Apa-apa pun, sempat juga mengutip sedikit mutiara kata yang ada...
Dari PUISI 2006 (1) - People don't care how much you know until they know how much you care / Orang tak peduli apa yang kita tahu sehingga mereka tahu yang kita ini peduli
Dari PUISI 2006 (2)- Orang yang berjaya adalah orang yang memaksa dirinya untuk berubah, dan orang yang gagal adalah orang yang berubah dalam keadaan terpaksa (bunyi dan makna macam tak berapa betul... tak berapa ingat)
Dari filem Lord of War - Those who know don't care and those who care don't know / Yang tahu, tak ambil pusing; yang peduli, tak tahu
Dari bawah tempurung - Huh, who cares! / Huh, peduli apa aku!
Syabas kepada pihak penganjur yang telah berjerih payah menjayakan PUISI kali ini. Tidak dilupa 'unsung heroes' yang bertungkus lumus di dapur. Bukan senang nak masakkan untuk 300 orang... dah jadi macam kenduri pula!
...
Wow mesti banyak masalah negara telah diselesaikan! Di mana ya hansardnya?
390 cipta rekod debat tanpa henti 4 hari
![]() |
SEBAHAGIAN pembahas menunjukkan sijil The Malaysia Book of Records yang mencatatkan rekod mereka berdebat tanpa henti selama empat hari tiga malam di Laman Karyawan dan Sanggar Tun Lanang Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Sebanyak 390 pembahas hari ini mencatatkan rekod dunia apabila berdebat tanpa henti selama empat hari tiga malam.
Kejayaan mereka berbahas selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat itu diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.
Ia juga bakal dicatatkan dalam Guinnes Book of World Records sebagai rekod dunia.
Pengiktirafan itu disahkan oleh wakil Malaysia Book Of Records Sdn. Bhd., Faridah Hanem Ab. Rashid pada majlis penutup program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti di sini.
Majlis berkenaan disempurnakan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Firdaus Abdullah.
Sebanyak 100 usul mencakupi pelbagai bidang diperdebatkan bermula dari pukul 10.30 pagi, 19 Disember lalu dan berakhir 2.40 petang hari ini.
Ia diadakan di Laman Karyawan dan Sanggar Tun Sri Lanang, DBP.
Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kerajaan dan pembangkang.
Setiap kumpulan mempunyai tiga orang dan diberikan masa tujuh minit untuk berdebat manakala empat minit lagi bagi penggulungan.
Penganjuran program julung kali sempena ulang tahun ke-50 UiTM dan DBP itu bertujuan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
Selain itu, ia juga diadakan sebagai usaha untuk memperluaskan perkongsian intelektual di antara para pelajar institusi pengajian tinggi.

No comments:
Post a Comment