Sistem PA dan anda

Hmmm... tiba-tiba rasa nak menulis mengenai benda teknikal pula. Benda ini adalah antara ciptaan manusia yang nampak berserabut tapi sebenarnya ia dapat menjamin kebahagiaan hidup sekiranya didalami betul-betul...

Pertama kali aku berguru mengenai benda alah ini adalah sewaktu di Tingkatan 1. Guruku waktu itu ialah Khazrin (nama panggilannya KZ). Waktu itu aku saja merayau-rayau di belakang pentas dalam dewan sekolah sebelum program minggu orientasi bermula. Tiba-tiba aku terhenti melihatkan the full rack.


//The full rack. Yang di sekolah tidaklah sekompleks seperti yang di dalam foto. Ini untuk konsert namanya....

"Kau tengok-tengokkanlah benda ini nanti, ya? Pusing saja tombol ini kalau ada feedback. Nanti dia jadi elok balik."
"OK la bang"
"Dah, aku ada kelas sekejap lagi. Tengok-tengokkan, ya?"

Dan dia melangkah pergi meninggalkan aku keseorangan (bersama the full rack). Mulai saat itu, aku terus bergelumang dengan amplifier, kabel-kabel, mikrofon dan mixer sampailah sekarang...

Eh, terlalu dramatik pula. Baiklah let's get into it.

Sesebuah sistem PA yang asas terdiri dari:
Hmmm... benda paling asas yang ada boleh buat... beli guitar amp yang ada mic gain, microphone cable dan microphone. Siap. 3 benda sahaja...

Pembesar suara / Speaker : Yang ini terbahagi kepada tweeter dan woofer. Tweeter menguatkan suara (treble), manakala yang woofer pula bagi gegar lantai... senang cerita bass. Kebanyakan speaker sekarang dah digabungkan... jadi senang cerita. Foto di sebelah adalah contoh speaker + amp, bagi kegunakan alat-alat muzik seperti gitar dan keyboard.



Amplifier / amp: Mengikut kata kerja 'Amplify' yang bermaksud membesarkan. Apa yang dibesarkan adalah arus elektrik... Jadi, benda alah ini yang drive the speaker. Speaker sebesar tong sampah, takkan berbunyi jika tiada benda ini. Semakin banyak dan besar speaker itu digunakan, semakin beratlah amplifier yang diperlukan.


Mixer : Ini tugasnya mencampurkan semua input-input yang pelbagai. Yalah, mikrofon sampai 2-3 biji, selepas itu ada pemain kaset, ada pula pemain CD, dari laptop lagi... ha... kan dah banyak. Jadi memerlukan suatu alat yang boleh jaga semua input-input ini...




Microphone : Ada dua jenis. Kalau macam aiskrim Cornetto, itu dynamic microphone. Murah dan jimat, serta teguh buatannya. Jatuh tak kemek. Jangan hentak kuat-kuat sudah. Kalau yang besar, dan bentuk dia macam buah mangga atau mempelam, ahh senang kira yang besar-besar, itu condenser microphone. Dipakai di dalam studio rakaman selalunya.

- Kabel : Yang ini sangatlah penting... benda ini bukannya boleh sambung wirelessly. Bukan macam Wifi ke apa. Sebab semuanya dihantar melalui tenaga elektrik. Oh ya, terdapat pelbagai kabel. Ketiadaan sesetengah kabel dengan anda kadang-kala membuatkan anda jadi sasau sebab tak boleh buat itu ini.
  • kabel mikrofon - ada XLR dan jack
  • kabel speaker - selalunya jack, tapi Speakon pun ada
  • kabel line - ada phono, ada jack
  • converter - sebab ada banyak saiz jack, maka perlu benda ini
Sewaktu di sekolah dulu-dulu, bermain dengan dengan sistem PA cukup melekakan. Yalah, tombol dipulas sambil sepenuh tumpuan deria pendengaran diberikan. Jadi macam perfectionist pula.

Jika ada malam persembahan, memang cukup pening. Bayangkan, bilangan mikrofon yang dipakai mencecah 20 puluh. Berselirat kabel yang dipasang, macam mi goreng tumpah di atas lantai.

Nak periksa satu demi satu... fuh! Jika ada masalah sewaktu tengah menyanyi... hah, memang sabar sajalah menadah telinga. "Apa kerja tak cekap?", "Tadi elok saja, kenapa sekarang hancur?" dan macam-macam lagi. Dalam hati, oi... aku pelajarlah, bukannya full time sound engineer. Nak melawan, senior pula.

Hmm... sistem PA (siaraya umum), memang amat berguna. Takde benda ini, tak kedengaranlah azan-azan. Silap-silap orang tak bangun subuh. Bagi industri muzik, memang tak boleh dinafikan. Bagi pemidato, jika tiada, sakit tekak nak melaung kuat-kuat. Semestinya antara ciptaan yang amat berguna.

Jika ingin perincian... kena berani mencuba. Insha Allah amplifier itu tak meletup. Dan mesti hadamkan istilah-istilah seperti:

  • gain, level, pan
  • impedance (ohms) dan ohm's law
  • wattage
  • phantom power dan preamps
  • balanced and unbalanced lines

Hmmm... cukuplah setakat ini.

No comments: