Tanyalah kepada yang tahu...

Memetik dari Yahoogroup Ustaz Zaharuddin, dengan peringatan kepada diri sendiri, kalau tak tahu tanyalah kepada yang tahu, supaya tidak tembak peluru tabur... ishhh ishh ishh... terasa aku.

Email berikut adalah email yang dihantar. Replynya email yang seterusnya di bawah.

anonymous (username changed for privacy concern) wrote to zaharuddin@yahoogroups.com

Assalamualaikum ustaz,

sebelum ini ustaz banyak membantu dalam mengelakkan umat islam dari tercebur dalam penipuan pelaburan internet.Saya betul2 menghargai susahpayah ustaz dalam membangkitkan perkara ini dengan niat untuk membetulkan akidah umat islam...

cuma satu yang saya selalu terfikir,kenapa didalam bab murtad yang rasanya semakin menular di malaysia ustaz kurang ambil perhatian, bahkan rasanya tidak pernah ustaz atau ahli2 agama lain 'berteriak' untuk membetulkan pemikiran umat islam yang hampir2 keluar dari agama.

Adakah isu murtad remeh jika dibandingkan dengan isu pelaburan internet.Saya bukanlah seseorang yang tercebur dalam pelaburan internet tapi saya salah seorang umat islam yang rasa takut dengan gejala murtad yang timbul sekarang.

Seolah2 pihak yang arif dalam agama tiada kuasa dalam bab ini. Adakah kerana tekanan dari pihak lain atau isu ini tiada mendatangkan keuntungan untuk dibicarakan dalam akhbar.. bukan niat untuk memperlekehkan sesiapa, tetapi terpanggil untuk diusulkan sebagai umat islam...

harap ustaz dapat beri penerangan..

wassalam


From: zaharuddin@yahoo.com
To: zaharuddin@yahoogroups.com

Salam,

Terima kasih atas saranan, tetapi kelihatan anda jenis orang yang kurang mengambil tahu hal ehwal kisah murtad dan perjuangan orang-orang yang menentangnya sejak tahun 1998 hingga skrg,

Asalnya saya bukan jenis org yang suka nak heboh kerja yang kita lakukan. Tapi muculnya orang macam anda memang menyusahkan. Jenis suka bersangka buruk dan menghenatam tanpa membuat kajian terlebih dulu.

Kerana jika anda jenis orang yang mengkaji isu ini dan melihat perjuangan orang Islam utk menghapuskannya, inshaAllah sepatutnya anda akan jumpa nama saya sebagai salah seorang aktivis pemimpin pelajar yg amat aktif perjuangkan isu ini.

Hingga saya berdebat dgn JAKIM, Dato' Hamid Othman, buat road show menerangkan tetang murtad dan cara-cara jahat kristian dan hindu hampir di seluruh IPTA pada tahun 1997 dan 1998. Saya juga sempat mendedahkan dan berdebat isu murtad dgn Dato' Seri Anwar Ibrahim agar berbuat sesuatu tntg isu murtad..semasa beliau masih lagi TPM. Akhirnya beliau bersetuju utk bertindak tapi malangnya, beberpaa ketika selepas itu, beliau dipecat.

Saya tak pasti anda buat apa masa tu, samda masih di sekolah atau apa, sehingga tak tahu demontrasi tntg murtad yang diadakan dll.

Saya juga bersama zul nordin, cukup kuat berbincang isu norasihah bukhari dahulu dan bersepakat dgn beliau utk menerangkan kpd masyarakat, beliau fokus org awam, saya fokus student di kampus..krn ketika itu kampus byk dimasuki oleh gerakan kristian. Saya juga bekerjasama dgn Ketua Pegarah Hospital KL, utk cegah kristianisasi dlm hospital,, kami hantar pendakwah islam untuk tangkis dakyah kristian di hospital.

Anda juga nampaknya kurang rajin untuk menyelak web saya dgn teliti utk membaca tulisan2 saya tentg murtad. Ia sudah lama dahulu disebarkan di alam internet ini.

Nampaknya fenomena sangka buruk ini semkain teruk di kalangan masyarakat..

Saya semkain pelik aabila anda kata " tak pernah rasanya ustaz atau ilmuan agama" teriak tntg murtad.

La hawla wala quwwata illabillah, menagapa begitu cetek kajian anda seblm membuat statement begini. adakah anda tahu TG Hj Abd Hadi Awang dah bentang 2 kali akta murtad di Parlimen utk buat hukum, kerajaan kelatan dah siapkan, tapi di halang oelh kerjaaan pusat..? bgmn pula tak ada yag teriak?..ish ish.. amat mendukacitakan maklumat yg anda ada. ia mendedahkan siapa anda .

Sekian

www.zaharuddin.net
Hmmm... ini ada menunjukkan peri pentingnya dokumentasi - tulisan, foto, audio dan video. Dengan tersebarnya kemudahan untuk mendapat akses Internet, dan blogging bukan lagi 'rocket science', sekurang-kurangnya anda boleh mencatat peristiwa penting untuk tatapan generasi hadapan.

Hmmm... is your blog immortal?

postscriptum: Tangan dan mata melirik ke laman web Universiti PTS...

No comments: