Video conferencing on wireless

Assalamualaikum.

Tajuk kali ini agak pelik, sebab agak berbaur teknikal. Saya cuba permudahkannya.

Video conferencing - mestilah hubungan 2 hala... kalau sehala alamatnya jadi macam live projection sajalah.

Senario:
Satu kuliah dianjurkan di sebuah dewan besar. Malangnya hadirin yang datang terlalu ramai hingga melimpah ke luar. Untuk meraikan, dan memastikan keselesaan hadirin, pihak penganjur ingin menayangkan lintas langsung di skrin di luar dewan ie. live projection beserta suara sekali (dari speaker).

Dan penyelesaian mestilah murah dah mudah.

Masalah:
Jarak antara podium tempat penceramah berdiri dengan skrin terlalu jauh, dan tak cable-friendly ie. di bilik yang lain, jalannya berliku-liku, atau terletak di berlainan tingkat/aras.

Bear in mind that signal quality deteriorates as the cable gets longer. Also, long cable is quite expensive and it may need to use 'repeater' to keep the signal gain high enough.

Well, 6 years ago my friend managed to transmit composite video signal over cable 200m long for live projection during Teacher's Day ceremony. I don't know how he pulled that stunt...

Cadangan penyelesaian:
Gunakan Video Sender contohnya. Philips VL1200. Biasanya alat ini dipasang untuk membolehkan menonton DVD/VCD di bilik yang lain, dan DVD/VCD tersebut dimainkan dari ruang tamu. Video and audio is transmitted wirelessly - cool!

Untuk kes ini, kita gantikan DVD/VCD player dengan digital camcorder. Dengan adanya camcorder, kita boleh memaparkan penceramah. Oh ya, camcorder tersebut mestilah ada video out connector - sama ada S-video atau composite.

Bagi audio / bunyi pula, carilah audio out (line out, headphone, control room) dari sistem PA - selalunya dari mixer.

Video output dari camcorder, dan audio dari mixer tadi, kita sambungkan kepada transmitter video sender. Manakala bagi receiver di bilik yang lain, videonya dengan LCD projector, audionya dengan PA system/speaker.

Jadi, setakat ini, ia hanyalah sehala - dari penceramah ke hadirin di tempat receiver atau bilik yang lain. Untuk menaiktaraf supaya menjadi 2 hala, cuma perlukan another set of video sender, dan LCD projector.

Ketika sesi soal jawab, hadirin di bilik sana, bolehlah mengemukakan soalan menerusi walkie-talkie... walkie-talkie di tempat penceramah bolehlah disambungkan dengan PA system di dewan, supaya semua orang dapat mendengar apa soalannya. Huh memang cheapskate... eh cost-effective!

Akhiru kalam, semoga simple guide ada manfaatnya.

No comments: