Kurang ajar

Dublin mulai sunyi apabila sahabat-sahabat PMC RCSI telah pun pulang. Dahulunya boleh bertemu selepas solat isyak, sekarang, sudah tidak lagi. Alahai.

Apa-apapun, rentak Intermediate Cycle Semester 1 mula rancak. Keluar pagi hari balik senja sudah jadi norma. Namun aku tak boleh mengeluh banyak, dah ini asam garamnya, jadi merasa sajalah. Amat jauh perjalanan... jangankan nak jadi Neurologist, nak habiskan mengaji pun dah tercungap...

Dan dalam banyak-banyak hari aku di sini sejak masuk universiti balik, hari ini memang cukup terkesan. Sebab? Seorang murid telah kurang ajar kepada Prof Arnie Hill. Dah lah yang kurang ajarnya Muslim Timur Tengah atau dengan bahasa directnya Pak Arab. Memalukan. Huh! Ketika sandiwara yang membakar jiwa itu berlangsung, hatiku terus carut cela maki hamun. Hanya Allah saja yang tahu. Marah betul. Ish ish ish. Ini kena masuk course anger management.

Kisahnya begini...

Professor Arnold Hill amat gemar menyoal terus pelajar-pelajar sewaktu beliau mengajar dan kadang-kala memanggil seorang dua datang ke pentas dewan kuliah secara 'paksarela'.

Pada hari ini, beliau ingin melihat sendiri seorang pelajarnya turun dan mengambil history dari seorang pesakit yang beliau datangkan khas dari wad di hospital Beaumont.

"The back row, you, over there, would you mind coming down here and take a history from this gentlemen?"
"No, thanks."


He was taken aback. Yang menjawab langsung tidak memandangnya, sebaliknya menulis nota dengan lagak 'cool'. Seluruh kelas mula berbisik-bisik tak puas hati. Was he out of his mind?

Beberapa kali lagi Prof Arnie Hill cuba memujuk dan air mukanya mulai berubah. Senyumnya berbaur geram. Namun yang dipanggil tetap buat tak kisah. Lantak kaulah labu...

"...It's part of learning process, so if you don't come down here, you might as well leave the theatre..."
"No, thanks."

Beliau kemudiannya memanggil orang lain. Kuliah terus berjalan seperti biasa. Yang kurang ajar tadi terus dengan lagak 'cool'nya.

Hmmm... Barakah ilmu ini datangnya dari guru, tak kira siapa. Mengenai peristiwa hari ini, huh! Pesan ayah dulu, kalau kurang ajar dengan guru mahupun orang tua, silap-silap boleh didoanya kita bodoh dan dungu seumur hidup!

...

Selamat Tahun Baru Cina!

Di mana nak beli limau mandarin sekotak ya?

Depa nak balik dah...














//Antara yang terawal, Razmi (di tengah-tengah)

[...]Now I've been happy lately,
thinking about the good things to come
And I believe it could be,
something good has begun

Oh I've been smiling lately,
dreaming about the world as one
And I believe it could be,
some day it's going to come[...]

Dan ini adalah rakan-rakan di belah Clonskeagh sana yang buat. Cara!


Challenge yourself - Be a daie!

Kindly note that:
  • All seminars will be conducted on Saturday from 10am to 1pm.
  • The forum will be conducted from 1pm to 3pm.
  • Refreshments will be provided.
  • Please bring your own stationeries.

Who are the speakers?
  • Seminars 1, 2 and 3 : Mr. Mustafidh
    Mr. Mustafidh obtained MA in Islamic studies from Birmingham University. He works with Islamic Cultural Centre of Ireland (ICCI) and specialized in Islamic Sciences and Thought.
  • Seminar 4 : Mr Marwan
    Mr. Marwan is currently a student in University College Cork. He’s really interested about evolution and has conducted an in-depth research on it.
  • Seminar 5 : Dr. Maamun Mobayed
    Dr. Maamun Mobayed is a Muslim psychiatrist. He currently works as a lecturer in Queen’s University Belfast.
  • Seminar 6 : Mr. Ali Selim
    Mr. Ali Selim graduated from Al-Azhar University, Cairo. He’s currently working with ICCI as a theologian and has a deep understanding about major religions in Europe.


FORUM:

It will conducted by students, whom are new muslims. Find out how they embrace Islam, their new lifestyle and how they facing the new challenges…

First thing first

Sebulan sudah PUISI berlalu. Bila mengenang tabiat-tabiat yang disarankan... adus. Frasa kata "Leave things that are not of concern to you", "ahli ibadah yang bermain-main", dan sewaktu dengannya... 2 kali adus.

...

Berita baik - The one-year sentence is now over... Alhamdulillah. The longest sentence so far unless I am ISA-ed.

Sekarang perlulah rajin-rajin mencari tiket pulang yang termurah. Duit baki bolehlah beli ole-ole. Purchasing power di sini lebih besar... Wish list? Hadji Murad, My Story, Freakonomics, buku-buku Pastest, Tuesday with Morrie, Great War For Civilisation, Dilbert... hmmm apa lagi?

Betullah... first thing first. Baru tak bingung.

Hmmm... sekarang berusaha menghadamkan ini. Pening!

Podcast @ iTunes Music Store

Podcast menurut definisi Wikipedia:

A podcast is a media file that is distributed by subscription (paid or unpaid) over the Internet using syndication feeds, for playback on mobile devices and personal computers.[1] Like 'radio', it can mean both the content and the method of syndication. The latter may also be termed podcasting. The host or author of a podcast is often called a podcaster.

Di iTunes Music Store, banyak podcast yang menarik. Politik, lawak jenaka spontan, tutorial-tutorial, rancangan memasak, hatta tentang Islam pun ada, walaupun hampir semuanya dalam English. Good good.

Podcast dapat diakses di bahagian Music Store > Podcast > Religion & Spirituality > Islam.

Antara yang popular dan diyakini, adalah Zaytuna dan Q-News. Keduanya banyak membawa isu semasa sebagai tajuk utama podcast.

Yang lain, khutbah jumaat NYU (New York University barangkali). Elok untuk praktis public speaking.

Oh yang Bahasa Melayu pun ada - Suara Hikmah dan Kuliah Pengurusan Cinta. Wow!

Hmmm... di luar iTunes, lebih banyak sebenarnya podcast-podcast di Clickcaster.com, Libsyn.com, dan Nature.com dan lain-lain... banyak sangat.

Some arabic revision

Iman & Amaniyya - Vocabulary Consideration : Click here

That makes Arabic so fascinating.

Esei Ma'al Hijrah 1428H


Yang baru balik PUISI, semoga anda masih bersemangat dengan 7 Habits anda..
Yang baru balik dari Winter Retreat, semoga anda masih bersemangat untuk membangunkan Ummah...
Yang tidak ke mana-mana sewaktu cuti, semestinya anda telah banyak berfikir untuk meningkatkan potensi diri anda yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini...
GUNAKAN PELUANG INI!!!

...

Sudah lama tidak menulis/menaip esei-esei sebegini. Nak ke, tak nak? 500 patah perkataan tidaklah sebanyak mana, bukan? Tambahan pula, format esei adalah bebas - diari ("Wahai diariku..."), esei atau laporan. Travelogue dan jibunsyi pastinya boleh juga. Alahai... tulis sajalah...

Mari menderma kepada mangsa banjir di Johor

Bank: Bank of Ireland (BOI)
Account Name: Malaysian Muslim Students Society of Ireland
Account Number: 57828888
Branch : St Stephen's Green


Now Blogger is out of beta

Good news. Now you can restrict who is going to view your blog. Hmmm... seems like this blog is going to be idle really soon - I'm just going to update it for the sake of my family back home.

...

Banjir di Johor semakin teruk. Setelah lebih kurang tiga puluh tahun tak banjir, akhirnya hujan turun mencurah... macam di negeri pantai Timur.

Alhamdulillah embah di kampung selamat. Harapnya embah Siman, Wak Ito, Cik Pie pun begitu juga...

Heh, sewaktu di kampung asyik mengeluh tak boleh mandi parit. Sekarang, jadi laut dah!

...

DVD PUISI 2006 pun dah sedia untuk tempahan. Tabik betul si towkey sebab making full use of technology available. Ya lah, apa guna ada benda tapi tak guna? Ada ilmu tapi tak amal? Rasanya Imam Ghazali pun pernah mention dalam Ayyuhal Walad (Letter to a Disciple) supaya berhati-hati dalam memilih dan menuntut ilmu yang tak boleh diamalkan. Habib Umar pun pesan supaya khatam dan hadam buku yang ada before move on kepada the buku lain (yang ini kantoi). Jadi, trivial things (gossips etc) memang out of the equation...

Sempat juga bertanya kepada si towkey. Rupanya dia guna program Nero untuk direct to disk recording. Saves alot hassle - dulu pakai tape, sekarang terus streaming via Firewire masuk dalam komputer, dan disave sebagai DiVX format, default encoding format yang digunakan oleh anda semua untuk melihat anime, dan movies yang didownload dari internet - which hell alot smaller dari raw DV format. Yalah, sejam ceramah boleh direkod jadi 200-300 megabytes. Kalau raw DV, dekat 10 gigabytes!

Untuk pengguna Mac OS X, boleh pakai software BTV. Boleh key in dalam mana-mana search engine. Ia tak memerlukan Mac yang laju sangat macam Mac Pro. iBook G3 (sudah 3 tahun) saya yang buruk ini pun boleh jalan!

Sebut-sebut tentang benda alah video, terasa nak beli pula camcorder. Kena pulak camcorder yang ada microphone input - boleh plugin wireless microphone seperti Audio Technica Pro 88W. Then, boleh buat recording macam dalam TV (dokumentari etc.), hos berjalan sana-sini berceloteh panjang. Isk isk isk... kemahuan atau keperluan?

Oh ya, untuk DVD PUISI, sila email ke puisi06@yahoo.com.

...

The demise of a dictator - Saddam Hussein is now gone. People cheered. Heh.

Unfortunately, the situation in Iraq worsens everyday. These so-called insurgents keep the Allied invaders busy all day (banyak pun yang mati...).

The next target would be Somalia I guess. They have quite tempting of oil & gas reserve. Then Iran maybe? Nauzubillah.

...
Canada Broadcasting Corporation's Little Mosque on the Prairie dah bermula. Interesting.

Selesai sudah kita berPUISI
















//Habis sudah berPUISI... mari kita praktikkan 7 habits!












//Barisan muslimat yang hadir. Ramai betul.

Seharusnya apa-apa yang telah kita hadamkan, kita praktikkan cepat-cepat sebelum 'momentum' hilang, macam graf decay / half-life yang ada euler number. Heh whatever.

Terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Hasrizal yang sanggup merentasi benua (wah jauh betul) untuk hadir di Dublin, memberikan suntikan semangat... Hanya Allah saja yang dapat membalas.

Hingga bertemu lagi di PUISI yang akan datang - PUISI 2007.

postscriptum - peserta-peserta sepatutnya dah dapat group photos ini. apa-apa hal, silalah bertanya kepada pejabat pendaftaran...

PUISI 2006, Lord of War dan bawah tempurung

PUISI kali ini terpaksa balik awal (yeke? hmmm) mengenangkan peperiksaan yang semakin hampir. Was it just an excuse? Hmmm... I have to ask myself.

Apa-apa pun, sempat juga mengutip sedikit mutiara kata yang ada...

Dari PUISI 2006 (1) - People don't care how much you know until they know how much you care / Orang tak peduli apa yang kita tahu sehingga mereka tahu yang kita ini peduli

Dari PUISI 2006 (2)- Orang yang berjaya adalah orang yang memaksa dirinya untuk berubah, dan orang yang gagal adalah orang yang berubah dalam keadaan terpaksa (bunyi dan makna macam tak berapa betul... tak berapa ingat)

Dari filem Lord of War - Those who know don't care and those who care don't know / Yang tahu, tak ambil pusing; yang peduli, tak tahu

Dari bawah tempurung - Huh, who cares! / Huh, peduli apa aku!

Syabas kepada pihak penganjur yang telah berjerih payah menjayakan PUISI kali ini. Tidak dilupa 'unsung heroes' yang bertungkus lumus di dapur. Bukan senang nak masakkan untuk 300 orang... dah jadi macam kenduri pula!

...

Wow mesti banyak masalah negara telah diselesaikan! Di mana ya hansardnya?

390 cipta rekod debat tanpa henti 4 hari


SEBAHAGIAN pembahas menunjukkan sijil The Malaysia Book of Records yang mencatatkan rekod mereka berdebat tanpa henti selama empat hari tiga malam di Laman Karyawan dan Sanggar Tun Lanang Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Sebanyak 390 pembahas hari ini mencatatkan rekod dunia apabila berdebat tanpa henti selama empat hari tiga malam.

Kejayaan mereka berbahas selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat itu diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Ia juga bakal dicatatkan dalam Guinnes Book of World Records sebagai rekod dunia.

Pengiktirafan itu disahkan oleh wakil Malaysia Book Of Records Sdn. Bhd., Faridah Hanem Ab. Rashid pada majlis penutup program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti di sini.

Majlis berkenaan disempurnakan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Sebanyak 100 usul mencakupi pelbagai bidang diperdebatkan bermula dari pukul 10.30 pagi, 19 Disember lalu dan berakhir 2.40 petang hari ini.

Ia diadakan di Laman Karyawan dan Sanggar Tun Sri Lanang, DBP.

Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kerajaan dan pembangkang.

Setiap kumpulan mempunyai tiga orang dan diberikan masa tujuh minit untuk berdebat manakala empat minit lagi bagi penggulungan.

Penganjuran program julung kali sempena ulang tahun ke-50 UiTM dan DBP itu bertujuan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

Selain itu, ia juga diadakan sebagai usaha untuk memperluaskan perkongsian intelektual di antara para pelajar institusi pengajian tinggi.

Video conferencing on wireless

Assalamualaikum.

Tajuk kali ini agak pelik, sebab agak berbaur teknikal. Saya cuba permudahkannya.

Video conferencing - mestilah hubungan 2 hala... kalau sehala alamatnya jadi macam live projection sajalah.

Senario:
Satu kuliah dianjurkan di sebuah dewan besar. Malangnya hadirin yang datang terlalu ramai hingga melimpah ke luar. Untuk meraikan, dan memastikan keselesaan hadirin, pihak penganjur ingin menayangkan lintas langsung di skrin di luar dewan ie. live projection beserta suara sekali (dari speaker).

Dan penyelesaian mestilah murah dah mudah.

Masalah:
Jarak antara podium tempat penceramah berdiri dengan skrin terlalu jauh, dan tak cable-friendly ie. di bilik yang lain, jalannya berliku-liku, atau terletak di berlainan tingkat/aras.

Bear in mind that signal quality deteriorates as the cable gets longer. Also, long cable is quite expensive and it may need to use 'repeater' to keep the signal gain high enough.

Well, 6 years ago my friend managed to transmit composite video signal over cable 200m long for live projection during Teacher's Day ceremony. I don't know how he pulled that stunt...

Cadangan penyelesaian:
Gunakan Video Sender contohnya. Philips VL1200. Biasanya alat ini dipasang untuk membolehkan menonton DVD/VCD di bilik yang lain, dan DVD/VCD tersebut dimainkan dari ruang tamu. Video and audio is transmitted wirelessly - cool!

Untuk kes ini, kita gantikan DVD/VCD player dengan digital camcorder. Dengan adanya camcorder, kita boleh memaparkan penceramah. Oh ya, camcorder tersebut mestilah ada video out connector - sama ada S-video atau composite.

Bagi audio / bunyi pula, carilah audio out (line out, headphone, control room) dari sistem PA - selalunya dari mixer.

Video output dari camcorder, dan audio dari mixer tadi, kita sambungkan kepada transmitter video sender. Manakala bagi receiver di bilik yang lain, videonya dengan LCD projector, audionya dengan PA system/speaker.

Jadi, setakat ini, ia hanyalah sehala - dari penceramah ke hadirin di tempat receiver atau bilik yang lain. Untuk menaiktaraf supaya menjadi 2 hala, cuma perlukan another set of video sender, dan LCD projector.

Ketika sesi soal jawab, hadirin di bilik sana, bolehlah mengemukakan soalan menerusi walkie-talkie... walkie-talkie di tempat penceramah bolehlah disambungkan dengan PA system di dewan, supaya semua orang dapat mendengar apa soalannya. Huh memang cheapskate... eh cost-effective!

Akhiru kalam, semoga simple guide ada manfaatnya.