif said...

Saalam bro. cikgu anand kim slm. he said ur legacy is still here! MASAI 2008 antara best! U will be remembered! hihii