Jamming @ DID 3

Semalam ber'jamming', sempena DID 3.

Kami melagukan puisi Arab yang pernah dipopularkan oleh Imad suatu ketika dahulu. Hmmm... teringat persembahan yang pernah dilihat di kampung dulu. Muhibbah.

Dalam bahasa Arab ada puisi-puisi tentang sirah Nabi. Contohnya puisi-puisi: Burdah Al-Busiri, Al-Barzanji. Banyak lagi yang lain, itu kena tanya orang yang tahu... aku tak tahu. Jadi kalau faham Arabic dan hafal, amat mudahlah menguasai asas sirah - yup untuk asas. Nak power sirah faham-faham sendirilah - beli buku, pergi mengaji dan sebagainya. Dah tahu sirah barulah kita boleh meneladani bagina, ye tak?

Setelah tamat ber'jamming', ada syarahan tentang asal-usulnya oleh Ustaz Fauzi sendiri. Sebab itu dalam rakaman ada dialog:

"Antum faham tak makna dia?"
"Eh tak faham ustaz... sebab itu ustaz kena syarahkan!"

Sebenarnya khazanah puisi ini amat banyak, malangnya tak sebanyak terjemahannya - ke aku yang tak terjumpa? Di tanah air, Buku Merah banyak dicetak, tapi di mana pula terjemahannya? Ada kot...

Hmmm.... I wonder if there is any.... entah-entah boleh cadangkan kepada PTS (Cikgu Ainon). Kaya penterjemah Buku Merah!



Rakaman direkod dengan Canon MV600 (dibeli dari Ebay 2nd hand EUR100 all in) in poor lighting, audio pun dari built-in microphone - hajat nak beli Rode Videomic tapi duit prioriti untuk agenda lain. Masuk dalam Vegas untuk adjust brightness, contrast dan colour. Audio? Raw.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
//Imad pernah popularkan suatu ketika dahulu...

2 comments:

sarahss said...

bila lihat gambar cikgu2 smapk, teringat zaman sekolah dulu.
very nice pics..

AlFatihah buat arwah Cikgu Rosli..moga rohnya ditempatkan di kalangan orang mukmin..

Anonymous said...

XD okla tuuuuu :P
Tp bile time btl2 nye, ade part yg tenggelam timbul tu kami2 tergelak jgkla dengar. Tp ape2 pon. Nice job.

[Org2 yg suke tgk org] V(^o^)V