//Ceria sentiasa... Nik Farhan dan Asyhraff.
Bagaimana pula dengan duka? Jika tiada, kita ini bukan manusia. Bak mutiara A. Samad Said:
Bagi penyair yang gundah,
Daun gugur pun kelihatan indah.
Sebenarnya rasa seriyau ini timbul selepas saja pulang dari 'GP attachment'. Bertugas sebagai GP sememangnya mencabar. Sudahlah menjadi 'first point of contact' dan juga 'gatekeeper', ditambah pula dengan urusan medico-legal seperti KWSP dan SOCSO. Cubaan...
Ada yang benar-benar memerlukan.
Ada juga yang kelihatan mementingkan diri sendiri.
Ada juga yang anak sendiri tidak mahu tolong ibu-bapanya.
Hmmm... KWSP untuk simpanan hari tua. Supaya dapat berdikari walaupun sudah lanjut usia. Anak-anak pun kenalah hulur tangan dan wang juga. Titik. Jika sakit, kita boleh ikhtiar lagi, seperti SOCSO / PERKESO. Peranan kami, hanya sekadar menasihati dan memberi pandangan. Jika KWSP nak luluskan atau tidak, itu masuk cerita lain. Hmmm... empathy. Jika terlalu bersimpati, lambat-laun kita juga yang bingung...
Begitulah peringatan dari Tuhan, bukan?
...

1 comment:
cam ne nak pergi medan selera tu?
menu ape yang best? :P
Post a Comment