Selamat 'Berundi'

"Today, a man has to do what a man has to do."



//Pukul 8.02 pagi.

Antara dialog-dialog tidak puas hati dan jenaka sebab tepat pukul 8 pagi, pusat mengundi masih belum dibuka:

"Encik, tolonglah cepat buka, sekarang dah pukul 8.01 minit, saya ada kenduri nak pergi ni..."
"Aiya... manyak lambat ooo..."
"Hahaha..."
"Macam mana SPR ni..."
"Kata buka pukul 8, kami datang pukul 8, kalau kata pukul 12, kami datang pukul 12..."

Berderai ketawa jugalah seketika... akhirnya pada pukul 8.03 pagi, polis membuka pintu pagar pusat membuang undi. Maka berpusu-pusulah...


//Cepat-cepat kita melangkah masuk untuk mengundi...



Marilah Mengundi - irama 'mambo'

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajiban pada negara

Hari undi akan tiba
Kekalkan demokrasi
Guna hak kita semua yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi yang dihargai

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian membuang undi

Bila memangkah kertas undi
Harus kita berhati-hati
Kalau salah tak berganti
Sesal sendiri


Baiklah, nak habiskan terus kerja Bila Tuhan Berbicara. Malam nanti bolehlah terpaku mata di kaca televisyen...

Hitam Putih PUISI 2007

5 foto pilihan... yang lain-lain sila ke album : http://picasaweb.google.com/abadisufaat/PUISIMono


//Dapur PUISI 2007 - Hafifi dan Amin


//Haha... ini satu peringatan...


//Menghakimi persembahan-persembahan...


//"Eh... tak kena pun..."


//Sempat merasa 'campfire' sebentar...

Cerita Pulau Pinang

Alhamdulillah rumah dah ada. Bolehlah aku berbasikal kot nanti. Heh kerja gila. Naik kereta sajalah. Lamanya naik kereta tak sampai 5 minit untuk ke PMC.

Kata orang, pemandu di Pulau Pinang ganas sikit dari KL. Hmmm... ye ke? Macam sama ganas saja dengan KL. Heh. 2 kali 5 dan 5 kali 2...

Oh ya, ini kali ke-3 aku menjejak kaki di Pulau Mutiara. Yang pertama sewaktu darjah berapa entah meniarahi saudara di Gelugor. Kemudian cuti musim panas tahun lepas. Yang kali ini malam semalam. Dan seterusnya akan bermastautin di sini selama 2 tahun lagi...


//Melantak makan tengah hari. Haaa... layanlah.


//Heh antara foto yang pelik. Alahai, berilah nama yang indah sedikit. Macam sekolah harapan ke...


Hmmm... yang ini gred cover album untuk penyanyi solo kita Nik Farhan.


//Oh ya, sempat singgah di majlis makan malam Tahun Baru Cina anjuran PMCSA. Sedap juga makanan Tionghua ini. Yang tengah itu Adi Syazni, ya ketua umum SMAPK dulu. Dia datang menziarahi PMC, dan sekarang penuntut tahun akhir perubatan di UNSW, Sydney, Australia.


//Doing the Lau Sang thing. Haha cool juga. Thanks Victor Tee (duduk sebelah so tak nampak foto) for all those explanation berkenaan falsafah makanan orang Tionghua. Cayalah.

Gambar-gambar lain di sini: http://picasaweb.google.com/abadisufaat/CNYDinnerPMCSA2008

...

Okay, jom nyanyi sikit untuk hilangkan murung dan stres. La la la la.... memang poyo. Heh sumbang pun sumbanglah. Hmmm... direkod pakai Macbook dengan software Quicktime. Microphone, yang onboard punyalah. Kalau pakai condenser mic mesti lagi colourful & crisper bunyinya.

Lagunya Al-Layl (Malam) dendangan Muhammad Husayyan. Diadaptasi dari Leonard Cohen's Hallelujah. Yang pakai gitar si Jeff Buckley punya versi.





Fi Laylatin Minal Layal Lastu Adri Ma'tarani
Zulmatun Taghrumuni Ya Rab

Al-Ardhu Daqat Wassama' Wa Qalbi Ma Arafud Dhiya'
Wad Dam'u Bata Yabki Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Asaytu Waz Zanbu Kabir
Wa Inni Fi Huzni Asir
Muqayyadun Bizanbi Ya Rab

Fahal Yastahiqqu Ya Ilahil Afwa Mujrima
Muqirrun Biz Zunubi Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Antal Lazi Khalaqtani Rahimtani Wa Razaqtani
Dauman Ya Rabbi Qad Kunta Ma'i

Lakinnani Naaitu Anka Nasitu Ma Qad Kana Lak
Wa Sirtu Fi Toriqi Ya Ilahi

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

Wal Yaum Ya Rabbi A'ud Min Zulmatin Khalfal Hudud
Fal Qalbu Munkasirun Wa Torofi Hair

Wa Anal Ghariqu Fala Ara Illa Siwaka Liy Munqiza
La Manja Wa La Manja Illa Anta

Ya Ilahi Ya Ilahi
Ya Ilahi Ya Ilahi

...

In one of the nights,
I dont know what happened to me,
Darkness Covered me O my Rabb,

The earth has been narrowed, and (also) the sky,
and my heart haven't know the light,
And tears stayed, crying O my Ilaah

Ya Ilahi 3x

I committed a big sin,
And I am inside my sadness a captive,
Chained by the sin O my Rabb,
Does the sinner deserve forgiveness, O my Ilaah

I admit my sins, O my Ilaah
You are the one who created, mercied and blessed me,
All the time you were with me, O my Rabb.

However, I went far away from you and forgot your rights,
And waked on my way, O my Ilaah.

And today O my Rabb,
I come back from a darkness beyond the boundaries,
The heart is broken and my sight is confused.
And I am sinking and see no one but you to rescue me,
No help except you,
O my Ilaah, O my Ilaah

Lyrics compiled by Wewr. Saya copy dan paste.

Hmmm... teringat azam...

Akhir-akhir ini hangat juga yahoogroup PPIMI. Heh.



Hadith 2 - Abghadur rijaali ilallahi aladdul khasim (Rawahul Bukhari wa Muslim)

Maksud Hadith - "Sebenci-benci lelaki disisi Allah ialah mereka yang suka bertengkar/ bergaduh/ mencari kesalahan orang lain."

Masih ingat lagi hadith ini masa belajar dengan Ustaz Fauzi dulu... Nak cerita pasal konteks hadith ini... panjanglah pula. Tapi tidaklah sampai tak boleh nak berdiskusi - itu mengarut namanya.

Tidak semena-menanya terlintas azam tahun baru. Apa magiknya tak tahulah pula:
- Nak tunaikan azam tahun lepas. Ya... azam tahun lepas...
- Berhenti jadi lepak-lepak ie. tidak responsif.
- Rajin upload foto. Selalunya asyik simpan untuk diri sendiri, sedang foto-foto dah mencecah puluhan ribu.
- Berhenti jadi 'loser', esp. with the capital L.
- Perhabis baca buku-buku yang dibeli. Yang ini memang susah.
- Cegah bahasa Arab fushah daripada hilang terus. Setakat ini masih okay juga. Imam baca depan boleh tangkap lagi. Hmmm... kali akhir dimanfaatkan waktu ke Turki, lebih-lebih lagi di bahagian timurnya... orang sana siap ada loghat Syria lagi.

...

Apa-apapun kita hilangkan stress sikit dengan Youtube ini.

Dublin itu...

Hmmm… dapat juga menjejakkan kaki di bumi Pandan. Di blog ini, ingin aku titipkan seribu kemaafan sepanjang kehidupan aku di Dublin. Banyak sangat benda mengarut dan bengong sebenarnya yang aku buat.... apa dahhh...

Fikir dalam-dalam, agak nomad juga hidup ini. Heh. Hidup memang nomad pun. Nomad itu hidup. Eh melalut pula aku.

Pada detik-detik awal di sini, aku berteduh di Millin House, diikuti dengan 218 sepanjang cuti musim panas bersama Rahiman, Hazim dan Alif, kemudian di 168, teratak paling kecil pernah aku huni, tapi banyak mendidik aku sebenarnya, dengan Faisal dan Amin (dua-dua warga Pakistan yang kuat tabligh), dan sempat dengan Ustaz Salam (yang mengingatkan aku pada Ustazah Kamarul Hazani yang mengajarkan aku Bahasa Arab di SMAPK dulu).

Setelah Amin berkahwin, maka aku yang masih bujang pun berpindah ke 380, sebelum mendiami di Kilmainham bersama Hafyz, Hanif Khan, dan Nash. Selepas itu aku kembali di 380 bersama Zulfaka, Khamizi, Bakri, Syafiq (di PMC), Ariff Fahmi, Ghani dan Haikal.

Pada 6 bulan terakhir di Dublin, aku menumpang kasih di 218 dengan Najmi (masih solo), dan seisi rumah 218 yang boleh aku gelarkan sebagai Hospital South Circular Road (tak popular pun).

Terima kasih semua. Terima kasih atas kenangan. Errkk… bunyi pelangi betul. Seriyau aku.

Ya, memang ada pelangi di Dublin. Tidak kurangnya hujan lebat, dan juga hujan batu. Begitulah diri ini…

Jadi, terimalah dedikasi lagu ini… walaupun tajuknya Burhanuddin Helmy, tapi aku fikir ia sesuai untuk kalian. Ini dicipta dan dinyanyikan dan diterbitkan sendiri ole Amin Iskandar. Haaa.. pakcik ini wartawan... googlelah sendiri di ya?

Kuciptakan lagu untukmu
Kunyanyikan syair buatmu
Tentang perjuangan
Tentang pengorbanan
Laungan bertubuh kecil
Tetapi berjiwa besar
Tegas pendirian
Dan berhati mulia

Dari utara hingga selatan
Lantang suaramu
Menentang penjajahan
Melawan penindasan
Demi untuk negara
Demi untuk merdeka
Kau sering terpenjara
Kebebasanmu dirampas
Tapi jiwamu tetap merdeka

Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Kata-kata azimat darimu
Tak pernah kami lupa

Walaupun kini jasadmu telah tiada
Namun semangatmu membakar jiwa
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan pengorbananmu
Rakyat Malaysia yang cintakan perjuanganmu

Nak dengar, boleh ke Video Penutup PUISI 2007.

Semoga kita boleh berjumpa lagi. Hopefully we’ll cross each other’s path. Sama-samalah kita berdoa ya. Bertemu kembali dalam kerjaya ke, kehidupan dakwah, perjuangan dan masyarakat ke; dan dalam keluarga pun boleh juga – jadi besan atau biras? Cool…

Hmmm… kepada yang masih di sana, please treasure every single seconds, eh?

Kalau kepala serabut sangat, layan-layanlah sekejap Michael Collins atau The Wind That Shakes The Barley ke… tak pun ke Chester Beatty melihat tinggalan sejarah, atau minum kopi di Bray atau Greystones, tak pun di Dun Laoghaire.

Kalau nak adrenaline-rush dan hilang suara, turunlah ke Parnell Square dengan IAWM, IPSC, SWP atau pun singgah-singgahlah di ATGW di Abbey St, Amnesty Ireland di Temple Bar, atau di Liberty Hall… kalau nak banding-banding dengan yang di tanah air, carilah FF, FG, SF, PD, LibDem, biar terbuka sikit mata dan minda. Kalau sukan, haaa… bab ini yang aku sampai sekarang gagal – GAA!

Kalau nak menguji jiwa, tanya-tanyalah masjid tempatan iaitu IFI dan ICCI yang memberikan kalian peluang untuk berinteraksi dengan saudara seagama dari macam-macam aliran dan latarbelakang. Dan kenalpastilah generasi muda mereka yang akhirnya akan menjadi rakan seuniversiti anda…

Kalau nak menggunakan otak kanan (seni), telusurilah GKLN. Aku tak pernah pun menghantar puisi mahupun cerpen, namun aku menyokong penuh perjuangan penulis-penulis, dengan semangat Keranda 152, yalah Bahasa Jiwa Bangsa.

Kalau nak mantap akademik, rajin-rajinlah buat research electives. Hampir dapat tapi terpaksa melupakan hasrat dek kecundangnya diri di atas kertas peperiksaan. Memang down dan pahit dibuatnya…

Kalau masih rasa gundah gulana, belajarlah masak. Memasak mengurangkan kemurungan. Banyak chef-chef tersohor yang boleh menjadi guru (sebelum mereka berkahwin dan hilang dari radar hehehe), seperti Ghani, Rizal, Najmi, Penyu dan Eros. Hoho biased nya aku. Kalau tak dapat, belajarlah dari Mesra.net atau Internet. Hmmm… memasak memang mudah tapi nak membasuh dan mengemas itu yang payah...

Hmmm… banyak pula kalau. Heh. Apa-apalah. Dublin oh Dublin… selamat tinggal.

Dan buat kalau yang terakhir, kalau ingin kebahagiaan, berilah sebahagian hidup anda kepada masyarakat. Nak beri pun, mestilah memberi apa yang kita ada. Saya masih kebelakang dalam hal ini, tapi saya sedar, sekurang-kurangnya saya cuba mengikut jejak langkah mereka, agar generasi baru ini tidak terputus ‘hubungan’ dengan yang terdahulu…

Oh ya, aku masih ada beberapa benda yang masih tak dibereskan yang akan dibereskan nanti.

Ps – Special thanks to Fahad Ansari @ IHRC, Haseeb @ NearFM, Azlan (Helmy & Khairul) and Ibrahim Keddo for all the moments in the FOSIS and with the locals. I’m sorry I couldn’t join the club yet but I’ll let you guys know when the time comes, eh? To Omar (Bhutta, Khan and Hammadi), my prayer is with you!

...

Okay kita lihat beberapa foto ya?


//Encik Jamalullail memberi amanat terakhir


//A good PR shot - Ariff Fahmi, President of PPIMI is presenting a gift...


//Bersama Cikgu Anand.


//Bersama En Jamalullail. Dua-dua Jawa... tapi aku orak bisa ngomong jawa...

Okay yang ini foto-foto pagi nak balik.


//Terima kasih...


//Terim kasih juga...


//Melangkah pulang... heh poyo betul.

Kembali di Kampung Pandan

Lega dapat jejak kaki di bumi Kampung Pandan. Memang banyak dah berubah - heh macamlah aku tak balik 10 tahun ke, yalah, cuti musim panas yang lalu sempat aku pulang, jadi perubahan-perubahan itu telah pun aku saksikan.

Hmmm... tidak sabar rasanya nak mengundi buat kali pertama. Berdebar-debar. Ia samalah tarafnya macam baru dapat lesen memandu. Atau pertama kali turun berkhemah sewaktu darjah 3 dahulu. Pendek kata, ada unsur-unsur saspens a la James Bond. 'Poyo' betul.

Kampung Pandan yang aku diami dari kecil memang sudah banyak berubah. Dahulunya Pandan Indah, dan segala jenis Pandan sekitarnya, hanyalah bekas lombong bijih timah. Di situlah tempat aku bermain-main - dan sekiranya kantul, disebat juga aku boleh mana-mana orang tua. Yakni, kalau bapa kawanku yang mengantulkan kami secara berjemaah, maka aku turut menerima birat-birat halus... heh... dasar budak-budak yang degil.

Kini Pandan dipenuhi dengan rumah pangsa dan teres pelbagai bentuk dan saiz. Tiada lagi kebun sayur. Tiada lagi bekas lombong yang boleh aku main-main air di tepinya (aku tak tahu berenang). Sekarang digantikan dengan Menara Maxisegar, Pandan Capital, Hospital Pakar Ampang (milik KKM), dan yang paling merunsingkan kepala - MRR2 Pandan Interchange, yang sesak kedua-dua hala terutamanya ketika waktu puncak. Memang tersohor sungguh kesesakannya hingga disebut-sebut tiap-tiap hari dalam segmen 'Trafik dan Anda' di siaran radio.

Heh, sempenan PRU 12, tidak kurang hangat juga perang poster. Biru ada (BN dan PKR), Hijau ada (PAS) dan juga Merah (DAP). Lain-lain warna yang bercampur seperti Gerakan tidaklah berapa terserlah.

Cuma aku terfikir, kenapa banyak sangat poster dan bendera... sebab aku cuma fikirkan tentang apa jadi setelah tamat PRU 12 nanti. Semestinya semuanya akan dibuang... ya dibuang... maka banyaklah sampah sarap. Itu belum campur yang tertanggal ka... dek angin atau kerja-kerja sabotaj.

Rupa-rupanya kita memang kena salahkan ketidakbebasan media. Yalah, yang aku lihat, promosi pembangkang yang banyak. BN tak perlu susah-susah sebab ia memang monopoli media. Jadi bagi pihak pembangkang, nak sampaikan mesej kepada massa... segala usaha dan medium digunakan. Poster, risalah, bendera... itu yang hardcopy lah. Di internet, sememangnya banyak laman sesawang, video, poster, malah kartun pun ada. Namun, bukan semua ada komputer, tambahan pula dengan Streamyx yang lembap.

Apa cerita pula tentang televisyen? Ramai betul orang yang memiliki peti televisyen. Tambahan pula faktor Malaysia sebagai sarang mashyur VCD dan DVD cetak rompak. Nak tengok mestilah ada TV kan? Eh, macam mana pula dengan stesen siaran awam ie. RTM? Haha, mestilah tak boleh beri peluang kepada pembangkang. Itukan BN punya... sampai dah jadi rahsia umum... sedang radio IKIM yang seharusnya 'neutral' pun DJ berkata, marilah kita undi BN demi kemakmuran tamadun Islam... hehe... itu siaran lepas subuh beb. Itu baru radio. Belum kira televisyen...

Jadi, kitdakbebasan media terutamanya elektronik (TV dan radio) dan cetak, bukan saja tidak adil, malah membahayakan alam sekitar. Segala jenis poster, bendera, dan risalah dicetak dan diagihkan kepada massa, dan akhirnya banyak yang dibuang. Kesian MPAJ kena kutip... Eh, mana pula kad bisnes Karam Singh Walia. Aku nak tanya dia samada benda ini boleh jadi isu ke tidak...

Heh... tiba-tiba terbayang:

"Kelihatan poster-poster ini akhirnya jatuh ke dalam longkang dan menyebabkan ia tersumbat... lebih teruk lagi sekiranya hujan lebat..." (sambil gerak-gerak tangan)

(Video poster-poster dan risalah-risalah yang bersepah-sepah... sambil ditiup angin...)

"Saya akhiri liputan saya dengan serangkap pantun;

Pucuk pauh delima batu,
Nasi lemak jual atas motor,
Media dimonopoli oleh yang warna Biru
Akhirnya alam sekitar yang kotor...

Karam Singh Walia, TV3."

Bukalah Hatimu



Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Aktiviti ko-kurikulum hujung minggu

Hmmm... minggu lepas di Malaysia Hall meriah juga. Selain ada kelas mengaji mingguan buat anak-anak, yang sempat saya turun sekejap tolong - heh, seronok juga mengajar budak mengaji Al-Quran, teringat dulu-dulu : salah sikit ulang satu muka, nak masuk mukasurat lain punyalah susah; ada juga Seminar Tun Abdul Razak 2 (yang pertama di London) dan Pasar Makanan Dublin.

Oh ya, ini anjuran Kelab UMNO Dublin. Namanya saja sudah ada UMNO, maka tercoplah imej yang macam-macam : ada kata mereka ini SB, ada kata ini memenuhi agenda UMNO di kalangan mahasiswa (Putera & Puteri UMNO?), dan macam-macam lagilah... Tapi saya harap mereka inilah yang akan melobi Pak Menteri dan Parlimen untuk memansuhkan AUKU yang telah menyuburkan 'budaya takut' / culture of fear di kalangan pelajar-pelajar.

Hmmm... mengapa dinamakan Seminar Tun Abdul Razak? Itu kena tanya penganjur. Saya fikir, dalam 30 tahun akan datang, akan ada macam-macam seminar - Seminar Tun Mahathir, Seminar Lim Kit Siang, hinggalah Seminar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun ada juga. Silap-silap Seminar Ashaari dan Hishamuddin Rais pun boleh ada. Kita tunggu ya?

Memberi nama bererti mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara atau negeri. Bagi program ini, namanya Tun Abdul Razak, sebab beliau menjadi ketua de facto selepas peristiwa 13 Mei, dan yang utamanya, memperkenal DEB / NEP. Dasar ini dipopularkan oleh Stalin, ya... Stalin itulah. Matlamat dua - basmi kemiskinan, dan menyusun masyarakat. Oh ya, sebab Stalin yang popularkan NEP, dan Tun Abdul Razak pun mengekstrak untuk dijadikan DEB di tanah air, ada yang melabelnya sebab seorang yang sosialis. Alahai...

Pada hemat saya, sosialis, liberal, demokrasi, dan lain-lain perkataan yang pelik-pelik adalah juzuk-juzuk dari Islam. Mengapa juzuk? Maksudnya ada elemen. Sosialis memeras yang kaya (wow, ini sudah melabel sosialis namanya). Kalau komunisme memiliknegara semuanya - atau dalam bahasa ibunda kita - Government-Linked-Companies (GLC).Oh ya, komunisme tulen / totok pun sudah tiada sekarang, sebab terang-terang ia langgar fitrah manusia yang inginkan harta sendiri. Harta dalam konotasi menikmati susah peluh merekalah.

Liberal-liberal pun, autoriti mesti dihormati - lebih-lebih lagi dalam disiplin keilmuan. Takdelah nak 'deconstruct' semuanya. Takdelah semuanya nak micromanage. Sengallah macam itu. Jadi haru-biru pula nanti. Kenalah berautonomi juga. Alahai...

Ok kita tengok pula foto-foto ya?

Photobucket
//Hajar dan Farhana

Photobucket
//Lantang berbicara dalam bahasa baku...

Photobucket
//Foto kenang-kenangan

Photobucket
//Salah satu kumpulan

Yang hadir, kira-kira 30 orang rasanya. Terima kasih. Ramai juga ya. Harapnya idealisme itu berterusan sampai ke mati. Dah puas berbicara, mari kita terjemahkan ke alam realiti pula, sambil kita semua belajar, kan?

Tentang kajian senario yang dibincangkan, anda boleh ke laman sesawang someideas.wordpress.com. Memang menarik dan terkena batang hidung...


...

Berita baik: Rakaman End The Occupation akan siap tidak lama lagi. Lama betul benda ini nak diproses. Tape-tape bertukar tangan banyak sangat, akhirnya jatuh ke riba saya juga. Alahai...

Parlimen sudah bubar

Hmmm... semalam Parlimen sudah bubar. Jadi bersedialah untuk menunaikan kewajipan anda sebagai pengundi. Marilah mari... pergi mengundi... la la la...

Photobucket
//Nak petik slogan SPB - Setapak Bermula, Seribu Langkah Bersama.

Photobucket
//Wakil dari NCCRI - Anastasia, Chairperson bagi National Consultative Committee on Racism and Interculturalism, sewaktu mesyuarat umum FOSIS. Rasanya pernah nampak ketika lawatan delegasi RCSI ISOC ke pejabat NCRRI tahun lepas, atas urusan isu Hijab di Beaumont Hospital.

...

Mesyuarat Agung Tahunan PPIMI ke 28

Saya kira agak hangat juga jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Yalah, ada sesi berkempen lagi. Baru meriah sikit. Itu pun ada yang salah faham. Tak mengapalah, mungkin masih belum masak. Nanti lama-lama terbinalah kefahaman. Hmmm tapi, kalau sikap itu dibawa pulang, habislah!

Semoga saf kepimpinan baru akan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli semua. Jangan undi sahaja, selepas itu meninggalkan mereka sehingga terlebih beban. Kata nak jadi pejuang dakwah...

Photobucket
//Kauter pendaftaran wanita

Photobucket
//Encik Firdaus / Taro, EXCO Kebajikan 0708. Pakcik ini juga penggerak Silat Gayong Malaysia di sini.

Photobucket
//Afiq (tengah) dan Nasrullah (kanan) bersama Encik Kamis (kiri sekali), Pegawai MARA di Dublin.

Photobucket
//Cenderahati buat EXCO-EXCO yang telah bekerja keras (ahli-ahli pun bekerja juga...)

Photobucket
//Gaya bersahaja Barisan Kepimpinan 0708 (yang tahun lepas). Ada yang tiada...

Photobucket
//Gaya serius Barisan Kepimpinan 0708 (yang tahun lepas). Ada yang tiada...

Harapan saya, PPIMI akan terus maju dengan ahli-ahlinya berdedikasi tinggi bagi tahun-tahun yang mendatang... Marilah kita membantu seluruh saf pimpinan, ya?

...

Jalan-jalan dengan budak Russia ke Belfast


Sempat menjadi drebar bagi mereka, berkereta Ford Fiesta Steel yang sungguh sedap dipandu... Pergh...

Kawan-kawan Russia banyak berkongsi pengalaman menuntut di sana. Macam-macamlah, seperti diperas ugut polis, dibelasah punk dan skinhead, hinggalah beramah mesra dengan angkasawan pertama Malaysia. Memang meresap makna 'tabah'... berbanding di sini yang hampir segala kemudahan ada.

Photobucket
//Pemandangan petang di Giant's Causeway

Photobucket
//Hati-hati, nanti jatuh...

Photobucket
//Merenung masa depan?


Hmmm... bilalah aku dapat jejak kaki di bumi Anton Chekov? Satu soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya.

Akhirul kalam, terima kasih kerana sudi datang ke Dublin... semoga berjumpa lagi.

Sistem PA dan anda

Hmmm... tiba-tiba rasa nak menulis mengenai benda teknikal pula. Benda ini adalah antara ciptaan manusia yang nampak berserabut tapi sebenarnya ia dapat menjamin kebahagiaan hidup sekiranya didalami betul-betul...

Pertama kali aku berguru mengenai benda alah ini adalah sewaktu di Tingkatan 1. Guruku waktu itu ialah Khazrin (nama panggilannya KZ). Waktu itu aku saja merayau-rayau di belakang pentas dalam dewan sekolah sebelum program minggu orientasi bermula. Tiba-tiba aku terhenti melihatkan the full rack.


//The full rack. Yang di sekolah tidaklah sekompleks seperti yang di dalam foto. Ini untuk konsert namanya....

"Kau tengok-tengokkanlah benda ini nanti, ya? Pusing saja tombol ini kalau ada feedback. Nanti dia jadi elok balik."
"OK la bang"
"Dah, aku ada kelas sekejap lagi. Tengok-tengokkan, ya?"

Dan dia melangkah pergi meninggalkan aku keseorangan (bersama the full rack). Mulai saat itu, aku terus bergelumang dengan amplifier, kabel-kabel, mikrofon dan mixer sampailah sekarang...

Eh, terlalu dramatik pula. Baiklah let's get into it.

Sesebuah sistem PA yang asas terdiri dari:
Hmmm... benda paling asas yang ada boleh buat... beli guitar amp yang ada mic gain, microphone cable dan microphone. Siap. 3 benda sahaja...

Pembesar suara / Speaker : Yang ini terbahagi kepada tweeter dan woofer. Tweeter menguatkan suara (treble), manakala yang woofer pula bagi gegar lantai... senang cerita bass. Kebanyakan speaker sekarang dah digabungkan... jadi senang cerita. Foto di sebelah adalah contoh speaker + amp, bagi kegunakan alat-alat muzik seperti gitar dan keyboard.



Amplifier / amp: Mengikut kata kerja 'Amplify' yang bermaksud membesarkan. Apa yang dibesarkan adalah arus elektrik... Jadi, benda alah ini yang drive the speaker. Speaker sebesar tong sampah, takkan berbunyi jika tiada benda ini. Semakin banyak dan besar speaker itu digunakan, semakin beratlah amplifier yang diperlukan.


Mixer : Ini tugasnya mencampurkan semua input-input yang pelbagai. Yalah, mikrofon sampai 2-3 biji, selepas itu ada pemain kaset, ada pula pemain CD, dari laptop lagi... ha... kan dah banyak. Jadi memerlukan suatu alat yang boleh jaga semua input-input ini...




Microphone : Ada dua jenis. Kalau macam aiskrim Cornetto, itu dynamic microphone. Murah dan jimat, serta teguh buatannya. Jatuh tak kemek. Jangan hentak kuat-kuat sudah. Kalau yang besar, dan bentuk dia macam buah mangga atau mempelam, ahh senang kira yang besar-besar, itu condenser microphone. Dipakai di dalam studio rakaman selalunya.

- Kabel : Yang ini sangatlah penting... benda ini bukannya boleh sambung wirelessly. Bukan macam Wifi ke apa. Sebab semuanya dihantar melalui tenaga elektrik. Oh ya, terdapat pelbagai kabel. Ketiadaan sesetengah kabel dengan anda kadang-kala membuatkan anda jadi sasau sebab tak boleh buat itu ini.
  • kabel mikrofon - ada XLR dan jack
  • kabel speaker - selalunya jack, tapi Speakon pun ada
  • kabel line - ada phono, ada jack
  • converter - sebab ada banyak saiz jack, maka perlu benda ini
Sewaktu di sekolah dulu-dulu, bermain dengan dengan sistem PA cukup melekakan. Yalah, tombol dipulas sambil sepenuh tumpuan deria pendengaran diberikan. Jadi macam perfectionist pula.

Jika ada malam persembahan, memang cukup pening. Bayangkan, bilangan mikrofon yang dipakai mencecah 20 puluh. Berselirat kabel yang dipasang, macam mi goreng tumpah di atas lantai.

Nak periksa satu demi satu... fuh! Jika ada masalah sewaktu tengah menyanyi... hah, memang sabar sajalah menadah telinga. "Apa kerja tak cekap?", "Tadi elok saja, kenapa sekarang hancur?" dan macam-macam lagi. Dalam hati, oi... aku pelajarlah, bukannya full time sound engineer. Nak melawan, senior pula.

Hmm... sistem PA (siaraya umum), memang amat berguna. Takde benda ini, tak kedengaranlah azan-azan. Silap-silap orang tak bangun subuh. Bagi industri muzik, memang tak boleh dinafikan. Bagi pemidato, jika tiada, sakit tekak nak melaung kuat-kuat. Semestinya antara ciptaan yang amat berguna.

Jika ingin perincian... kena berani mencuba. Insha Allah amplifier itu tak meletup. Dan mesti hadamkan istilah-istilah seperti:

  • gain, level, pan
  • impedance (ohms) dan ohm's law
  • wattage
  • phantom power dan preamps
  • balanced and unbalanced lines

Hmmm... cukuplah setakat ini.

100 Yang Terbaik

Mengamati puluhan ribu foto yang ditangkap, dengan tujuan mencari 100 yang terbaik memang cukup memualkan. Ya, sambil memudiki memori - kenapa, di mana, siapa, apa; memang cukup bermakna biar manis mahupun pahit.

Sayonara RCSI

Semalam jamuan teh perpisahan di RCSI. Tempatnya, di Atrium yang seolah-olah muram, yalah, majlisnya bermula ketika senja mula berlabuh.

Saya masih ada untuk beberapa ketika lagi di sini. Mesti singgah di kamar-kamar warga kolej... macam Corienna O'Brien, yang langsung tidak menyangka saya tergolong mereka yang akan pulang nanti. Hmmm... tidak ada tanda pun, bukannya bercop di dahi, "saya PMC".

...

Melalui Today's Zaman, ada berita gembira. Harapnya penuntut-penuntut wanita tidak lagi perlu berambut palsu untuk ke universiti...

http://www.todayszaman.com/tz-web/detaylar.do?load=detay&link=133472


Parliament approves constitutional amendment by majority





Parliament yesterday approved in a majority vote a constitutional amendment to allow women to attend universities wearing headscarves after a heated marathon session lasting 13 hours.


Amendments to the Constitution proposed by the Justice and Development Party (AK Party) government were approved by 404 deputies to 99 in the final vote of the first round of debate and voting, easily exceeding the required two-thirds majority of 367. The proposal includes the insertion of a paragraph stating that "no one can be deprived of [his or her] right to a higher education." A second and final round of voting is slated for Saturday.

...

Di Malaysia, gendang perang PRU sudah pun mula dipalu. Parti pemerintah dan pembangkang sudah pun masuk gear 1. Mahasiswa pun ingin bertanding. Menarik menarik. Hmmm...


// Wow... banyak betul masalah negara. Macam mana ya?

...

Yes there is a world out there...


//Dah lama di Youtube... tapi masih menusuk-nusuk jiwa...

Kalau boleh buat untuk Malaysia punya sangat bagus. Yalah, sudah lebih 27 juta penduduk, pasti macam-macam ragam punyalah. Ayuh... kita maklumat data sekarang!