Tiga Cawan Teh



"Here we drink three cups of tea to do business:
the first you are a stranger,
the second you become a friend,
and the third you join our family,
and for our family we are prepared to do anything - even die."


Haji Ali, Korphe Village Chief, Karakoram Mountains, Pakistan

Sekarang sudah masuk kali kedua saya membaca "Three Cups of Tea". Sesetengah buku memerlukan pembacaan yang berulang kali - setiap bacaan memberikan pengajaran yang tersendiri. Saya berharap buku tidaklah menjadi terlalu lusuh nanti.

Ia menceritakan pengalaman seorang pendaki gunung professional yang bernama Greg Mortenson. Saban tahun beliau banyak menakluki puncak-puncak di seluruh dunia, namun akhirnya kecundan di Gunung K2 yang terletak di Banjaran Himalaya pada tahun 1993. Hatinya remuk tidak mahu mengaku yang beliau sudah gagal.

Tatkala Greg Mortenson merayau kembali ke pusat permulaan pendakian, beliau tersesat di sebuah perkampungan orang Pakistan. Keadaan penduduk di situ yang mampu hidup di tanah yang gersang, ditambah dengan layanan mesra mereka seakan menampar-nampar kewarasannya.

Beliau terus berjanji untuk membina sekolah bagi mereka. Dalam dekad yang mendatang, bukan satu sekolah sahaja, malah lebih dari 55 sekolah yang berjaya didirikan. Buku ini menemukan pembaca dengan suka duka usaha menyemarakkan jiwa kemanusiaan dalam dirinya, demi mengenggam secebis janji.

Tiga cawan teh... hmmm... ada sesiapa yang ingin minum teh bersama saya? Haha!

...


"Tell us, if there were one thing we could do for your village, what would it be?"

"With all respect, Sahib, you have little to teach us in strength and toughness. And we don't envy you your restless spirits.

Perhaps we are happier than you? But we would like our children to go to school.

Of all the things you have, learning is the one we most desire for our children."


Conversation between Sir Edmund Hillary dan Urklen Sherpa from Schoolhouse in the Clouds

...

X 3

3 cawan teh tarik sehari adalah tabiat yang buruk sebab terlalu banyak gula!

2 comments:

CHEDEM said...

Biler sampai KL give me a call jum layan teh

abadi said...

haha boleh2. beberapa hujung minggu yang mendatang rasanya tidak balik. nanti aku hello bila ada di KL.