"Err... I have no idea..." (huh, tak pernah aku dengar...)
Rupa-rupanya catamenial adalah 'yang berkaitan dengan haid', yakni menstrual-related.
Mengikuti ward round memang menguji crystallised memory. Kadang-kala, eh rasanya macam pernah dengar istilah tersebut, tapi di mana ya? Kena pula bahagian yang masih belum dipelajari, iaitu Nephrology. Tak dapat den nak tolong. Erkk... berpeluh meneran!
SLE, IgA Nephropathy GN, FSGS, Crescentic GN, ESRD, PD, HD dan AVF, Kidney Transplant Protocol, Steven-Johnson, Hoffman's sign... adeh adeh adeh... cukup... dah pening dah ni...
Adapun mengikut ward round mulanya bosan sebab tiadalah saya dapat menangkap apa-apa yang diperbincangkan bila kali pertama. Bila kedua, ketiga dan seterusnya, bolehlah make sense, dengan syarat mesti telaah fail pesakit terlebih dahulu.
Dek kena telaah fail yang sama hari-hari, dan wad yang sama hari-hari, maka kenal akan pesakit-pesakit. Hmmm... dapatlah juga faham mengapa mereka di sana. Nun di sana ada yang menunggu untuk pembedahan pemindahan ginjal, di sebelah sini ada yang itu, ada yang ini...
Dan, hari ini, dalam saya menyaksikan seorang pesakit dalam keadaan nazak, dan akhirnya meninggal dunia. Inna Lillah.
Apa-apapun, sekurang-kurangnya dimanfaatkan juga masa cuti musim panas ini. Tahun depan, barulah realiti bermula... terima kasih kepada guru-guru atas tunjuk ajar (dan buat): Dr Rashidi, Dr Osama, Dr Thanuja, Dr Suliana, Pau, dan para jururawat (ramai betul).
...

//Macam biasa, angle buku program. Same old, same old...

//Hmmm, sahabat dari UTP, yang bertanyakan mengenai kebangkitan pengaruh Neo-Liberalisma kepada Prof Dr Mohd Ariff Karim (MIER) dan Justin Leong (Genting Group Berhad)

//Foto Mustaza dan Faizah. Kami 'tuang' sesi petang... terlepas nak jumpa 'The Raslans'.

//Karam Singh Walia dan Wan Mohd Firdaus. KSW masih lagi mengenali saya... lantas bertanyakan tentang kebajikan dan situasi pelajar-pelajar di Dublin. Hmmm... susah sikit nak jawab...

//Yang ini, DYTM Raja Dr Nazrin Shah menyentuh tentang proses pembinaan negara...

//Dari kiri - Datuk Rafiah Salim (yang diboo), dan Prof. Dato' Khoo Kay Kim. Persoalan AUKU dan kesatuan 3 kaum dirungkai juga...

//Datuk Mustapa Mohamed. Kenalan saya sewaktu di Perth dahulu bertanyakan soalan cepumas - Mengapa mahasiswa-mahasiswa di luar negara digalakkan untuk menyertai Kelab UMNO, dan dilarang menghadiri majlis bersama tokoh-tokoh tertentu seperti Anwar Ibrahim? Hmmm musykil...

//Prof Dato' Dr Shamsul Amri Baharudin mengajak peserta-peserta supaya berfikir tentang NEP - New Economic Policy, National Economic Policy, New Development Policy, Never Ending Policy dan Never Ending Polemic...

//Sahabat-sahabat PMC menyuruh saya ambil foto ini...

//Syafiq Idris tetap ceria...

//Berita baik - Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat sewaktu mengundi nanti bagi mengelakkan penipuan...

//Hmmm siapa ya sebenarnya yang dimaksudkan seperti dalam slaid yang dipaparkan? Go figure...







































