Ahli Rombongan yang pergi - Hanif Che Mat, Ustaz Fauzi, dan Ghani. Oh ya, adik Reza pun turut serta.
Dengan berpakaian segak, kemas serta wangi kami berpagi-pagi menaiki bas dua tingkat bernombor 10 ke Belfield, kampus utama University College Dublin. Seperti biasa jalan agak sesak, terutamanya ketika melewati kawasan Donybrook, tetapi Alhamdulillah akhirnya sampai agak awal. Lagi pun tak pernah ke O'Reilly Hall yang dengar-dengarnya agak 'posh'.
Majlis konvokesyen yang saya hadiri cukup menarik dan ringkas, tanpa pudar rasa gahnya tradisi keilmuan. Tiada ekspo dan pesta. Ya, majlis konvokesyen ini berdiri dengan sendiri. Alah, yang penting ia adalah majlis yang diingati semua - untuk graduands (sebelum dapat testimonium), graduates (setelah terima testimonium) dan ibu bapa, suami, isteri, anak; pendek kata semua tetamu yang hadir.
Majlis dimulai dengan perarakan (procession betul ke terjemahan aku?) masuk graduands, semuanya berjubah hitam. Ada juga yang berjubah merah. Graduands Masters dan PhDs rupanya.
Perarakan masuk mereka diiringi oleh muzik klasik a la Beethoven begitulah adanya, secara langsung, mula-mula kusangka dimainkan dari CD atau kaset... wah, lunak betul gesekan biola dan trumpet (atau mungkin dari saksofon soprano) bersama tepukan gemuruh dari hadirin semua.
Kemudian melangkah masuk pula Professor-professor dan academics, diikuti oleh Deans, Vice-Presidents, the Registrar and the President yang juga Pro-Vice-Chancellor of National University of Ireland. Mereka semuanya berjubah merah. Lebih tinggi maqam dari yang hitam.
Sebaik sahaja Pengerusi Majlis berdiri di rostrum, seluruh dewan hening seketika, isyarat upacara bermakna ini bakal bermula.
Yang menariknya, Pengerusi Majlis ialah Registrar (ini kena check balik). Menurut Hanif, 'straight to the point' sambil saya mengiyakan.
Penanugerahan sijil dirasmikan dengan pengisytiharaan penyampaian sijil dalam bahasa Gaelic oleh Dean, manakala dalam bahasa Latin oleh Pro-Vice-Chancellor. Bahasa Gaelic sebagai menghargaai bahasa ibunda Ireland. Bahasa Latin, dinobatkan sebagai bahasa keilmuan. Dek tidak ramai yang faham, sekalian hadirin matanya melirik ke arah helaian terjemahan yang diberikan. Terjemahannya dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
Translation of Formula of Presentation of Graduands
Right honourable Pro-Vice-Chancellor and Members of the University!
I present to you these students whom I know to be as upright in character as they are skilled in their field of study and qualified for admission to the Degree of.............; and in good faith I vouch for this and hold myself responsible to you and to the whole academic assembly.
Translation of Formula of Admission by the Pro-Vice-Chancellor
By the authority vested in me I admit you to the Degree of..........
Setelah itu Registrar mengumumkan nama-nama graduands, yang kemudiannya menerima sijil dari Pro-Vice-Chancellor sendiri... dan tepukan gemuruh dari masa ke semasa, menurut kue Registrar. Tepuk tepuk tepuk...
Tahun ini juga seluruh majlis menyaksikan penanugerahan Posthumous Certificate in Medicine kepada Ahmed Kandil yang meninggal dunia... Al-Fatihah. Ketika kakaknya Sarah melangkah naik ke pentas seluruh dewan berdiri dan bertepuk tangan tanda hormat. Standing ovation...
Hmmm kemudian semua graduates yang lain duduk kembali dan mendengar amanat oleh President of National University of Ireland. Inspiring...
The whole ceremony ends when all the distinguished guests and graduands left the Hall in procession... accompanied by music.
Kemudian ada photo-op session. Setelah puas bergambar kami makan-makan... minum-minum... chit-chat dengan sahabat sekelas... yup inilah Hari Sejuta Senyuman (dan Kesyukuran)... fuh kena bersabar. Giliran aku dan Hanif akan tiba juga nanti...

//Syafiq Ayman, Ghani dan Reza Murad - senyum sokmo la. Dah jadi doktor!

//Ustaz Fauzi dan Hanif Che Mat membelek-belek sijil yang tertulis dalam Bahasa Latin.

//Dr-dr semua dengan cikgu...
No comments:
Post a Comment