Baru balik dari kampung. Dihujani loghat Jawa... banyaknya yang dah lupa. Jalokla ampun karo mak bapak...
Banyak dah lain - yang dulu bocah-bocahan sekarang sudah perawan :-)
Aktiviti harian, cuma ziarah. Wak-wak, cik-cik, lek-lek (eh tak pegi lagi) dan embah-embah. Semuanya tanya : ngajinye neng di?
...
Dalam duduk-duduk, teringat hikayat silam. Bolehlah tuan-tuan dan puan-puan rujuk Duli Tuan Kecik dari DBP, dan ditambah-tambah oleh orang-orang tua. Kalau salah sila betulkan ya?
Perang antara Jawa dan Minang masih belum berkesudahan. Sama-sama kuat. Sama-sama handal. Hari-hari perang sama sahaja - seawal pagi sudah bertarung, keris lembing jong lancang, biar gempita medan pertempuran. kemudian disusuli beberapa kali rehat untuk makan sirih dan menyelamatkan yang tercedera. Sudah beberapa lama, tanda-tanda berakhirnya perang masih belum kelihatan.
Maka, sudah alah dengan perang yang sebegitu lama, raja keduanya pun bersua. Mencari jalan penyelesaian. Jawa bermati-matian hendak menawan Minang. Minang pula, pantang sungguh dijajah. Masakan selesai persengketaan ini?
Pepatah hikmat, sepakat membawa berkat - begitulah juga raja Jawa dan Minang. Ujar raja Minang, biar perang kali ini diadili dengan satu peraduan - yang menghimpunkan segala cerdik pandai dan juga perkasa kudrat kedua-dua kerajaan, supaya maklumlah semua jelata siapa yang menang - Jawa atau Minang.
Adapun peraduan itu adalah berlaga kerbau. Satu kerbau dari Jawa lawan satu kerbau dari Minang. Yang menang, maka menanglah ia dalam perang. Yang kalah, maka kalahlah ia dalam perang.
Setelah sepurnama lamanya bersiap, masing-masing kaget untuk beradu. Orang Jawa mempersembahkan kerbau jantan yang gagah lagi perkasa tampaknya. Diasah tanduknya. Dihiaskan baik-baik buat gah. Dan, dijampi serapah supaya lincah menghadapi lawan.
Orang Minang pula, cukup dengan anak kerbau yang belum bertanduk. Cukup kenit, tapi bertandukkan tembaga. Akan tetapi, tidak diketahui oleh jelata yang anak kerbau tidak diberi susu beberapa ketika. Fuh, licik sungguh ya?
Sorak sorai penonton dari Jawa, Minang dan juga negeri-negeri lain menunggu kelibat 2 ekor kerbau ini. Siapa sangka, setelah sekian lama berperang, masih belum ada pemenangnya, sehingga kena dilagakan kerbau baru tahu siapa juara.
Adapun bila perlawanan bermula, tidaklah ia sengit dan berleretan. Kerbau Jawa dirodok dek kerbau kenit Minang dan matilah disitu juga. Hampa sungguh orang Jawa. Orang Minang mula mengumpulkan kambing-kambing dan lembu-lembu untuk kenduri 40 hari 40 malam. Hmm... masakan kerbau gagah perkasa alah pada kerbau kenit? Argh!
Maka orang Jawa pun berundurlah... dan tidak lagi berperang orang Minang.
Dari situlah "Menang kerbau" menjadi "Minangkabau".
Dari situlah orang Jawa pakai batik tidak berbaju, berkeris dibelakang dan bertutup kepala dengan kain batik juga.
Moral of the story? Fikir-fikirkanlah...
...
Culture shock juga ya? Dengan AF nya, Mentorlah, Mawi budak baliklah, Sawi goreng sedaplah dan Kiwi kasut mahal... oh well.
Reading news of this and that everyday proves there is fiasco happening. Moreover, it is very, very concerning and heartbreaking. Restoration take places, but the disease often recurs. Then the blame comes - not that we didn't do anything, but we went all out, leaving prioritisation out of question.
...
Anak Dagang nak menterjemah History of Islam. Subhanallah! Hmmm... nak juga menterjemah...
No comments:
Post a Comment